Sunday, March 31

Berakhir sudah


Assalammualaikum dan hai blogger !

Sihat ke tidak ?! Harap harap sihat lha kome ye .
Mengikut daripada tajuk di atas, mesti korang tertanya apa yang berakhir ?!
Sekolah ke dah berakhir ?! Ouh, lambat lagi nak berakhir sekolah nya . So, apa je yang berakhir ?! Kalau korang nak tau apa yang berakhir sangat tu, korang kena lha baca . heheh

Alaa, korang mesti tau punya lha . Hari nie kan hari last cuti sekolah bagi penggal 1 . Kira nya yang berakhir tu, cuti lha kan . hoho . Erm, rasa kejap betul kali cuti nie . haishh . Memang lha kejap kan, seminggu je pun . aduyai Aina . haha .  Rasa tak puas kot . Dah lha berlambak lagi homework aku tak siap, apa lha nasib aku esok . Cuti seminggu nie sepatutnya digunakan sebaik mungkin, ye tak ?! Tapi aku gunakan untuk berfacebook, bertwitter dan berblog lha sangat . Ish, apa nak jadi lha dengan budak sorang nie kan . Tak padan dengan nak SPM tahun nie, sempat menyempat lagi . hoho . Erm, tak kisah lha . Lepas nie aku cuba untuk belajar bersungguh sungguh agar memperoleh keputusan yang cemerlang dalam exam terutamanya SPM .
Oke lha, cuti pun dah berakhir . Esok pun dah start sekolah, so malam nie ramai lha yang berungkus lumus menyiapkan homework yang cikgu bagi tu kan sama lha macam aku, kuikui Siapa yang buat homework last minute tu, kita geng . Sip sikit ?! hahaha

" Selamat kembali ke sekolah kepada para pelajar dan kepada yang dapat PLKN tu, selamat pergi dan kembali ye dan selamat maju jaya semua ehh, tetiba :3 "


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Friday, March 29

Sebenarnya Saya Isteri Dia !


Assalammualaikum dan hai blogger ! 

Oke, aku excited nak cerita sebenarnya . Excited giler . lailai ~ 
Kenapa lha baru hari nie aku tau  ?! haishh . Tu lha hang aina, tak mau ambik tau perkembangan semasa . 
 Rupa rupanya malam nie bakal ditayangkan drama Sebenarnya Saya Isteri Dia ! dan drama tu diadaptasi novel dan novel tu aku ada je . Drama tu bakal ditayangkan setiap hari Jumaat di TV3 menerusi slot Zehra mulai 29 Mac 2013 malam nie. Tapi kenapa aku tak tau novel tu telah dibuat drama ?! Padahal aku memang minat giler novel tu sebab sweet habis lha . huh ~ 
Oke, tak kisah lha . Malam nie yang pasti aku nak tengok, agak agak drama tu bakal sesweet macam dalam novel tak ?! humm, tak tengok lagi mana lha nak tau kan . so, kena lha tengok malam nie kan . huhu

Sinopsis drama Sebenarnya Saya Isteri Dia !

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?


Watak Utama

Tiz Zaqyah sebagai Syafa Aqira
Izzue Islam sebagai Firash Arshad

Watak Pembantu

Azlee Khairi sebagai Raimy
Uqasha Senrose sebagai Raina
Qi Razali sebagai Haqimy
Fezrul Khan sebagai Farish Adryan
Mustapha Kamal sebagai Datuk Fakhrul
Wilma sebagai Datin Farizah
Marissa Yasmin sebagai Puan Aida

Watak Sampingan

Firdaus Ghufran sebagai Firash Arshad (kecil)
Bella Dowana sebagai Syafa Aqira (kecil)


Teruskan menonton drama ‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’ menerusi slot Zehra, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam bermula 29 Mac 2013 di TV3 :)
Marilah kita sama sama saksikan drama Sebenarnya Saya Isteri Dia ! malam nie .


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Thursday, March 28

selamat bercuti :3

Assalammualaikum dan hai warga blogger sekalian !

Apa khabar korang ? Harap korang sihat sentiasa lha ye  . Kalau korang sakit, siapa yang nak buat lawatan kat blog aku nie . Karang sunyi je aku sebab sorang sorang . huhu ~ Korang tak pelik ke tetiba je aku update blog ? Aku sendiri pun hairan sebenarnya kenapa tetiba petang nie rajin sangat nak mengupdate blog . ish ish . Banyak story nak cerita nie . Takpe takpe, tunggu je post seterusnya . haha
Seperti yang korang ketahui, sekarang nie tengah musim cuti sekolah . Takde lha cuti panjang pun, cuti seminggu je . lagi berapa hari je nak start sekolah balik dah . Sempat lagi kot rasanya nak cakap HAPPY HOLIDAY dan SELAMAT BERCUTI terutamanya kepada pelajar pelajar sekolah . "Ole ole" daripada cikgu cikgu tu jangan lupa siapkan, karang kena marah dengan cikgu, tak tau . haha . cehh, cakap orang, tak sedar diri sendiri tu pun berlambak homework . lol .
Haa, korang pun mesti banyak homework macam aku kan ? tambah tambah lagi form 3 dengan form 5 , al maklum lha nak PMR/SPM tahun nie lha katakan . hoho . Aku nie pun banyak homework tapi aku tak rajin je nak buat . Al maklum lha aku nie kan seorang "copy paster" yang berjaya . ehh, ada ke istilah macam tu ? ==" so, dengan aku benda boleh settle punya lha . Hari pertama bukak sekolah nanti, pinjam lha buku membe .haha . Alaa, korang pun mesti biasa buat macam tu kan . Jangan nak tipu lah kalau yang kata tak pernah tu, mesti pernah punya lha . hoho . Sikap macam nie tak baik pun sebenarnya, sebab kalau kita dok meniru je tapi sepatah haram pun kita tak paham, tak guna kan . Kalau meniru, tapi paham, tu lain cerita lha . Aku sendiri pun tak tau kenapa aku MALAS . Aku dah cuba untuk berubah tapi macam ada benda yang menghalang aku . "Adakah mungkin yang menghalang aku untuk melakukan sesemua tu adalah diri aku sendiri ?!" hmm, aku tiada jawapan untuk soalan tu . haishh .Tapi aku kena berubah sebab sampai bila aku nak jadi macam nie kan, lagi pun dah lha nak spm kot tahun nie . In shaa Allah, aku akan berubah dalam masa terdekat nie . amin ~ Korang pun tolong tolong lha sekali doakan aku ye . Doakan aku berjaya berubah dan berjaya peroleh keputusan cemerlang dalam SPM nanti . amin ~
Sampai sini je kot aku nak cerita, kalau ada story lagi aku update kat blog .

Assalammualaikum !
Adios, Bye, Caio .


terima kasih kerana anda sudi baca post ini