Tuesday, May 28

Cuti tak cuti lha

Assalammualaikum dan hai blogger !

Ehem ! Rasanya belum terlambat lagi kot untuk aku ucapkan HAPPY HOLIDAYS dan SELAMAT BERCUTI terutamanya kepada semua pelajar sekolah . Al maklum lha cuti 2 minggu kan . huu ~. lama tu bercuti . So, 2 minggu cuti nie korang ke mana je ?? Mesti ada yang jejalan, bercuti ke sana sini, takpun balik kampung ke kan . Macam aku pun bercuti jugak nie, bercuti kat sekolah ==" Bagi sesiapa yang budak spm macam aku tu, tak payah lha nak kata korang bercuti giler giler sangat . Sebab paling kurang pun, seminggu je cuti . Seminggu lagi tu dipenuhi dengan kelas tambahan itu ini . Biasa lha tu budak spm kan, mesti tak lari punya lha daripada tusyen . Tak cukup tusyen time petang lepas sekolah, time sabtu ahad pulak . Tak cukup sabtu ahad, time cuti sekolah pulak . huh ~ Lumrah budak spm , paham ! Tapi oke apa pergi tusyen kan, takde lha bosan kat rumah . Bagi korang tak tau lha, tapi aku rajin je pergi tusyen walaupun tak berapa nak masuk sangat . At least aku pergi jugak daripada yang tak pergi langsung tu kan . Kalau aku pergi tusyen, takde lha aku dok terperap kat rumah nie haa . Bosan kot dok kat rumah je . Sekali sekala keluar hirup udara segar, apa salahnya kan . haha :3
Oke, hari nie hari selasa iaitu hari kedua tusyen . Alhamdulillah, aku masih diizinkan untuk datang ke tusyen . Alaa, tusyen sekolah aku sampai hari khamis . Lepas hari khamis tu, nak buat apa ke, buat lha . nak ke mana ke, pergi lha . Takde yang larang pun . Tapi kan aku tengok sekolah aku tu lengang je, macam takde orang . Rasa macam budak kelas aku je yang tusyen . huh ~ Haa, cerita pasal budak kelas aku pulak, korang nak tau tak berapa yang datang tusyen ? "Ramai" giler ! Separuh datang, separuh tak datang kot ==" Budak lelaki jangan cakap lha, confirm takkan nampak walaupun batang hidung . Sadess betul !
Haa, antara aktiviti yang paling "awesome" time cuti nie ialah, tidur makan online . Ada siapa nak 'bet' dengan aku, kata yang takde orang yang buat aktiviti tu ? Mai tunjuk sikit kat aku siapa orang nya . Confirm takde . Paling kurang pun ada salah satu, atau salah dua, atau tiga tiga sekali yang akan dibuat . Sebabnya time cuti lha boleh "over time" . Kalau hari sekolah biasa, lama sikit mesti kena bising . Tapi bila time cuti, macam tak kesah dah . Nak buat apa pun, buat lha . haha .
Cuti sekolah memang tak sah kalau takde "buah tangan" daripada cikgu kan . Al maklum lha, cikgu kita kan baik baik belaka . Mana boleh tak bagi "buah tangan" tu, kalau tak bagi mesti rasa macam tak lengkap cuti . haha . Lagipun kita kena tau yang cikgu bagi sesemua tu, sebab cikgu sayang dekat kita . Betul tak ? Cikgu tak nak kita jadi malas, cikgu tak nak kita buang masa dengan aktiviti yang tak berfaedah, dan banyak lagi . Cuti tu cuti jugak, tapi kerja ,kena jalan lha kan . 2 minggu kot cuti, takkan lha tak boleh siap kan, cehh, kata dulang paku serpih betul lha kau Aina . haihh



Selamat Bercuti dan Happy Holidays

Aku bukak blog nak update mende nie je . Oke lha, adios !


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Friday, May 24

Just be youself


Assalammualaikum dan hai blogger ! 

