Thursday, June 27

Hari sukan tahun akhir

Assalammualaikum dan hai blogger !

Kalau korang nak tau, hari nie merupakan hari yang amat memenatkan . Sebab hari nie merupakan hari sukan SMKFB . Tahun nie aku tak masuk apa pun time hari sukan nie termasuklah kawad perbarisan lintas hormat sukan . Selalu nya aku akan masuk kawad krs tu tapi tahun nie malas . Saja, ubah angin lha katakan . hukhuk ~ Tapi walaupun aku tak masuk apa apa hari nie, penatnya tu tetap terasa uhh . Rasa macam aku masuk semua acara balapan, walaupun kenyataan nya tak masuk langsung . Aku nie hanya jadi penonton dan tukang sorak untuk rumah aku . Tapi sebenarnya, aku nie cuma budak hiasan khemah . Ehh, tu bukan masuk jugak ke ? :3 Walaupun hiasan khemah dapat no 3 je, kira oke lha tu daripada tak dapat langsung kan . huh 
Sebenarnya aku nak share sesuatu yang aku rasa hari nie nie dengan korang . Korang nak tau tak, aku rasa tahun nie merupakan hari sukan yang paling best dan meriah yang pernah aku alami sepanjang 5 tahun aku sekolah sini . Aku tak tau kenapa, tapi aku gembira dan seronok sangat tahun nie . Mungkin sebab tahun nie aku lebih banyak luangkan masa dengan bebudak rumah hijau kot, bukan dengan krs . Setiap tahun aku masuk kawad krs, tapi tahun nie tak . Bila tak masuk, tu yang aku tolong apa yang patut kat rumah hijau tu . Tapi sebenarnya , aku teringin sangat nak join kawad rumah sukan . Saja nak rasa, ye lha boring lha masuk krs je kan . Tapi malas arr . haha . Aku bukan apa, rasa seronok lha tengok depa pakai maskot bebagai tu, comey je . wee~ . Banyak jugak kerja yang aku buat time hari sukan nie, aku buat banner, hias khemah, tolong melukis, mewarna dan buat apa je pasal rumah hijau . Bila aku buat sesemua tu, aku dapat rasa kemeriahan hari sukan yang sebenar dan aku suka perasaan tu . Tapi yang tak boleh blahnya, bila balik rumah je, aku tengok habis tudung aku penuh dengan serbuk glitter . Berkelap kelip, dah macam apa je . atoto ~ 
 Tapi takpe, tu semua tak menjadi masalah kat aku . Ye lha, tahun nie tahun akhir aku sekolah situ kot, bila lagi nak merasa sesemua tu lepas nie kan . Rasa sedih pulak sebab tak sangka dah nak habis sekolah . Lepas nie tak boleh nak nak rasa kemeriahan hari sukan sekolah, nak masuk tu masuk nie, acara tu acara nie, hias khemah, tolong cikgu siapakan peralatan hari sukan dan sebagainya . Walaupun aku boleh datang tengok, dan turut sama meraikan tapi perasaan tu mesti tak sama apabila kita merasai sendiri kemeriahan hari sukan tu . Sebab tu lha, apa je event kat sekolah tahun nie aku mesti nak join . Al maklum lha, tahun akhir katakan . huu ~ 

Oke, buang mood sedih tu . Jom layan gambar gambar sepanjang hari sukan hari nie . Tapi takde lha banyak sangat ye . Boleh lha nak tengok sikit sikit . huh :)

sebahagian cikgu cikgu rumah hijau

 khemah kena ribut kejap, so kena lha betulkan balik

 Kita kawan, bukan lawan :)

 selepas bebudak kawad lintas hormat, sempat menyempat lagi aihh

 Yang tengah tu puteri rumah hijau, cewahh ~

 Kat tepi padang, semangat nak jerit untuk rumah hijau nie .

 Sempat menyempat lagi

 Sempat menyempat cikgu je nye pun, haha 

 Kat tepi padang pun boleh 

 Nampak tak rumah hijau atas sekali tu, hukhuk

 Walaupun berbeza kelas, kita tetap sama rumah . Hidup rumah hijau ! 

 no komen ~

 Ibnu Batutta in the house ! :D

 Tinggal maskot je lha, tuan punya maskot entah ke mana entah . huh

 Nampak tak CJ7 yang comey tu, aku yang lukis mata nye . haha

Kalau pandai cuba cari mana cikgu kat situ ? haha

 walaupun aku rumah hijau, aku tetap nak pakai baju oren . haha

 Mana kaki android tu ? hukhuk ~

 Tak masuk kawad KRS pun, sebab ubah angin . huh

Nampak tak aku menyemak lagi kat situ, haha

 Kat pentas tu pun jadi ~

 sekali lagi ~

 Maskot rumah hijau yang awesome !

 walaupun no 3, bersyukur je lha

 Yeay ! Kami menang !

Tengah mengemas khemah pun, sempat menyempat lagi . huh ~

Sir Rizlan merangkap ketua rumah, Tahniah sir !

