Monday, July 18

Episod Akhir Drama Juvana TV3

Juvana : Aku Tidak Akan Terperangkap Selamanya.

Drama bersiri Juvana yang mula bersiaran pada 25 April lalu di TV3 tepat jam 9 malam pada setiap hari Isnin sememangnya telah mencetus fenomena baru dalam penyiaran televisyen negara Hal ini dapat dibuktikan dengan rating yang telah dicatatkan oleh AC Nielsen setiap minggu.

Episod pertamanya sahaja telah mencatatkan jumlah penontonan sebanyak 2.4 juta sekali gus meletakkan karya terbitan Filmscape Sdn. Bhd., itu sebagai salah sebuah drama bersiri popular.

Bermula daripada episod kedua sehingga ke-12, Juvana terus menjuarai carta AC Nielsen sebagai rancangan yang paling ramai ditonton dengan purata hampir tiga juta penonton setiap minggu.

Impak yang terhasil daripada Juvana juga bukan sedikit sehingga kesemua pelakon yang membintangi drama bersiri itu sudah berupaya mengumpul peminat mereka sendiri.

Ternyata pertaruhan Filmscape meletakkan 12 pelakon baru untuk menerajui Juvana dilihat telah berjaya sekali gus membuktikan bahawa karya yang bagus bukan terletak kepada populariti seseorang pelakon itu semata-mata.

Sebaliknya, ia juga terletak kepada jalan cerita yang memiliki sentuhan segar selain menepati cita rasa penonton terutama golongan muda.

Terasa waktu begitu pantas waktu berlalu sehingga tidak disedari, Juvana yang mendapat sentuhan Faisal Ishak selaku pengarah itu sudah sampai ke kemuncaknya. 

Untuk episod kemuncak malam ini, penonton setia Juvana bakal menyaksikan kesudahan konflik yang berlaku di Sekolah Wira Bakti dengan kejutan yang menanti. Nantikan apa yang bakal berlaku kepada Daim dan rakan-rakannya.

Sama-sama kita saksikan. 

terima kasih kerana anda sudi baca post ini

No comments: