Sunday, May 22

Macam pernah tengok lha .

Assalammualaikum dan hai blogger !

Sebenarnya nie story semalam tapi aku nak story jugak . Saja nak story sebab lama tak update blog kan . Al maklum lha busy, nak update acamno kan . hoho

Hmm, story nye macam nie ...
Petang semalam aku pergi pasar dengan membe aku, Pikah . Dekat pasar tu ada lha dua orang mamat nie, serious tak pernah nampak kat Besout nie budak luar lha tu kan  Membe aku cakap mamat tu hensem, aku buat bodoh je lha . Ye lha, buat apa nak usha lebih lebih kan . tapi aku rasa macam pernah tengok je sorang mamat tu, tapi di mana ya ?! Mula mula aku pikir jugak, siapa ekk . tapi arghhh, biarkan je lha . tak penting dan takde kena mengena dengan aku . haha . sebelum balik tu, aku ajak membe aku pergi beli buah buahan kejap . Lepas tu, bila dah habis beli sesemua tu, aku dengan membe aku pun nak balik lha . Ye lha, buat apa nak dok lama lama kat pasar tu . atoto ~ Tetiba time nak balik tu kan, mamat sorang tu tegur aku . Terkejut aku weyh . "Dia tanya, Zaty ekk ?!" Aku kan tengah tekejut time tu, so aku pun jawab lha "hah ?!" . Lepas tu, aku dengan membe aku terus blah dari situ . haha

Time atas motor tu, aku ambik lha phone dalam poket . saja je, lagipun ingatkan takde mesej tapi rupanya ada . Ada 2 mesej dan 1 panggilan . Lepas tu aku pun bukak lha mesej tu . mesej no 1, "tak pergi ke pasar ?" . mesej no 2, "amboi sampai tak perasan tadi" . lagi aku terkejut, huh ~ Lepas tu aku berpikir kejap , tetiba baru aku teringat dan aku rasa yang aku nampak kat pasar tadi tu dia lha kot .  hoho

Membe aku tu pulak memang rajin reply mesej, so dia lha yang balas mesej mamat tu . Dia mesej lha dengan membe aku menggunakan no aku . tapi sikit pun aku tak jealous oke ! lol ~ membe aku ajak dia ronda tapi dia ajak lepak pulak sebab dia tak naik motor, dia naik kereta . Erm, untung lha pandai bawak kerata kan . Dia cakap, mai lha sembang sembang dulu . Uishh, tak nak aku . Kalau ronda oke lagi kot . huh ~  tetiba membe aku ronda kat tempat dia lepak tu, alaa saja betul membe aku tu . haishh . Tapi kan kelakar betul sebab bila lalu kat tempat dia lepak tu, nampak sangat macam budak merempat . hahah . Merempat tepi masjid, tu ynag tak boleh blah tu . hahah . Aduyai ~ Lepas tu biar je lha . Aku pun tak ambik port dah . Lagipun time tu dah dekat maghrib, so kiteorang pun balik je lha . tapi masih mesej lagi dengan dia . mesej nye, bla bla bla ~ adalah, mana boleh bagitau, secret gitu . haha .
Sampai situ je lha, daa ^^

terima kasih kerana anda sudi baca post ini