Kenapa banyak gambar aku ? Usah ler dipertikaikan, nie blog aku so suka hati aku lha nak letak banyak gambar aku . huh :P Sebenarnya, ada banyak lagi sebenarnya gambar, tapi tak rajin lha pulak nak masukkan . Ini je lha yang mampu aku masukkan . huu ~

Rumah hijau a.k.a Ibnu Batutta juara keseluruhan sukan tahun 2013 ! Ho yeah ! 
Saya bangga jadi ahli rumah hijau . wee ~



terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Saturday, June 22

sannah helwah ecot !

Assalammualaikum dan hai blogger !


Hmm, hari nie 22 Jun, birthday siapa ye ?! Korang tau tak ?! Mesti lha korang tak tau kan, aku tak cerita lagi kan . haha .
Ecot  ? Siapa Ecot ? Haa, nie lha aku nak cerita . Hari nie birthday Ecot atau nama sebenar dia Siti Aishah binti Mohd Yusof . Kenapa Ecot ? Mesti nak tau kan . haha . Oke, sebenarnya time menengah rendah dulu kiteorang kira satu geng lha . Ada 5 orang . Nama kiteorang semua kiteorang letak lebih kurang je, ada Erot, Ejot, Enot, Ecot dan Ekot . Haa, laka laka kan nama tu ? haha, oke aku tau . Tak payah bagitau . huh ~ Time menengah rendah je lha rapat, bila masuk menengah atas dah kurang dah . Al maklum lha, kelas lain lain, lepas tu ada sorang tu dah pindah sekolah . Tu yang jadi kurang ngam dah tu . 
Tapi kiteorang masih je bertegur sapa . Giler kau tak bertegur, satu sekolah je kot . Kalau lain sekolah tu, lain cerita arr . huh ~ Dia budak sains 1, aku budak sains 2 . tapi masih di aliran yang sama iaitu aliran sains . Cuma aku aliran teknikal, dia aliran tulen .  Dan yang pastinya kiteorang nie budak spm 2013 . huh ~
Lagi satu nie aku nak bagitau, korang tengok je dia tu macam  lemah lembut, ayu dan sopan santun gitu tapi sekali keluar perangai "hantu" dia, giler korang nak layan dia . hahaha sorry ye cot :p Dan korang jangan tak tau yang dia nie ramai peminat, budak comey kan siapa je tak minat . Dia dah berpunya ke belum ? Haa, maaf lha ye . Soalan tu aku tak boleh nak jawab, sebab aku sendiri pun tak tau . Kalau nak tau, pi lha tanya tuan badan dia sendiri naa . haha 
Ehh, over pulak bercerita ye . Sampai dah keluar tajuk dah rasanya nie . haha pun boleh . Rasanya aku nak wish happy birthday je . atoto

Weyh cot, aku ucapkan SELAMAT HARI LAHIR, HAPPY BIRTHDAY, SANNAH HELWAH . Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu dan best of luck spm tahun nie . Hope result gempak ! Doakan aku jugak ye :)

nie aku main ambik ja kat facebook hang, maap lha naa !yang sebelah dia tu anak sedara dia ja naa, bukan anak dia . huh :3

# Ecot, sorry tak datang time hang buat birthday tu . Aku busy sangat . Sorry tak wish kat phone atau facebook atau face to face . Tapi walaupun aku tak wish kat sesemua tu, tak bermaksud aku lupa birthday hang .  Aku wish apa, tapi wish kat blog lha . Serious aku cakap aku tak pernah lupa dan in shaa Allah takkan pernah lupa . Mungkin ko yang lupa birthday aku . hmm . Walaupun kita dah lain kelas, ko tetap membe aku . Lagipun kita dah kawan sejak kecil lagi kot, takkan aku nak lupa ko :)


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Friday, June 21

Kenapa ia datang balik ?

Assalammualaikum dan hai blogger !

Apa khabar korang ? Sihat ? Harap korang sihat lha ye . Aku pun sihat je, alhamdulillah . Lama jugak aku tak update blog nie, habis dah bersawang . Haishh, malas betui lha nak bersihkan ==" hukhuk