Terjadinya entri nie disebabkan oleh seorang makhluk Allah tu . Aku tak tau masalah apa dia tu . Tetiba je . Tak pasal pasal aku dapat tazkirah free tengah tengah malam buta . Tapi nasib baik time dia bagi tu aku dah tidur, takde lha aku nak panas hati sangat . haish .
 Aku jadi diri sendiri pun salah ke ? hurr ~

Kata orang, kita kena jadi diri sendiri . 
Kenapa kena jadi diri sendiri ? 
Sebab kita adalah kita . Kita tak perlu nak ubah apa apa semata mata untuk jadi orang lain . Tak semua orang perfect kot . Ada yang suka kita, dan ada yang tak suka kita . Kadang-kadang kita jadi risau dan gelisah bila dapat tahu ada yang tak suka kita. Sampai ada yang nak terus tukar personaliti dan perwatakan diri sendiri semata-mata untuk tarik perhatian orang lain dan buat orang gembira . Tak perlu kot, sebab setiap orang ada personaliti dan perwatakan yang berbeza kan . Buat apa kita perlu bersusah payah nak ubah semata mata untuk senangkan hati orang lain yang suka dengan perubahan kita sedangkan hati kita sendiri tak suka dengan perubahan kita . Ye, aku tau mesti akan ada yang kata . "Ehh, takpe lha gembirakan hati orang, bukan selalu" . erm, kalau perubahan tu ke arah yang positif, mungkin boleh diterima . tapi kalau ke arah yang negatif macam mana ? Dah elok elok kita seorang yang ceria, tetiba jadi seorang yang pendiam . Daripada seorang yang baik, jadi nakal . Daripada seorang yang simple, tetiba jadi seorang yang over mungkin ? Erk ! 
Biar jadi manusia yang original, jangan jadi manusia yang cetak rompak

Kesimpulannya, jadilah diri sendiri ! 

Kepada makhluk Allah tu, aku harap kau buka blog aku dan kau baca apa yang tertulis kat gambar bawah nie .


Being yourself is more awesome than being other :)


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Wednesday, May 22

Tiba tiba rindu membe lama

Assalammualaikum dan hai blogger ! 

Di malam yang dingin dan sunyi nie, tetiba aku nak story pasal membe membe lama aku . Kira membe yang aku pernah kenal, kiteorang pernah chat/mesej . Tapi tak pernah jumpa . Kira depa nie macam kawan "gadget" aku lha . 
Aduh Aina, dah kenapa pulak tetiba hang nie nak buat entri pasal mende nie ? Daripada hang dok mengarut/ merapu/ merepek kat blog nie, baik lha hang pi study, esok kan exam . Walaupun last paper, addmath kot esok . Takkan nak fail lagi kot Aina oii ? Haishh
Sebenarnya aku tetiba buat entri nie sebab tadi aku terbuka chat membe membe aku yang lama . Gila gila punya chat lha tu . Berkurun punya chat tu . huh ~ Rindu pulak kat depa . Tapi entah lha, lama lost contact kan walaupun kat facebook tu boleh je kalau nak contact balik . Tapi segan kot, bukan apa takut nanti yang balas chat tu awek depa ke apa ke kan, tak ke cari nahas tu . huh ~ Aku rindu nak chat/ mesej dengan depa sebab depa tu kira sekepala dengan aku a.k.a gila gila macam aku lha jugak . Depa layan je kalau aku loyar buruk . haha . Bukan sekali dua aku loyar buruk, boleh dikatakan setiap chat/mesej tu mesti ada aku loyar buruk . aduyai ~ tapi aku pun tak tau macam mana boleh lost contact .  hmm, rindu pulak kat depa kan . haihh
Andai tiba satu masa nanti, kot kot kita tercontact balik ke kan, aku harap kita masih boleh jadi membe macam dulu .
sobsob :')


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Sunday, May 19

Aku tak boleh berhenti !!!


Assalammualaikum dan hai blogger !

Apa yang aku tak boleh berhenti sangat tu ?
Dah kenapa dengan aku tetiba kan ?
Apa maksud entry aku nie ?

