Monday, January 31

Ampuni lah aku ! sorry ! maaf !

Assalammualaikum dan hai blogger !

hmm ~ 
ya Allah ! 
ampuni lah ku !
ampuni lah hamba mu ini..!
aku adalah hamba mu yg khilaf..
dan tak pernah lari dari melakukan kesalahan.
sesungguhnya,
manusia memang tak akan pernah lari dari melakukan kesalahan walau sebesar zarah sekali pun...
manusia memang selalu lupa,dan alpa..
ampuni lah hamba mu ini..
aku memohon pada Mu !
ampuni lah aku,
dan segala dosa ku..

............................................

 Ungu - Andai Ku Tahu 

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku

Andai ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku
Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku

Andai ku tahu
Malaikatmu kan menjemputku
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu
Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku

Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu
Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas disurga

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu
Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu

......................................

perghhh, ayat tak boleh blah je . siap ade lirik lagu lagi tu.. hoho
renung renung kan lah ye !


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

tusyen ! tusyen ! tusyen !

Assalammualaikum blogger ! 

Erm, bila dah masuk form 3 nie memang begitu lha rutin harian nya . Tusyen memanjang, tak cukup pagi petang pulak . Tak habis-habis cikgu nak mencurahkan ilmu nya kepada para pelajar . Pagi tadi ada tusyen math, best lha kot tapi bosan pun ada jugak kot . Ye lha, aku bukan minat sangat math nie sebab aku nie lemah sikit bab pengiraan nie . Sains pun sama jugak . Esok dah lha ade tusyen sains, harap masuk lha walaupun sikit .
lepas cuti nie, ada lagi tusyen . setiap minggu ada lepas sekolah . Perghh, mesti letih giler . Dah lha buat lepas habis sekolah, tak tau lha masuk ke tak tapi aku kena berusaha sebab aku nak PMR dah tahun nie... 
USAHA TANGGA KEJAYAAN . 
cayyok aina. !
You can do it :)

Adios, Bye, Caio .

terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Sunday, January 30

1 jam di sekolah

Assalammualaikum dan hai blogger ! 

Korang nak tau story tak ?!
Hari tu aku sakit perut, sakit giler kot . Sekejap je aku kat sekolah, lepas tu cikgu hantar aku balik . Korang nak tau tak berapa lama ? Lebih kurang sejam je, lama giler kan ? hahaha . Kelakar betul lha . 
sebenarnya time perhimpunan tu, ramai dah membe aku tegur sebab muka aku pucat . Pucat lha kot, entah aku tak perasan pulak :3 Depa dah suruh aku duduk, tapi biasa lha aku kan degil so aku tak duduk lha . Lagipun depa dah tau dah kenapa aku macam tu, alaa macam biasa lha sakit aku datang lagi . hoho ~ 
Dalam kelas pulak, depa ada tanya aku lagi . "Aina, ko kenapa ?" Aku senyap je sebab aku tak boleh nak cakap . Aku buat bodoh je lha . Tapi sebenarnya dah basah dah meja sebab air mata aku . haha, lawak pun ada . 
Matapelajaran pertama untuk hari tu ialah sejarah . kiteorang kena turun bilik gerakan . Takde lha jauh mana pun dengan kelas aku tapi kena turun tangga jugak lha . Sebelum turun tu, membe membe aku ada tanya " Ko boleh jalan ke ?", " Nak turun ke tak ?" . Aku buat dek je sebab aku nak turun jugak . Mana boleh tak turun, mahu kena rotan nanti kalau tak turun kelas cikgu tu . huh ~ Time tu ada membe aku yang lain pergi cari cikgu, sebab nak mintak ubat kat cikgu . Baik tak membe aku ?! baik kan ~ oke, tau dah :D 
Time kat bilik gerakan tu, aku tak tau lha aku kenapa . Tetiba aku jadi tak tentu hala, aku menangis tapi macam meraung pun ada jugak sebenarnya . Membe aku kata takut depa tengok aku macam tu . haha . Aku  dah tak tahan dah, lepas tu membe aku pergi lha cari cikgu yang bertugas sebab nak suruh hantar aku balik . Nasib baik cikgu tu ada kat pejabat, tak payah cari jauh jauh . Cikgu tu lha yang hantar aku balik sebab aku dah tak tahan, dah tak boleh nak duduk kat sekolah . "Terima kasih lha cikgu sebab hantar saya balik". 
Hahaha, memang tak boleh blah betul lha hari tu . lawak lawak ~


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Saturday, January 29

party time !

Assalammualaikum dan hai blogger !