Apa yang membuatkan aku mengupdate blog aku pada hari nie adalah kerana apa yang terjadi kepada aku hari nie . Korang mesti nak tau kan apa yang terjadi kat aku ? Kalau nak, sila baca post nie sampai habis . Kalau tak nak, cukup lha sampai sini je korang baca . huh ~
Aku merupakan salah seorang daripada ramai orang yang kena senggugut atau lebih mesra dipanggil "period pain" ==" mesra sangat :3 Bagi yang pernah kena tu, korang mesti tau kan macam mana sakitnya rasa bila kena mende tu . Hanya Allah yang tau . huh ~ Sakit dia macam orang nak beranak tau tak, tapi tak keluar anak lha . huh ~ 
Haaa, nie aku nak cerita pasal pagi tadi . Aku tak tau kenapa ia datang balik ? Lama dah kot aku tak kena . Tetiba pulak hari nie dia buat balik . Buat malu je . haishh . Aku dah selalu dah kena, boleh dikatakan setiap tahun tu mesti ada je aku kena macam tu . tapi paling best dapat rasa kena angkat lha kan . Hahahaha :p
Aku kalau kena mende tu, memang teruk sampai pengsan kot . Teruk giler kan ? Entah apa apa je lha . Tapi korang ingat aku nak sangat ke pengsan pengsan kat sekolah nie, dah lha menyusahkan orang . huh ~ Aku pernah baca satu artikel nie, dia kata "kita hidup janganlah kita menjadi orang yang menyusahkan orang lain, kerana jika demikian kita menjadi seburuk-buruk manusia". Nampak tak ? Haa, aku bukan suka suka nak susahkan orang, tapi dah nak tersusahkan nak buat macam mana . Terima kasih je lha kat korang yang dah susah payah angkat aku tu . Aku tau aku berat, kesian korang kan . Maap lha ye !
Tapi aku pun hairan jugak sebenarnya, sebelum rehat aku oke je tak rasa apa pun tapi lepas rehat tu yang teruk . Tak senang duduk aku . Macam macam gaya dah aku duduk . Banyak tempat dah aku jelajah . Kejap kat belakang, kejap kat depan, kejap kat tengah, kejap sana, kejap sini, akhirnya aku tak boleh jugak, aku baring atas lantai kat tepi meja aku senang . Aku dah tak sempat nak pikir dah tempat tu kotor ke bersih, aku main baring je . Janji aku selesa . Tapi selesa tak selesa lha jugak, mula mula semua budak kelas aku ingat aku baring je .  Tapi ada jugak yang tak perasan aku kat bawah tu sebenarnya . huh ~ Mula mula tu memang aku baring je pun, tapi entah lama lama tak sedar pulak kan . Aku rasa badan aku kena angkat, dan aku pun dengar depa dok bising bising, tapi tak boleh nak bukak mata . Lagipun aku rasa bukan takat kelas aku je rasanya yang bising, rasanya kelas yang sepanjang nak pergi ke bilik kaunseling tu pun bising, ye lha mesti depa tertanya tanya siapa pulak dah yang pengsan tu kan . Segan kot weyh ! huh ~
Selepas beberapa minit aku terbaring kat bilik kaunseling tu, aku sedar . Lepas tu cikgu suruh aku balik walaupun sebenarnya tinggal lebih kurang 20 minit macam tu je lagi masa nak balik . Dah orang suruh balik, kita kena lha balik kan . huh ~ Cikgu Mardiah iaitu cikgu matematik aku yang hantar aku balik, tak tau lha kebetulan cikgu tu nak balik ke atau memang depa mintak tolong cikgu tu hantar aku . Entah, tak ambik tau pulak kan . haha . "kejam" betul kau Aina Tapi time nak pergi ke kereta tu, aku berjalan ekk takde lha nak mintak tolong depa angkat aku dah, patah pinggang depa satgi . Anak orang tu, jangan buat pasal . Tapi depa masih papah aku lha, kalau aku jalan sorang, baru nak melangkah keluar bilik kaunseling tu dah terjatuh baik karang . Dah menyusahkan orang lagi . Haishh

Haa, tu je lha kot nak cerita . Pasal apa yang terjadi kat rumah pulak, tak payah lha aku cerita . Malas dah lha nak taip . kalau nak tau, hello hello je lha aku ye . haha .
oke, adios !
 

terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Friday, June 7

Tips kesihatan daripada Nabi Muhammad SAW


Assalammualaikum dan hai blogger ! 

Memandangkan cuti sekolah yang bakal berakhir dua hari lagi nie, aku nak buat entry pasal tu tajuk yang kat atas tu . Cehh, sebenarnya entry nie patut dibuat sebelum cuti bermula . Al maklum lha time cuti lha orang boleh overtime sikit kan dan kena jaga kesihatan lebih sikit . Tapi tak kisah lha, aku nak jugak buat entry nie . heh ~
Haa, apa lagi . Meh baca dan lepas tu boleh kita amalkan sesama =)


1. Nabi melarang umatnya minum sambil berdiri .
  • Mengikut kajian perubatan, dalam tubuh manusia terdapat penapis yang dipanggil sfringer. Penapis tersebut hanya akan terbuka ketika kita duduk & tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum satu ratus peratus elok untuk diproses dalam badan. Jadi, bila kita semua minum sambil berdiri, air tersebut tidak dapat diproses oleh sfringer kerana tertutup dan ia akan terus masuk ke pundi kencing. Disebabkan ini, kita boleh mendapat penyakit iaitu batu karang. Alamak, acamno nie . Aku pun kadang-kadang minum berdiri jugak, haishh . Haa, oleh itu apa kata mulai saat ini kita minum duduk. Bukan apa, untuk mengelakkan kita mendapat penyakit. Lagipun, memang buruk beno rupanye orang yang minum berdiri nie . Macam dah takde kerusi nak duduk . haishh
2. Jangan meniup air yang panas.
  • Secara logiknya, terdapat karbon dioksida (CO2) pada udara hembusan tersebut . Belajar sains kan ? So, mesti tau kan yang mulut kita memang mengeluarkan karbon dioksida setiap kali kita menghembus . Jika ditiup ke air yang panas tu, makanya, CO2 itu akan larut ke dalam air dan otomatiknya bukan otomen yang akan menghasilkan nya tetapi cecair yang bersifat asid iaitu H2CO3 (asam karbonat) yang akan menyebabkan penyakit berkaitan jantung dan masalah perut tidak selesa. Haa, dah tau kan ? So, lepas nie jangan lha buat dah ye . Tak elok ! Kalau korang nak tau, dulu aku ye suka tiup air time tengah panas panas tu, tapi tu dulu, sekarang tidak lagi . Sebab ? Tak payah lha tau sebabnya . Lagipun, minum air time panas panas nie sedap tau . Siapa kata tak sedap ?! Nak bet dengan aku ?! huh ~
3. Menggalakkan mandi sebelum waktu subuh.
  • Hal ini kerana, wahh dah macam ayat nak buat karangan je, haha air pada waktu pagi yang ala-ala ais batu campur tu, yang sejuk giler tu dapat membantu membuang lemak-lemak degil di dalam badan. Dapat air kolah lagi awesome, sebab air kolah kan sememangnya sejuk . hoho . Haa, siapa yang nak buang lemak degil dalam badan tu, apa kata praktikkan tip nie selalu . Setiap hari bangun sebelum subuh, lepas tu mandi . In shaa Allah, berhasil . Lagipun, nie kan tips kesihatan daripada Rasulullah . huh ~ Aku pun nak cuba jugak lha, haha
4. Dilarang makan bersulamkan air.
  • Bukan makan sambil menyulam ye, harap maklum tu ! Maksudnya disini, makan yang diselang-selikan dengan minum air. Satu kali suap makanan dalam mulut, satu kali minum air. Kejap makan, kejap minum . Begitu ler . Tak baik macam tu kan . Tau tak kenapa ?! Sebabnya kalau kita buat macam tu, ia akan menyebabkan banyak udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan kita berangin . Tak best kan kalau banyak angin dalam badan, so jangan lha buat dah tau . Ingat !

Sentiasa ada hikmah disebalik larangan dan suruhan Rasulullah SAW tu. Maka dengan itu, haruslah diikut walaupun sedikit, kerana sedikit yang dilakukan secara beristiqamah adalah lebih baik dari banyak tanpa istiqamah langsung .

Wallahua'lam.

Jom praktikkan bersama sama !



terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Israk dan Mikraj

Assalammualaikum dan hai blogger !

Holaa, semalam Israk dan Mikraj . Korang tau tak apa tu ? Haa, yang dah tau tu bagus . Yang tak tau lagi tu meh baca post aku nie . Lagipun aku dah ada bagitau kan yang aku nak post pasal Israk dan Mikraj nie . So, here we go .

Bagi sesiapa yang tengah rushing atau malas, tengokla video nie.. lebih interaktif, insyaALLAH.. =)

akan diupload kemudian

Apabila berbicara tentang peristiwa Israk dan Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah S.A.W bersama malaikat Jibril dan Mikail. Definisi Israk dan Mikraj:

Israk : Yakni perjalanan Nabi SAW menaiki binatang Buraq dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.
Mikraj : Yakni perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh.
Perjalanan Rasulullah S.A.W ini telah diabadikan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud;

"Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah S.A.W hanya berlangsung pada satu malam.

Peristiwa ini pada pandangan orang yang tidak beriman atau mereka yang tipis imannya, mereka menyatakan bahawa peristiwa ini tidak mungkin akan berlaku atau pun mereka berbelah bahagi samada mahu mempercayainya atau pun sebaliknya. Tetapi bagi orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka mereka tetap percaya dengan penuh keimanan kepada peristiwa ini.

Setelah baginda S.A.W menceritakan apa yang telah terjadi padanya kepada masyarakat umum maka orang-orang kafir bertambah kuat mengejek dan mendustakan baginda S.A.W. Fitnah terhadap baginda S.A.W bertambah kuat malah ada juga di kalangan mereka yang sebelum ini telah memeluk Islam telah pun murtad kembali. Manakala bagi mereka yang begitu membenarkan baginda S.A.W maka iman mereka tetap utuh sebagaimana kita lihat kepada reaksi Sayyidina Abu Bakar apabila dia mendengar berita daripada orang ramai tentang apa yang telah diberitahu oleh Nabi S.A.W lalu beliau dengan tegas menyatakan :

"Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda S.A.W mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya". 

Inilah ketegasan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi Sayyidina Abu Bakar dalam mempercayai Allah dan rasul-Nya sehingga beliau digelar as-Siddiq yang membawa maksud pembenar.

Peristiwa sebelum Israk dan Mikraj

Sebelum terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah S.A.W mengalami tahun yang sangat menyedihkan dikenali sebagai tahun-tahun kesedihan. 