Oke, kalau korang nak tahu sebenarnya aku tak boleh berhenti baca novel . Arghh, serabutnya hidup . Aku minat baca novel tapi tak minat baca buku sekolah . Aku boleh habiskan novel yang beribu muka surat daripada buku sekolah yang tak sampai beribu muka surat tu . Aku boleh hafal cerita dalam novel tapi tak boleh hafal cerita dalam buku sekolah . Aku boleh cerita balik jalan cerita novel tu kat membe aku tapi aku tak boleh nak cerita balik jalan cerita dalam buku sekolah tu kat membe aku . Aku sampai boleh imaginasi cerita dalam novel tu tapi aku tak boleh imaginasi cerita dalam buku sekolah . Aku boleh faham novel daripada faham buku sekolah . Amboihh, banyak sungguh perbandingan nye tu . huh ~
Aku bukan apa, tok aku dah bising giler dah kot sebab tahun nie nak exam tapi sempat nyempat lagi baca novel . Kalau baca satu dua tu oke lha jugak tapi nie dah lebih sepuluh dah aku baca . Asal tok aku jenguk kat bilik je, aku tengah baca novel tak pun tengah online . Jarang tok aku akan tengok aku study walaupun sekarang nie pun dalam 'mood exam ppt' . Aku bukan nak sangat buat mende mende nie, tapi dah aku bosan tu yang aku baca novel . Oke apa kan boleh tambah kosa kata . Al maklum lha, ayat dalam novel kan ayat sastera dan berbunga bunga . Kalau aplikasikan dalam karangan bahasa melayu aku time spm nanti, mesti tersengih pemeriksa yang periksa kertas aku tu, tak pun tetiba terus dia bagi A . Haa, siapa yang untung ? Aku jugak kan . haha . 
Lagipun, bagus apa membaca kan . Membaca kan jambatan ilmu . Lagi banyak yang kita baca, lagi banyak yang kita tahu, dan bertambah lha pengetahuan kita walaupun yang dibaca tu NOVEL . Kan ? huhu ~


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Friday, May 17

One sentences can explain everything





I may not be the most important person in your life, but i just hope that one day when you hear my name, you would just smile and say "hey, that's my FRIEND !"





terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Lain perkataan lain juga maksudnya

Assalammualaikum dan hai blogger !


" membe, kawan, sahabat, teman "


Bagi aku semua perkataan di atas nie ada maksud yang tersendiri, tapi tak tau lha bagi korang macam mana pulak kan . Mesti ada yang hairan kenapa bagi aku semua perkataan tu berbeza sedangkan kalau ikut standard memang sama je rasanya . Oke, nie pandangan aku . 

Membe

Bagi aku, membe adalah seseorang yang rapat giler dengan aku . Dia sekepala dengan aku, 'masuk air', gila gila, dan memang ngamm dengan aku . Dia slumber, cool, dan banyak lagi lha . Aku boleh kutuk, bahan, perli tanpa rasa bersalah . Dia tahu apa aku suka, dia paham perangai aku, dia tahan maki aku, dia sabar dengan aku, walau macam mana gaduh pun kiteorang, lambat laun mesti baik balik sebab dia BFUD aku . Aku boleh panggil dia apa je, dia pun sama jugak . Membe nie macam sahabat baik, tapi bagi aku membe lebih awesome . 

Kawan 


Bagi aku kawan tu umum . sebabnya kalau baru kenal seseorang tu pun kita akan panggil dia kawan, betul tak ? Tak kisah lha jumpa kat kem ke, apa ke kan . Lagipun kawan tu ada macam macam ragam . Kita tak boleh nak agak perangai dia . Tambahan lagi, kawan tu ada pelbagai istilah . Contoh, Kawan makan kawan, Kawan tikam belakang, Kawan sebab harta, rupa, pangkat dan macam macam lagi lha . Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus. Kawan tu bila bila kita boleh dapat, cuma kena pandai pilih kawan lha . 

Sahabat 

Bagi aku, sahabat pulak adalah orang yang selalu bersama kita sama ada kita susah atau pun senang dan menyimpan rahsia kita dengan baik tu pun kalau berkongsi rahsia lha Sahabat adalah insan yang menerima diri kita seadanya, kelebihan dan kekurangan dan sedia melindungi kita . Sahabat adalah orang yang berani menegur kesilapan kita dan mendoakan kesejahteraan kita . Tambhan lagi, sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu. Namun, dalam mencari insan yang bergelar sahabat itu bukannya mudah seperti ABC kerana sahabat juga mempunyai ragam yang tersendiri . Untuk memiliki seorang sahabat, kita perlu terlebih dahulu menjadi sahabat . Oleh itu, ketelitian dalam mencari sahabat itu amat penting . 

Teman

Bagi aku, teman adalah seseorang yang selalu bersama kita mungkin dalam susah, dan mungkin dalam senang. Tapi dia bukanlah rapat sangat dengan kita sebenarnya, namun dia sentiasa bersedia menjadi pendengar yang setia dan berusaha untuk membantu kita dalam apa jua masalah yang kita hadapi . Bagi diri aku sendiri, aku cuba untuk jadi teman kepada sesiapa sahaja walaupun bukan semua yang mampu jadi teman untuk aku . 


Nie sekadar pandangan aku . Setiap orang ada pandangan tersendiri . Tak kisah lha macam mana pun kita dengan mereka, mereka tetap boleh jadi membe, kawan, sahabat dan teman yang baik untuk kita . Teman tak perlu dicari kerana ianya akan datang sendiri dalam hidup kita . Kawan tak perlu memilih kerana merekalah penyeri hidup kita . Sahabat perlu dipilih dengan betul kerana pengaruhnya ke atas diri kita amat besar . Tapi kita pulak jangan terlalu memilih, sebab kalau terlalu memilih mesti akan ada yang menyampah dengan kita .  Hargailah seseorang yang hadir dalam hidup kita . Oleh itu, bermembe, berkawan, bersabahat dan bertemanlah dengan ikhlas kerana Allah SWT . Itu lebih baik dan bagus ! 

I love my friend ^_^



terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Sunday, May 12

Happy Mother's Day


Assalammualaikum dan hai blogger ! 

Hari nie hari ahad bersamaan 12 Mei 2013 . 
Siapa tahu hari apa ?? Takkan tak tahu . Haaa, tak tengok kalendar lha tu . haha
Hari nie Hari Ibu lha . Tapi sebenarnya hari ibu nie bukan hari nie je, rasanya setiap hari tu hari ibu . Setiap masa, setiap detik, setiap jam, setiap saat, dan setiap semuanya lha . huh ~ Aku tak kata kita tak boleh sambut hari ibu nie, cuma kita kena ingat hari ibu tu bukan hari nie je . Sebab tu lha kita kena ingat kat ibu kita sentiasa tak kira lha walau di mana jua kita berada . macam ayat iklan pulak . haha . Walaupun korang panggil ibu korang tu, mak ummi mum mummy atau apa apa je lha, time hari ibu nie korang ucap je lha ye sebab memang namanya hari ibu je, takde selamat hari mak, selamat hari ummi atau apa apa je yang lain tu . haha
Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di dunia nie termasuklah ibu kota, ibu jari dan sebagainya . oke, mengarut . 

Selamat Hari Ibu kepada mak, Saliza binti Dahalan . Walaupun mak tak jaga akak dari kecik dan akak tak duduk dengan mak pun sepanjang 17 tahun akak hidup nie, kalau duduk pun sekejap je time cuti, tapi mak yang telah melahirkan akak dengan susah payah nya . Oleh itu, akak telah berhutang dengan mak sebab mak bertarung nyawa untuk bagi akak merasa untuk hidup kat atas dunia nie . Tambahan lagi, mak tetap jaga akak walaupun daripada jauh, dan tetap bagi duit belanja . Barang boleh ditukar ganti, tetapi mak hanya satu dan tiada tukar gantinya . Jadi, terima kasih untuk semua tu . I love you mak ! 



terima kasih kerana anda sudi baca post ini

2 weeks more

Assalammualaikum dan hai blogger !


