Sunday, May 22

Macam pernah tengok lha .

Assalammualaikum dan hai blogger !

Sebenarnya nie story semalam tapi aku nak story jugak . Saja nak story sebab lama tak update blog kan . Al maklum lha busy, nak update acamno kan . hoho

Hmm, story nye macam nie ...
Petang semalam aku pergi pasar dengan membe aku, Pikah . Dekat pasar tu ada lha dua orang mamat nie, serious tak pernah nampak kat Besout nie budak luar lha tu kan  Membe aku cakap mamat tu hensem, aku buat bodoh je lha . Ye lha, buat apa nak usha lebih lebih kan . tapi aku rasa macam pernah tengok je sorang mamat tu, tapi di mana ya ?! Mula mula aku pikir jugak, siapa ekk . tapi arghhh, biarkan je lha . tak penting dan takde kena mengena dengan aku . haha . sebelum balik tu, aku ajak membe aku pergi beli buah buahan kejap . Lepas tu, bila dah habis beli sesemua tu, aku dengan membe aku pun nak balik lha . Ye lha, buat apa nak dok lama lama kat pasar tu . atoto ~ Tetiba time nak balik tu kan, mamat sorang tu tegur aku . Terkejut aku weyh . "Dia tanya, Zaty ekk ?!" Aku kan tengah tekejut time tu, so aku pun jawab lha "hah ?!" . Lepas tu, aku dengan membe aku terus blah dari situ . haha

Time atas motor tu, aku ambik lha phone dalam poket . saja je, lagipun ingatkan takde mesej tapi rupanya ada . Ada 2 mesej dan 1 panggilan . Lepas tu aku pun bukak lha mesej tu . mesej no 1, "tak pergi ke pasar ?" . mesej no 2, "amboi sampai tak perasan tadi" . lagi aku terkejut, huh ~ Lepas tu aku berpikir kejap , tetiba baru aku teringat dan aku rasa yang aku nampak kat pasar tadi tu dia lha kot .  hoho

Membe aku tu pulak memang rajin reply mesej, so dia lha yang balas mesej mamat tu . Dia mesej lha dengan membe aku menggunakan no aku . tapi sikit pun aku tak jealous oke ! lol ~ membe aku ajak dia ronda tapi dia ajak lepak pulak sebab dia tak naik motor, dia naik kereta . Erm, untung lha pandai bawak kerata kan . Dia cakap, mai lha sembang sembang dulu . Uishh, tak nak aku . Kalau ronda oke lagi kot . huh ~  tetiba membe aku ronda kat tempat dia lepak tu, alaa saja betul membe aku tu . haishh . Tapi kan kelakar betul sebab bila lalu kat tempat dia lepak tu, nampak sangat macam budak merempat . hahah . Merempat tepi masjid, tu ynag tak boleh blah tu . hahah . Aduyai ~ Lepas tu biar je lha . Aku pun tak ambik port dah . Lagipun time tu dah dekat maghrib, so kiteorang pun balik je lha . tapi masih mesej lagi dengan dia . mesej nye, bla bla bla ~ adalah, mana boleh bagitau, secret gitu . haha .
Sampai situ je lha, daa ^^

terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Friday, May 20

save bajet sikit ..

Assalammualaikum dan hai blogger !

Oke, hari nie aku cerita pasal cikgu math aku yang baik hati :)
Selalu time rehat je mesti pergi beli mkanan kat kantin kan, tapi hari nie tak beli pun, ambil je atas meja cikgu belanje save bajet kot !  Baik betul hati cikgu tu . Bukan senang cikgu nak belanja makan . huhu . Walaupun cikgu tu bukan guru kelas kami, tapi cikgu tu sanggup belanja kiteorang dengan budak form 1 makan . Tengok, bukan sorang dua cikgu belanja, bukan jugak satu kelas tapi sampai 2 kelas tu cikgu belanja makan . Kelas kau jah ! lol ==" Memang baik giler lha weyh . Korang ada ?! takde kan ~ haha :P

Cikgu, saya doakan cikgu cepat sembuh . Terima kasih CIKGU MADIAH sebab belanja kiteorang tadi . SAYANG CIKGU !! ^_^

terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Monday, May 9

Happy Days

Assalammualaikum dan hai blogger !

semalam Mother's Day . so, Happy Mother's Day to my mom . luv u ^_^
Hari nie pulak, Birthday . Nak tau birthday siapa ? birthday membe aku lha . Klik Sini Kalau Nak Kenal  Nie membe aku yang sekepale dengan aku . Dia nie gila gila, mereng, sengal sengal ubi macam aku . hahah ~ kiteorang memang macam tu .  Kiteorang nie agak suka membahan, mengutuk, dan memperli orang . hahaha . kalau korang kenal dia, mesti korang jadi gila-gila jugak jangan mara ye Erot haha :p

btw HAPPY BIRTHDAY, semoga panjang umur dan murah rezeki selalu  . tapi sorry lha, hadiah takde nak bagi . Aku hanya mampu ucap dan berdoa je . Wish you luck in exam . Best luck beb and best luck for me too ^^ 


Korang nak tengok gambar dia . Nah, aku bagi korang tengok gambar dia . Comey tak ?! lailai ~



terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Thursday, May 5

Sekolah ke tak sekolah ?! =="

Assalammualaikum dan hai blogger !

Yang aku nak story nie story minggu lepas dengan minggu nie, baca jangan tak baca .

Minggu lepas memang aku tak sekolah sangat . ye lha, nak sekolah macam mana, cuba korang baca jadual bawah nie . jadual lha sangat 

Isnin : Pergi sekolah tapi petang pergi latihan pusat tenis . Sekolah lha gak kot . 
Selasa : Tak sekolah sebab pergi latihan pusat tenis . Confim dah tak pergi sekolah . 
Rabu : Pergi kejap, kul 10.30 balik rumah dah . sebab petang tu nak pergi SRI ISKANDAR . sekolah lha kot :3 
Khamis, Jumaat : Ada kt Sri Iskandar, pergi lawan tenis negeri . memang confim tak sekolah . 

Minggu nie pulak,

Isnin : cuti sebab hari pekerja . . 
Selasa, Rabu : Dapat pergi sekolah balik dan belajar . 
Khamis (hari nie lha) : Tak belajar sangat tapi ada teknik menjawab soalan BI .
JUMAAT (esok) iaitu 6 APRIL : EXAM TIME ! arghhhh, somebody me !!

                                             

I HATE CRAMMING !  wait, when is our exam? tomorrow? OMG! cram, cram ! I hate when tomorrow is exam . . 

saya tak suka study time takde exam tp saya malas exam kalau kena study. . . .

saya sangat MALAS belajar, TAPI saya sangat RAJIN online

terima kasih kerana anda sudi baca post ini