  • Pemboikotan atau pemulauan yang dilakukan oleh kaum kafir Quraisy terhadap Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutthalib. Pemboikotan ini, hampir membuat kaum Muslimin mati kelaparan, berlangsung selama tiga tahun.
  • Meninggalnya isteri Baginda S.A.W, Siti Khadijah yang banyak berkorban dan membantu perjuangan Baginda S.A.W bersama dalam suka dan duka, juga sempat mengalami berbagai tekanan dari Kaum Kafir. Siti Khadijah menjadi isteri Rasulullah S.A.W sedari Baginda belum diangkat menjadi Rasul lagi.
  • Meninggalnya bapa saudara Baginda S.A.W, yang amat dikasihi Abu Thalib. Seorang bapa saudara yang selalu memberikan perlindungan terhadap Rasulullah dari tekanan dan serangan Kaum Quraisy. Kesedihan semakin bertambah ketika melihat, bapa saudara yang Baginda S.A.W kasihi meninggal dunia dalam keadaan tidak beriman/islam. ISRAK membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad S.A.W pada malam hari dengan menaiki Buraq bermula dari masjid al-Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa (bukan masjid al-Aqsa seperti yang ada pada hari ini) di Baitul Maqdis. Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi S.A.W ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Sejarah Perjalanan Israk Mikraj

Rasulullah SAW mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Malaikat Mika’il. Hati Baginda SAW disuci dengan air zamzam dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan was-wasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah SAW. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “kahtimin nubuwwah”. Selesai 
pembedahan, didatangi binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

Dari Anas bin Malik ra katanya Rasulullah saw bersabda:
‘Jibril membawakan kepadaku seekor ‘Buraq’ iaitu sejenis haiwan berwarna putih, lebih panjang dari keldai dan lebih pendek daripada Baghal. Ia dapat melompat sejauh saujana mata memandang. haiwan itu lalu ku tunggagi sampai ke Baitul Maqdis. Sampai di sana haiwan itu kutambatkan di tambatan yang biasa di gunakan para nabi. (Sahih Muslim)

Semasa Israk (Dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa)

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah :
  1. Negeri Thaibah iaitu Yathrib/Madinah, tempat di mana Rasulullah S.A.W akan melakukan hijrah.
  2. Bukit Thursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah.
  3. Baitul-Laham iaitu tempat Nabi Isa A.S. dilahirkan.

    Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan jamung apinya dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa pengajaran yang amat ajaib.
Peristiwa-peristiwa tersebut adalah seperti berikut :
  • Kaum yang sedang bercucuk tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai hasil (buah) yang baru pula keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail bahawa itulah ummatnya yang berjihad "Fisabillillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yg lebih banyak. 
  • Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail bahawa itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suami dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dihukum bunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh keimanannya kepada Allah Taala (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan). 
  • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan semula. Demikianlah dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah S.A.W bahawa Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (menunaikan solat). 
  • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail, Itulah orang yg tidak mengeluarkan zakat harta mereka. 
  • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail, itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri atau suami. 
  • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail, itulah orang-orang yang makan riba' 
  • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrai, itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain. 
  • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail, itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail, itulah orang yang memakan daging manusia yakni mengumpat dan menjatuhkan maruah (mencela/menghinakan) orang. 
  • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail, itulah orang yang bercakap besar (Takabbur) kemudian menyesal, namun sudah terlambat. 
  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah S.A.W tidak memperdulikannya. Kata Jibrail, itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail, itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua. 
  • Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail, itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat. 

Setibanya di Masjidil-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan para anbia' dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail bahawa Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah S.W.T )

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Di Langit Pertama : Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam a.s. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Di Langit Kedua : Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

Di Langit Ketiga : Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

Di Langit Keempat : Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

Di Langit Kelima : Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Di Langit Keenam : Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Di Langit Ketujuh : Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.

Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH. Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, 
"Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".

Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Di Tangga Kelapan : Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Di Tangga Kesembilan : Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Di Tangga Kesepuluh : Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah SWT : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah SWT : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari kiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi atau bukti peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah).
Wallahu'alam 

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id) 

-Di sini, kami sertakan terjemahan hadith daripada kitab Sahih Muslim berkenaan Israk Mikraj.


PERJALANAN NABI MUHAMMAD SAW

Kitab Sahih Muslim -terjemahan Hadith.

Dari Anas bin Malik ra katanya Rasulullah saw bersabda:
‘Jibril membawakan kepadaku seekor ‘Buraq’ iaitu sejenis haiwan berwarna putih, lebih panjang dari keldai dan lebih pendek daripada Baghal. Ia dapat melompat sejauh saujana mata memandang. haiwan itu lalu ku tunggagi sampai ke Baitul Maqdis. Sampai di sana haiwan itu kutambatkan di tambatan yang biasa di gunakan para nabi.

Kemudian aku masuk ke dalam masjid dan solat di situ dua rakaat. Setelah aku keluar, Jibril datang membawa dua buah bejana, yang satu berisi khamar dan yang satu lagi berisi susu. Aku memilih susu. Kata Jibril ‘Anda memilih yang benar’.

Kemudian kami di bawa ke langit. Lalu Jibril minta supaya di bukakan pintu. Jibril ditanya ‘ Anda siapa?’ Sahut Jibril ‘Aku Jibril’. Tanya: ‘Siapa bersama anda?’ Jawab: ‘Muhammad’. Tanya: ‘Sudah diutuskan dia (menjadi rasul)?’ Jawab: ‘Ya, benar, dia sudah di utus!’. Setelah itu baru pintu di bukakan untuk kami. Tiba-tiba kami berjumpa Adam. Beliau mengucapkan ‘Selamat datang’ kepadaku serta mendoakan semoga beroleh kebaikan.

