Wednesday, October 12

PMR is over

Assalammualaikum dan hai semua !
Hope sume shat .. Kalau tak shat uh, cpt-2 lha makan ubat eh .. nanti teruk plak jadinye .. sape yg susah, mak bapak jugak ..

Hum, lama tak update blog nie .. bkn takde mase, tak rajin jep .. haha .. lagi pun takde story yg best pun nk cite .. aku bkn "gila" blog cam korang yg mmg rajin gila update blog ..   kalau ade pun, story aku tak la seBEST & seMENARIK story korang kn ..
Kalau tgk tajuk, mesti korang da boleh agak ape yg aku nk story kn .. ala, bkn susah sangat pun nk teka .. PMR is OVER that mean FREEDOM from study .. NO MORE STUDY now .. i like it .. bila da habis PMR, sape yg tak suke .. mesti sume suke la sbb tak payah study da .. tp jangan tak study terus plak, masuk form 4 nanti kena study gak eh .. SPM plak sedang menanti .. kalau tak study camne nk dpt ilmu .. ilme tu kan penyuluh hidup .. kalau takde ilmu, gelap la hidup kita nanti ..
Berbalik ke tajuk utama kita .. huhu .. ada kawan aku cakap, sebelum & selepas PMR same jep .. sebenarnye aku pun rase cam tu gak .. erm, nk cakap camne eh ? err, entah la .. takde perubahan yg drastik pun terjadi kat aku .. aku rase biasa jep cuma sekarang nie tak payah study, tu jep la ..

oke la, aku malas nk story panjang-2 .. nanti panjang sangat susah plak nk bace ..
aq doakan biar sume berjaye terutamanya student form 3 yg amik PMR tahun nie ..
PMR da lepas, tp SPM pulak menanti ..



aku da tak kesah da ..
apa yg penting sekarang nie, AKU DA BEBAS dari study .. bebas seperti burung-burung yang terbang bebas di langit .. korang bile lagi ? jangan risau la, akan tiba masanye nanti .. huhu .. tiada lagi cikgu nk mengajar, marah & sume la .. cikgu pun da tak kesah da, nk jadi "hantu" kew, ape kew .. lantak kau .. kerja cikgu da selesai dari mengajar kami student-2 form 3 .. terima kasih ! huhu ..

terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Sunday, July 31

peace (V) + jelir lidah

Assalammualaikum dan hai semua !

Lama tak update blog nie. Hampir nak bersawang dah rasanya blog aku nie. haha . Mesti korang nak tahu, apa kena mengena post aku nie dengan tajuk kat atas tu kan. Nie yang aku nak story nie. Petang tadi aku ada tengok abang aku bukak 1 laman web nie. Nie web nye, http://www.informasi.my/perlu-ke-perempuan-bergambar-seperti-ini/.
Macam dah jadi trend remaja sekarang bila nak amik posing jep mesti nak buat peace (V) kan. Tak salah pun buat peace tu sebenarnya, tapi  janganlah buat peace + jelir lidah. Alaa, tak kan tak tahu kot macam ne. Tak pe aku tunjuk kat korang ehh. Tengok gambar kat bawah nie.

macam nie lha. gambar daripada pakcik google . 

Aku pun baru tahu sebab tu lha aku nak share dengan korang. Aku tak nak tunding jari kat sesape. Kalau ada yang terasa tu, minta maaf lha ehh. Tapi korang tahu ke maksud V + jelir lidah tu ?! Kalau yang dah tahu tu, share lha dengan membe membe korang ehh. Jangan kedekut ilmu pulak. Yang tak tahu uh, mai sini aku nak bagitahu. 
V nie lebih ditujukan pada kemaluan perempuan atau lebih dikenali sebagai V-Zone / Miss V.
So, bila kita gabungkan kedua-dua : V+LIDAH = JILAT KEMALUAN WANITA
Sorry to say lha. tapi nie untuk kebaikan kita bersama. Kalau korang ada picx macam tu, lebih baik korang delete je lha ekk. Banyak lagi posing yang korang boleh buat. Contohnya macam picx bawah nie. 

Comel apa kalau ambik gambar macam nie, kan ^^


Sebar-sebarkanlah untuk kebaikan bersama !