Apa yang lagi 2 minggu ? Cuti ? Memang pun, tapi itu bukan persoalan nya di sini . 2 minggu yang dimaksudkan adalah EXAM .
Sedar tak sedar, dah seminggu exam pertengahan tahun nie berjalan . Maka dengan itu tinggal lha lagi 2 minggu . Lama kot exam, 3 minggu . Giler baq hang ~ huh
Paper yang agak senang semua dah lepas . Sekarang tinggal paper yang "killer" . Ouhhmyy . Fizik, Kimia, Addmath dan Lukisan Kejuruteraan(LK) kot . Acamno je nk score paper tu . LK tu mungkin boleh tahan lagi, tapi tu yang 3 serangkai memang tak lha . Tu lha matapelajaran yang paling lemah bagi aku . Tu lha hang, Aina nak lagi ambik aliran sains . Mau tak mau kena lha belajar jugak . huh
Ehh, terlupa pulak Pendidikan islam belum lagi . Haa, esok lha exam nye . tapi satu apa pun tak study lagi . Teruk betui hang Aina . Tambahan lagi, aku ada ambik seni, paper seni tak lepas lagi . so, makna nya aku ada lagi 6 exam . Banyak jugak tu . haishh, serabut betul lha =="

Sesiapa ada nak tolong ajar aku subjek 3 serangkai tu tak ? 

Krik, krik, krik . bunyi cengkerik .

Oke, abaikan . Aku rasa apa yang perlu aku buat sekarang nie ialah belajar, buat latihan banyak banyak, solat, berdoa kepada Allah agar semuanya berjalan lancar dan aku boleh jawab exam tu dengan hati yang tenang . Bukannya online je kerjanya, betul tak ? hoho . Tapi update blog takpe kot kan . haha



terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Friday, May 10

Happy Bornday Makcik !

Assalammualaikum dan hai blogger !

Semalam iaitu hari khamis bersamaan 9 Mei 2013 .
Siapa pulak punya birthday tu ye ?
Agak agak siapa ekk ? Pakwe ? tak mungkin sebab tengok tajuk pun dah tau makcik, takkan pakwe panggil makcik pulak . atoto . Kalau makcik ? makcik mana pulak sesat dalam blog aku nie . huh , mengarut .
Oke, sebenarnya makcik yang aku nak cerita nie adalah membe aku je . Alaa, biasa lha tu aku gedik nak panggil dia makcik . Takpe, dia bukan tau pun . Dia kan dah sekolah jauh, asrama gitu . Sekolah mana weyh dia sekolah ? Tu haa Kolej Vokasional Taiping . Jauh kan ? memang jauh, huh ~ Bakal  kerja pejabat lha kau jah, kelasss gitu ~ hahaha , lol =="
Nama dia Nur Syahirah binti Yaakup, budak spm tahun nie kira sebaya aku lha, birthday dia semalam 9 Mei, of course . Dia tinggi tak tinggi, rendah tak rendah, tapi yang pasti rendah daripada aku lha . hahaha . Dulu dia satu sekolah dan satu kelas dengan aku dari form 1 sampai form 3, tapi bila masuk form 4 dia masuk asrama . Kira dia nak cuba pengalaman baru lha tu masuk asrama . hoho .
Ehh, over pulak bercerita . haha . Aku nak wish happy birthday je rasanya . atoto

Hoi makcik, aku ucapkan SELAMAT HARI LAHIR, HAPPY BIRTHDAY, SANNAH HELWAH  . Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu dan best of luck spm tahun nie . Hope result gempak ! Doakan aku jugak ye . Lepas spm kita hang out lagi macam biasa . haha

maap ! ambik gambar hang ^^

# sorry makcik, aku malas nak wish kat facebook, twitter dan phone sebab bosan lha asyik wish kat situ je . maka dengan itu aku wish kat blog . dan sorry lambat wish sebab aku nak jadi orang terakhir yang wish kat hang . haha :P


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Sunday, May 5

Hang tak kan pernah faham aku !

Assalammualaikum dan hai blogger !