Kemudian kami naik ke langit kedua. Jibril as meminta dibukakan pintu. Lalu dia ditanya: ‘Siapa anda?’ Jibril menjawab: ‘Aku Jibril’. Tanya: ‘Siapa bersama anda?’. Jawab: ‘Muhammad’. Tanya: ‘Apakah dia sudah diutus?’. Jawab: ‘Ya, dia sudah diutus.’ Setelah itu baru pintu di buka untuk kami. Tiba-tiba kami bertemu dengan dua orang anak dan pakcik, iaitu Isa anak Maryam dan Yahya bin Zakaria alaihimassalam. Keduanya mengucapkan selamat datang kepadaku., serta mendoakan semoga aku beroleh kebaikan.

Kemudian aku dibawa lagi kelangit ketiga. Jibril meminta pula dibukakan pintu. Lalu dia ditanya: ‘Siapa anda?’ Jibril menjawab: ‘Aku Jibril’. Tanya: ‘Siapa bersama anda?’. Jawab: ‘Muhammad saw’. Tanya: ‘Apakah dia sudah diutus?’. Jawab: ‘Ya, dia sudah diutus.’ Lalu pintu di bukakan bagi kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Yusuf as yang kecantikannya seperdua dari seluruh kecantikan yang ada. Dia mengucapkan selamat datang kepadaku, dan mendoakan semoga aku beroleh kebaikan.

Sesudah itu kami di bawa ke langit keempat. Jibril as meminta supaya dibukakan pula. Lalu dia ditanya: ‘Siapa anda?’ Jibril menjawab: ‘Aku Jibril’. Tanya: ‘Siapa bersama anda?’. Jawab: ‘Muhammad saw’. Tanya: ‘Apakah dia sudah diutus?’. Jawab: ‘Ya, dia sudah diutus.’ Setelah itu barulah pintu di bukakan untuk kami. Tiba-tiba aku bertemu Idris alaihissalam. Dia mengucapkan selamat datang kepadaku, serta mendoakan semoga aku beroleh kebaikan. Firman Allah swt: ‘Kami yang naikkan dia (Idris) ke tempat yang tinggi.’ -surah Maryam ayat 57.

Kemudian kami naik kelangit kelima. Jibril as meminta supaya dibukakan pula. Lalu dia ditanya: ‘Siapa anda?’ Jibril menjawab: ‘Aku Jibril’. Tanya: ‘Siapa bersama anda?’. Jawab: ‘Muhammad saw’. Tanya: ‘Apakah dia sudah diutus?’. Jawab: ‘Ya, dia sudah diutus.’ Setelah itu pintu di bukakan untuk kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Harun as. Dia mengucapkan selamat kepadaku, dan mendoakan semoga aku mendapat kebaikan.

Kemudian kami naik kelangit keenam. Lalu Jibril minta supaya dibukakan pintu. dia ditanya: ‘Siapakah anda?’ Jibril menjawab: ‘Aku Jibril’. Tanya: ‘Siapa bersama anda?’. Jawab: ‘Muhammad ‘. Tanya: ‘Apakah dia sudah diutus?’. Jawab: ‘Ya, dia sudah diutus.’ Sesudah itu barulah pintu di bukakan untuk kami. Tiba-tiba aku bertemu Musa as. Dia mengucapkan selamat datang kepadaku, dan mendoakan semoga aku mendapat kebaikan.

Kemudian kami naik kelangit ketujuh. Jibril minta dibukakan pula pintu. dia ditanya: ‘Siapakah anda?’ Jibril menjawab: ‘Aku Jibril’. Tanya: ‘Siapa bersama anda?’. Jawab: ‘Muhammad saw’. Tanya: ‘Apakah dia sudah diutus?’. Jawab: ‘Ya, dia sudah diutus.’ Sesudah itu, lalu pintu di bukak untuk kami. Tiba-tiba aku bertemu Ibrahim as sedang bersandar ke Baitul Makmur, di mana 70000 malaikat setiap hari masuk kedalamnya dan mereka tidak pernah kembali lagi dari situ.

Kemudian Jibril membawaku ke Sidratul Muntaha, mendapatkan sebatang pohon yang daunnya seperti telinga gajah, dan buahnya sebesar kendi. Setiap kali ia tertutup dengan kehendak Allah, ia berubah sehingga tidak satu pun makhluk Allah yang sanggup mengungkapkan keindahannya. Lalu Allah menurunkan wahyu kepadaku, mewajibkan solat 50 kali sehari semalam.

