Tuesday, June 2

Persepsi aku

Terkadang aku sering kali terfikir,
siapakah sebenarnya sahabat aku ?
Aku akui yang aku ada ramai kawan tapi siapakah sahabat aku ?
Aku suka tengok cerita pasal persahabatan, baca buku pasal persahabatan dan sering kali berangan untuk mempunyai seorang sahabat sebegitu tapi siapa ?

Siapa SAHABAT aku ?
Persoalan yang tidak dapat aku jawab kerana aku tidak ada jawapan .

Kawan ?
Dah berpuluh malahan mungkin beratus tapi kebanyakkan datang dan pergi . Susah nak kekal .
Aku teringin ada seseorang yang aku boleh kongsi masalah, selalu ada dengan aku, sentiasa support aku dan yang paling penting dia paham aku .

Aku mengaku aku tak friendly . Tu lha perkara paling susah nak buat . Aku suka berkawan, tapi mungkin kerana aku tak pandai nak memulakan perbualan, orang akan cap aku sombong .

Aku dah biasa dicap sombong sebab ada yang kata muka aku garang . HAHA, kelakar betul bila teringat pasal tu . Senang betul orang judge orang .
Orang selalu kata, Tak Kenal Maka Tak Cinta . Tapi tu hanya kata kata di bibir, tak semua orang buat macam tu .

Orang kata, sahabat tu tak semestinya seseorang yang kita kena dari kecik, atau yang dah lama berkawan dengan kita . Ada ja yang baru kenal tak sampai sehari tapi gaya macam dah kenal bertahun . Begitu juga sebaliknya . Lagipun, dah nama manusia kan memang tak boleh lari dari perubahan . Harap paham la ayat tu :)

Aku berharap suatu hari nanti, aku akan jumpa seorang sahabat seperti yang aku bayangkan . Walau di mana pun dia berada, atau siapa pun dia, aku berharap semoga dia baik hendaknya dan sentiasa dibawah lindungan Allah . In shaa Allah 😉




terima kasih kerana anda sudi baca post ini