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Monday, July 18

Episod Akhir Drama Juvana TV3

Juvana : Aku Tidak Akan Terperangkap Selamanya.

Drama bersiri Juvana yang mula bersiaran pada 25 April lalu di TV3 tepat jam 9 malam pada setiap hari Isnin sememangnya telah mencetus fenomena baru dalam penyiaran televisyen negara Hal ini dapat dibuktikan dengan rating yang telah dicatatkan oleh AC Nielsen setiap minggu.

Episod pertamanya sahaja telah mencatatkan jumlah penontonan sebanyak 2.4 juta sekali gus meletakkan karya terbitan Filmscape Sdn. Bhd., itu sebagai salah sebuah drama bersiri popular.

Bermula daripada episod kedua sehingga ke-12, Juvana terus menjuarai carta AC Nielsen sebagai rancangan yang paling ramai ditonton dengan purata hampir tiga juta penonton setiap minggu.

Impak yang terhasil daripada Juvana juga bukan sedikit sehingga kesemua pelakon yang membintangi drama bersiri itu sudah berupaya mengumpul peminat mereka sendiri.

Ternyata pertaruhan Filmscape meletakkan 12 pelakon baru untuk menerajui Juvana dilihat telah berjaya sekali gus membuktikan bahawa karya yang bagus bukan terletak kepada populariti seseorang pelakon itu semata-mata.

Sebaliknya, ia juga terletak kepada jalan cerita yang memiliki sentuhan segar selain menepati cita rasa penonton terutama golongan muda.

Terasa waktu begitu pantas waktu berlalu sehingga tidak disedari, Juvana yang mendapat sentuhan Faisal Ishak selaku pengarah itu sudah sampai ke kemuncaknya. 

Untuk episod kemuncak malam ini, penonton setia Juvana bakal menyaksikan kesudahan konflik yang berlaku di Sekolah Wira Bakti dengan kejutan yang menanti. Nantikan apa yang bakal berlaku kepada Daim dan rakan-rakannya.

Sama-sama kita saksikan. 

terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Sunday, July 17

10 'K' Dalam Persahabatan

Setiap manusia dianugerahi Allah dengan kelebihan, kekurangan, kebaikan, dan keburukan masing-masing.

Begitu juga halnya dalam persahabatan. Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang telah ditetap Allah sejak azali lagi. Ada sahabat yang kasar, tetapi lembut hatinya, ada sahabat yang nakal, tetapi suka mengambil berat, ada sahabat yang garang, tetapi sebenarnya adalah penyayang dan pelbagai lagi. Macam-macam corak sahabat yang kita boleh dapati setelah bersahabat dengan seseorang.

10 'K' dalam persahabatan :

KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting sekali dalam sesebuah persahabatan. Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiadanya kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada Si Pemilik cinta itu sendiri. Sebab itu, kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap, “uhibbuka/i fillah” (bagi sahabat-sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah (insyaAllah).


KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat kita, perlunya kita curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita, insyaAllah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.


KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.

KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap kita, kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka, kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan, insyaAllah.

KEBERANIAN dalam berkata benar. Dalam persahabatan juga, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya, kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, berani juga dalam menasihati sahabat kita. kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka kan?

KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan (hehehe).

KEMAAFAN. Sekiranya sahabat kita pernah melakukan sebarang kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Jika kita yang bersalah, janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.

KESEDIHAN. Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka, ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita sahabat mereka.

KEGEMBIRAAN. Begitu juga dengan kegembiraan. Jika kita gembira, maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran-ukiran senyuman indah di raut wajah mereka? Kegembiraan kita, kegembiraan mereka jua.

KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, “Kau cantik, aku mesti cantik,” “Kau kaya, aku pun kena kaya”. Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza, namun, dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak. Apabila ada persefahaman, barulah hubungan kita dengan sahabat kita akan menjadi lebih baik dan akan berkurangnya pergaduhan disebabkan salah faham. 