Sesudah itu aku turun ke tempat Musa as. Musa bertanya :’Apa yang telah diwajibkan Tuhanmu kepada umatmu?’ Jawabku: ‘Solat 50 kali’. Kata Musa: ‘Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan, kerana umatmu tidak akan sanggup melakukannya. Aku sendiri telah mencuba terhadap bani Israil.’ Kata nabi saw: ‘aku kembali kepada Tuhanku, lalu aku memohon: ‘Ya Tuhan, Berilah umatku keringanan.’ Maka Allah menguranginya lima. Sesudah itu aku kembali kepada Musa. Kataku: ‘Allah menguranginya lima’. Kata Musa: ‘Umatmu tidak akan sanggup menunaikannya sebanyak itu. Kerana itu kembalilah kepada Tuhanmu dan mintalah keringanan.’ Kata nabi saw selanjutnay: ‘Aku jadi berulang-ulang pulang pergi antara Tuhanku Tabaraka wa Taala dengan Musa, sehingga akhirnya Allah berfirman: ‘Kesimpulannya ialah solat 5 kali sehari semalam.’ Bagi tiap-tiap satu kali solat, sama nilainya dengan sepuluh solat. maka jumlah nilainya 50 juga. Dan siapa yang bermaksud hendak berbuat kebajikan, tetapi tidak dilaksanakannya, dituliskan untuknya (pahala) 1 kebajikan. Apabila dilaksanakannya, maka ditulis baginya (pahala) 10 kebajikan. Dan siapa bermaksud hendak berbuat kejahatan, tetapi tidak dilaksanakannya, tidak akan ditulis apa-apa baginya. tetapi jika dilaksanakannya, maka di tulis baginya balasan 1 kejahatan. Sesudah itu aku turun kembali ke tempat Musa as. Lalu kuceritakan kepadanya apa yang di firmankan Tuhanku itu. Kata Musa: ‘Kembalilah kepada Tuhanmu, dan mintalah keringanan.’ Jawab Rasulullah saw: ‘Aku telah berulang kali kembali kepada Tuhanku meminta keringanan, sehingga aku malu kepada-Nya.’

Semoga kita mendapat manfaat daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku ketika Israk dan Mikraj nie, seterusnya menjadi hamba ALLAH yang sentiasa rindu kepada Rasulullah dan rindukan hari bertemu dengan Pencipta Yang Maha Agung.

sumber : http://islamicinstinct.blogspot.com 


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Thursday, June 6

Kenapa selalu aku ??

Assalammualaikum dan hai blogger !


Kenapa apabila setiap kali aku berkawan, selalu aku yang dipersalahkan walaupun bukan aku yang mulakan ?? kenapa aku ?? kenapa ??

Serious aku cakap, aku bosan dengan kawan yang macam nie . Depa suka salahkan aku atas perkara yang bukan aku mulakan . Kenapa weyh, kenapa ?? Apa salah aku ?? Apa masalah korang ?? Kenapa aku selalu dapat kawan yang macam nie ?? Aku selalu terjebak dengan status kawan yang macam nie .  Aku tak paham weyh . Ya Allah, apa dosa aku ?? Adakah ini ujian untuk aku ?? atau ini takdir yang harus aku jalani ?? Arghh, susah nya nak cari kawan yang dalam istilah sebenar kawan .

Ya  Allah, andai benar ini ujian untukku, aku reda . Andai benar ini takdirku, aku reda . Tapi aku memohon kepada-Mu agar pertemukan aku dengan kawan yang benar benar dalam istilah kawan . Kawan yang benar benar paham aku . Kawan yang benar benar tulus dan ikhlas berkawan dengan aku . Kawan yang terima aku seadanya . Kawan yang takkan hanya salahkan aku . Amin !

# Aku mintak maaf kalau aku ada buat salah dengan korang . Aku sayang korang ! hmm :'(



terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Berjalan sakan sangat aihh

Assalammualaikum dan hai blogger !

Sebelum aku nak cerita pasal semalam, aku nak ucapkan Salam Israk dan Mikraj kepada semua . Korang tau kan hari nie Israj dan Mikraj ? Hm, yang tau tu bagus sebab korang peka dengan keadaan sekeliling . Yang tak tau tu pulak, hm nampak sangat korang tak tengok kalendar nye . Haishh . Takpe lha, janji sekarang korang dah tau kan . huh ~ Bagi yang dah tau apa itu Israk dan Mikraj, diam ! Bagi yang tak tau lagi apa itu Israk dan Mikraj, tunggu post aku seterusnya ye . Nanti aku bagitau . heh ~

Oke, berbalik kepada cerita asalnya . Korang tau tak apa terjadi semalam ? Haa, mesti lha korang tak tau kan sebab aku tak cerita pun lagi . haha . Sebenarnya semalam aku keluar dengan membe aku . Membe je maksudnya seorang je, kalau memembe tu ramai . haha . Jauh tu kiteorang keluar . walaupun takde lha jauh mana pun rasanya, masih dalam kawasan lagi Tau tak mana kiteorang pergi ? Mesti tak tau, aku tau dah . heh ~ Kiteorang pergi Tanjung Malim a.k.a TM je . Tapi walaupun TM je, tak pernah lagi keluar berdua . Aku memang lha dah pernah pergi TM tu tapi time tu pergi ramai ramai . Yang membe aku tu pulak tak lagi pernah keluar ke TM tu dengan kengkawan, sebab selalu nya kalau dia keluar pun dia pergi dengan mak jang dia . Kira naik kereta lha, bukan naik bas .
Tak sangka beb keluar berdua je pergi TM tu, rasa macam tak percaya pun ada . haha . Dah lha berjalan sakan sangat aihh, macam dah habis spm je . Padahal spm pun tak lepas lagi nie . haishh . Tapi sebenarnya mula mula kiteorang cadang nak pergi Sungkai je, sebab bukan nak beli apa sangat pun . Dia nak beli barang barang keperluan dia, aku nak beli novel je . Tapi dah alang alang kan, pergi lha jauh sikit . haha . Padahal kat Sungkai tu pun ada, tapi sekali sekala kan . Bila lagi nak dapat keluar macam nie . heh ~
Lama jugak kot kiteorang keluar, daripada pukul 9 pagi lebih sampai pukul 3 petang lebih . Memang berjalan sakan betui . Semat !
Opie, lain kali kita keluar lagi ye . hahah ^^


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Monday, June 3

Cuti oii cuti

Assalammualaikum dan hai blogger !