Party nie kiteorang buat pada hari rabu, 20.10.10 . Smart kan tarikh tu, oke tau dah . huhu . Party nie untuk group kiteorang geleboi GLB ! 
Mula mula ingatkan kiteorang berlima je, rupanya bertujuh . membe aku dua orang tu ada ajak somebody dorang. (iera, ieka dan aku je tak bawak sesiapa :') Kiteorang oke je, lagipun kiteorang kenal siapa yang dorang bawak tu . tu yang tak kesah tu . tapi memang best lha time tu . Banyak giler makanan sampai tak lalu nak makan . senang cerita bawak balik je . hahaha

Tapi time tu jugak lha hari paling bermakna buat seorang membe aku tu, ye lha sebab time tu jugak hari dia dilamar . bukan lamaran nikah arr, lamaran jadi kekasih a.k.a gf . maka dengan itu, hari itulah rasmi dorang jadi kekasih . memang sweet habis arr . huhu ~ yang lagi seorang tu dia nak bagi hadiah untuk kekasih dia, semangat je dia beli . huh ~

Korang mesti nak tengok kan gambar time party kiteorang tu ?!
Tak kisah lha korang nak tengok ke tak nak, aku nak tunjuk jugak tapi tak banyak lha .
Nah, ambik ~

Nie lha kek party tu, nampak sedap kan tapi sedap lha kot :3


nie antare makanan yang ada time kiteorang buat party tu. Banyak lagi makanan tu senbenarnya, tapi snap yang nie sudah lha . Tak payah banyak banyak . haha


nie lha membe group aku . dari belakang : ieka, ecah, aku, iera n aja . geleboi GLB... sayang korang !

we are BFUD ( best friend untul die ) 


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Bila 4 Dara masuk Dapur, Begitu lha Jadinya

Assalammualaikum dan hai blogger !

sebenarnya story nie lama dah . Sabtu, 13 november .

Time tu dok lepak kat rumah iera, baru balik dari buat kerja amal lha katakan . Kalau dok kat rumah iera, memang tak sah kalau tak on internet . Sakan dok online . haha . Lama sangat online, sampai tak perasan hari dah tengah hari . patut lha rasa lapaq ja . Lepas tu kiteorang apa lagi, berperang lha kat dapur . haha . Kiteorang masak mende paling simple lha, iaitu sambal telur, dan ada sorang membe aku tu masak ikan goreng . Tapi yang tak boleh blah nya, bila ikan tu dah masak baru dia teringat yang dia tak letak kunyit dan garam lagi . Patut lha aku tengok ikan tu pucat je, takde warna . adoi, lawak betui lha . Lepas tu masak sambal pulak .Tapi lawak sebab macam macam rasa ada kat sambal tu, kejap manis, kejap masin, kejap masam, kejap tawar . hahaha . buat lawak betui lha . Nampak sangat selalu masuk dapurnya tapi memang selalu pun apa . hukhuk ~
Lepas tu, bila dah selesai masak mesti nak makan kan . Pergi lha ambik nasi, tapi rupa rupanya, nasi tu tak masak lagi . Nak masak mende nye, tekan pun idok . haha . memang kesian lha kat kiteorang, dah lha tengah lapar giler . sabo je lha tunggu nasi tu masak . Ye lha, sabar tu kan separuh daripada iman . Betui tak ?! hoho . Time tunggu nasi tu masak, memang kiteorang gelak sakan lha sebab lawak . hahaha

Lepas tu bila nasi dah masak, apa lagi cepat cepat lha kaut nasi dan makan sebab dah lapar giler kot . Tapi bismillah kiteorang masih ingat ye walaupun dah memang lapar tahap petala dah time tu . hoho .  Tapi memang masa makan tu tak bercakap langsung kot . Lagi pun, mana baik bercakap masa makan, kan kan . haha . Memang habis lha kiteorang makan sampai tak tinggal apa dah . Sampai tak cukup kot, pi lha goreng telur pulak . Memang lawak betui lha time tu, tak boleh blah .
Aku akan ingat apa yang jadi hari tu .
hmm, tu lha jadi 4 dara masuk dapur ! haha




terima kasih kerana anda sudi baca post ini

My new blog :D


Assalammualaikum dan hai hai blogger ! 

Nie blog aku yang baru tau . Blog aku yang lama tu dah tak boleh nak post . Tak tau lha kenapa . Sakit mungkin ~ lol . Bengang betul lha aku . haishhh . Aku harap nie blog aku yang last lha, sebab dah tak larat dah aku nak buat blog baru . haha =="


terima kasih kerana anda sudi baca post ini