Apa maksud ayat atas nie ?! Apa maksud tajuk post nie ?! hmm :/
Hari nie aku nak story sikit pasal seorang membe aku tu . Aku tak tau apa masalah dia . serious aku cakap !
Aku nie bukan lha yang jenis suka merajuk, kuat sentap, kuat terasa hati ke apa, of couse lha dengan orang kan takkan dengan haiwan pulak . huh ~ sebab nya bagi aku hidup aku happy go lucky . Aku hidup dengan gaya aku tersendiri sebab AKU adalah AKU . Tak kesah lha orang nak kata aku macam mana . Aku nie takde perasaan ke, lurus bendul ke, blurr ke, apa ke sebab tu memang "stail" aku . Aku nie nak kata pendiam, takde lha diam sangat . Nak kata kaki bising pun, tak juga . Aku nie kira yang tengah tengah lha . Bak kata orang 50-50 . Diam pun tak, bising pun tak . 
Ya, aku memang ada lebih ramai membe lelaki berbanding perempuan . Aku pun tak tau pasai apa . Mungkin sebab aku lebih "rock" kalau nyembang dengan lelaki berbanding perempuan . Bukan lha nak kata aku nie memlilih untuk berkawan dengan lelaki berbanding perempuan, aku nie jenis cepat ngamm dengan orang tambah tambah kalau seseorang tu sekepala dengan aku dan tahan loyar buruk aku walaupun takde lha loyar sangat pun Kalau dia sesorang yang macam tu, memang walaupun baru kenal tapi rasa macam dah lama kenal . huh ~ 
Ehh, dah lari tajuk pulak . haishh
Oke, berbalik kepada cerita . Aku tak tau apa masalah dia . Aku rasa aku dah pernah bagitau dia yang aku memang macam nie . Aku nie kan jenis tak berapa nak reti jaga perasaan orang, so kalau aku rasa aku nak cakap aku cakap je . Kalau aku dah play, takde aku nak pause dah . mengarut dah . Dia kata dia kenal dan faham aku, tapi aku tak rasa dia kenal dan faham aku . Sebab kalau dia kenal aku, dia mesti tau dan faham yang aku memang macam tu . tapi kenapa dia mesti nak sentap dengan aku ?! Ye, aku tau ayat aku memang "pedas" tapi aku rasa ayat yang aku guna dengan dia biasa je . Macam tu jugak ayat yang aku guna kalau aku nyembang dengan orang lain . Tapi kenapa dia tak boleh terima ?! Dia yang kata aku suka cara kau macam nie, kau tak gedik, dan bla bla bla, tapi apasal bila aku guna ayat yang biasa macam tu pun dia nak sentap ??! Apa masalah dia ??! Dia kata, dia pun ada jugak perasan . Jangan sampai suatu hari orang buat balik kat ko macam tu . Masalahnya sekarang, buat apa ?! Aku tau tak apa yang kau cuba sampaikan sekarang nie . Hairan aku tau tak ! Kata faham sangat aku sebab dah "agak" lama kenai aku, tapi rupa macam baru kenai aku semalam je . huh ~
Haishh, dah lha . Sampai sini je kot yang aku nak cerita . Cerita lebih lama karang, rasa sakit pulak hati nie . hurr ~

p/s untuk kau : Kau belum begitu memahami aku, jadi tolong jangan nak buat tanggapan yang salah tentang aku . Aku adalah aku, dan gaya aku sudah memang sebegitu . Jadi kalau kau belum faham aku, baik kau belajar untuk lebih memahami aku . Sekian, terima kasih !


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Thursday, May 2

3 subjek serangkai =="

Assalammualaikum dan hai blogger !


hmm, memandang kan ppt sekolah aku bakal bermula minggu depan iaitu bersamaan dengan hari selasa, 7 Mei 2013, aku rasa elok lha kena study dari sekarang kan ?! Tapi masalahnya aku malas nak study . haishh . tak baik nie, jangan dijadikan contoh . huh ~
Aduh, bila dah ppt nie mula lha rasa gelabah, gabra, dup dap dup dap . Bukan apa, ppt nie kan exam penting . Memang lha tak sepenting spm, tapi masih dalam kategori penting jugak nie . 
Sekarang nie aku tengah pening pikir pasal 3 subjek serangkai tu ?! Subjek lain aku rasa oke je kot . takde masalah tapi yang 3 serangkai tu. perghh "scary the mary" . Takkan korang tak tau subjek apa ?! Subjek membunuh tu lha, membunuh bagi aku lha, iaitu ADDMATH, FIZIK, KIMIA . Giler kau ! Killer subjek tu ~ Bagi korang ye lha bukan killer subjek, sebab korang pandai .  Bagi aku, itu subjek membunuh ! Subjek yang tak pernah nak oke result .  Kalau oke pun, cukup cukup makan je . 
Aku pun tak tau lha, macam mana aku nak pandai 3 subjek serangkai tu ??! Bila cikgu ajar pun, rasa macam masuk telinga kanan keluar telinga kiri je . Belajar pun main main, risau betul aku tambah tambah addmath tu . perghh, dah lha math pun dalam kategori boleh lha, nie kan pulak addmath yang dok dalam kategori apa pun tak tau lha . huh ~







terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Exam come again !