Holaa semua, kabare wak ?? Harap harap semua si waras . hahaha . betui ke tak entah jawa aku tu . Dah seminggu dah cuti berlalu ?? Kemana je korang ?? Mesti bercuti sakan kan . hoho . Cuti aku macam mana pulak ?? huh, bagus . Cutiku dihiasi dengan kenduri kendara di sana sini , tapi apakan daya, aku tak dapat pergi ke semua kenduri tu . Aku hanya pergi kenduri di Pahang dan KL je walaupun sebenarnya kenduri kat Besout nie pun berlambak . Dari Perak ke Pahang dan ke KL pulak ?? Acamno tu ?? Haishh
Korang tau tak, 4 hari aku menjelajah selatan tanah air . 
Dari Perak → Selangor → Negeri Sembilan → Pahang → Johor → KL .
ehh, selangor, pahang dan kl tu selatan tanah air jugak ke ? mengarut ~ 
Daripada semua negeri tu, aku dah pergi ke 3 buah Felda . Hidup Felda ! :3 Aku pergi dua felda kat Pahang, satu felda kat Johor .  Kenduri kat Pahang tu aku pergi kat Felda Chemomoi . 6 buah kereta kot, ye lha aku pergi dengan sedara mara sekali kan . Dah macam konvoi apa je . haha . Kenduri tu ialah kenduri adik isteri anak tok ngah aku . Ish, tak tau lha macam mana nak terang . Korang anggap je lha kenduri tu kenduri sedara seislam . huh ~ Oke, korang tau tak tu pertama kali aku dengar nama felda tu . Serious aku cakap . Kalau hari tu aku tak pergi kenduri tu, mungkin sampai sekarang aku tak tau yang felda tu wujud . Comey je nama felda tu kan, heh ~ Kenduri tu awesome, tapi air dia tak awesome . Aku pun tak tau tu air apa, nampak macam air oren tapi rasa air tu takde rasa oren langsung . Tak tau nak gambarkan macam mana rasa air tu, tapi air tu memamg tak sedap ! =="
Lepas pergi Felda Chemomoi tu, kiteorang pergi ke Felda Rentam dekat daerah Bera . Rumah yang kiteorang pergi tu rumah anak sedara tokwan aku rasanya kot . Entah lha, aku nie tak berapa nak kenai orang . Bukan malas, ramai sangat kot sampai aku pun pening . Dah tak tau mana satu, sepupu, mana satu dua pupu, mana satu kupu kupu . Ehh :3 Haishh . Oke, sebenarnya felda tu pun aku tak pernah dengar kalau korang nak tau . Felda yang aku selalu dengar kat Pahang ialah Felda Jengka . Tu je, yang lain sorry to say lha . huh ~ Tapi kat Felda Rentam tu tak lama pun sebab perjalanan perlu diteruskan . Ye lha, jauh nak sampai ke Felda kat Johor tu . Dah lha kena patah balik, penat tau tak . Walaupun bukan aku yang memandu, kebas punggung kot dok dalam kereta lama lama .
Hari dah malam time sampai kat Felda Palong Timur, Johor tu . Aku tak tau lha Palong Timur berapa, banyak sangat kot . Dah macam besout pulak . Pening aku ! Rumah yang kiteorang menginap tu sebenarnya rumah anak tok ngah aku . Best kan kalau anak ada kat merata tempat nie, ye lha kalau anak tok ngah aku tu takde kat situ, takde lha kiteorang sampai ke Johor nie . heh ~
Esok nya tu pulak, kiteorang dah balik . Tapi bukan balik rumah, balik ke kenduri kat KL pulak . Ayah aku memandu dari Johor terus ke KL, al maklum ler ikut highway kan . Straight je jalannya, tu yang sekejap je dah sampai . Semat ! Tu kenduri sedara mara lha jugak . Aku tak tau nak terang acamno . Haishh, lemah betui ingatan . Tapi yang pasti rumah orang tu kat Pantai Dalam . Banyak kot makanan kat kenduri tu . Macam astro, macam macam ada . Sampai rambang mata lha tengok, sebab tak tau nak makan yang mana satu dulu . haha . 

Oke lha, rasanya tu je aku nak cerita . Cerita nie pun aku skip skip, sebab malas lha taip panjang panjang . Karang taip panjang panjang, ada part 1 part 2 pulak . Capek deh ! hahaha


Jauh perjalanan, luas pemandangan, tambah pengetahuan !



terima kasih kerana anda sudi baca post ini