Assalammualaikum dan hai blogger !

Midterm is around the conner ??

Of course you guys know what it mean, right ?
Ouhh my >.<

Aku tak bersedia lagi kot . Aku rasa macam baru je lepas Ujian 1 . Nie tetiba nak ppt pulak . Kenapa semua nya seperti tetiba je ?! Dah lha selama nie aku study pun main main, macam tak ambil spm tahun nie . haishh . Bila pikirkan ppt nie, aku terasa seperti mahu ambil spm . Apa ingat ppt nie tak penting ke ?! Penting kot . Penting sepenting SPM ! Ye lha, semua subjek time form 4 plus subjek form 5 yang dah belajar dari awal tahun hari tu masuk kot . Time form 4 hari tu pun, meggelupur nak study, sekarang tambah pulak subjek form 5 nie haa, mau tak rasa macam kena renjetan elektrik aku . huh ~
Aku rasa aku nak kena study lha dari sekarang, tapi banyak pulak kekangan . Aku tak boleh berhenti online ! Sehari tu kalau tak online, rasa macam tak sah hari tu . rasa macam ada something wrong wal bengong . LOL ==" 
Apa lha nak jadi dengan kau nie Aina oii ?! Tak serik serik . Walaupun kau dapat top 5 time ujian hari tu, tak bermakna time ppt nie pun kau akan dapat top 5 . Berubah lha Aina oii !
hmm, usaha, berdoa dan bertawakal je lha .
Kau mesti boleh buat Aina . Mesti !
 Cayyok cayyok !
guys, wish me luck haa ! :D

Best luck for me, best luck for you too :)



terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Tak ku duga suara nya sebegitu :O


Assalammualaikum dan hai blogger ! 

Sebenarnya, hari nie aku nak story pasal semalam . Saja bosan, tu yang update blog . ehh :3 
Korang nak tau tak , semalam aku call membe aku sorang nie . saja bosan + sakit tangan dok taip mesej ja . First time kot aku call dia sepanjang kitaorang jadi membe nie . Dia selalu je nak call aku, aku je yang malas nak angkat . Ye lha, aku nie bukan yang suka nyembang dengan orang . takde bende penting pun nak sembang . huh ~ Tapi dia pernah call aku, dan aku pun pernah call dia tapi aku bagi adik aku yang nyembang dengan dia . haha . Dia layan adik aku uhh, lawak pulak bila ingat . hahaha . Aku pernah dengar suara dia time dia nyembang dengan adik aku tu sebab time tu aku ada je kat sebelah adik aku . Aku tengah mengekek gelak dengan adik aku sorang lagi . hahaha . Ops ! Tapi yang aku hairan bin pelik nie, suara dia lain giler kot . Kalau ada pertandingan "kenali suara orang", seious aku takkan jangka yang tu suara dia . Memang tak boleh cam, sebab lain giler kot . Rupa dengan suara dia berbeza . Macam tak sesuai . ehh ?! Bukan aku tak pernah nampak dia, time sekolah dulu ada aje aku dengar nama dan nampak dia . Kekadang ada lalu kat depan kelas tu haa . huh ~ Lagi satu yang lain nye, pasal gelak dia . Aku rasa aku pernah dengar dia gelak, memang teruk , memang tak cover . Tapi semalam nyembang dengan aku, bila dia gelak oke pulak, takde lha teruk sangat, tau pulak nak cover . haishh . Tu yang membuat kan aku hairan dengan dia nie, musykil betui . Tapi aku tak tau lha kot kot suara dia memang macam tu bila on the phone dan lain bila face to face . Al maklum lha, aku tak pernah pulak nak face to face dengan dia . Giler kau ! segan kot . huh ~ 
Rasa tu je lha kot nak story . kbye !


terima kasih kerana anda sudi baca post ini