“Adakah anda dan sahabat anda mengamalkan 10 K ini?”
Renung-renungkan lah.



terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Friday, July 8

Berita Sukan

baca kat sini .. penat aku cari, jumpa juga akhirnya .. betapa bangganya aku sebab nama sekolah aku ada kat situ .. klik link kat bawah nie eh :)

terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Wednesday, July 6

Tips Cover Malu

aku nk share mende nie .. lawak kot , haha .. 

1. Kalo tersepak batu : Jangan terus bangun, sebaliknye anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bngun bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh basikal : cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuh lha lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga : terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang : pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas : jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di depan bus stop : terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bngun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin : tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....

selamat mencuba ye ! haha

terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Sunday, July 3

Nasihat Imam Syafie Dalam Mencari SAHABAT

PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.

Dalam hal ini, Iman Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan. 

Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku.
Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.

Mencari sahabat pada waktu susah 

Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?"
Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.

Pasang surut persahabatan 

Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik.
Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan.
Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku.
Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.
Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.
Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.

Sukarnya mencari sahabat sejati 

Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam menghadapi manusia.
Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.
Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang sejati.
Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.

Sahabat sejati pada waktu susah
Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.
Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. 

Rosaknya keperibadian seseorang.
Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan.
Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang.
Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri itu.

Menghormati orang lain.
Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati.
Begitu juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan.
Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala.
Begitu juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.

Menghadapi musuh.
Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki,
hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.
Ketika musuhku berada di hadapanku. Aku sentiasa menghormatinya.
Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.
Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci,
seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.

Tipu daya manusia.
Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada manusia.
Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat,
tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk.
Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik,
tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.

Tempat menggantungkan harapan.
Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang membangun rumah untuk Allah.
Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya,
baik ketika hidup mahu pun setelah mati.

Menjaga nama baik.
Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa,
maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya.
Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat.
Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.
Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.
Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.




terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Monday, June 27

Tips Nak Elak Mengantuk Dalam Kelas

Assalammualaikum dan hai !
Aku just nak share mende nie sebab semenjak dua menjak nie aku asyik nak tertido je dalam kelas, tak kira lha time matapelajaran apa pun . macam gambar bawah nie haa . huh

nie ada beberapa tip untuk korang, harap dapat membantu korang lha ekk.

1. Basuh muka korang

Bila ngantuk dalam kelas, korang mesti da cuba tahan tapi gagal, jadi lebih baik korang keluar dari kelas dengan serta merta !! bukan untuk ponteng kelas atau tido ek, tapi untuk ke tandas dan BASUH MUKA. InsyaAllah tak ngantuk da lepas nie.

2. Bawak sebotol air masak

Bawaklah SEBOTOL air masak. otak kita ni 80% air. Kita rasa ngantuk sebab oksigen kurang ke otak, walaupun hidung kita tak berhenti henti bernafas. bila minum air, bandalir badan kembali seimbang. Ini akan mengurangkan rasa mengantuk. cuba korang tengok orang cina, rajin bawak air, dorang bukan bawak botol yang kecil tapi besar lagi uh. orang melayu ni susah sangat, jgn cakap nak bawak yang besar, yang kecil un belum tentu lagi. bajet macho/cantik la. dah..dah..jangan malu2. Beli jep botol air yang cantik, letak dalam beg. OK?

3. Buat senaman ringan

Kalau masih rasa ngantuk lagi, korang bangun lha jap. buat SENAMAN ringan sikit. senaman nie bukan apa, juz nak bagi otot kita nie bergerak. kalau otot kita da bergerak, tak de lha kita rasa nak ngantuk. tak payah lha buat senaman yang susah2, buat yang simple2 jep. gerak kiri, gerak kanan, pusing sana, pusing sini, insyaAllah elok da lha nanti. tak de lha ngantuk sangat da.

4. Urut sikit badan tu

Kalau korang masih ngantuk, cuba korang minta tolong kat membe sebelah korang uh untuk URUT bahu dan belakang korang. tapi jangan urut kat leher lak sebab kalau korang urut kat situ, korang akan lebih cenderung untuk tido.

5. Dengar muzik 

Jangan biar suasana sekeliling korang uh sunyi dan suram, macam baru ada pengkebumian jep. korang dengar lha MUZIK, muzik kan membuat kita rasa ceria sikit. tapi kat skola mana bole bawak henpon an. aduh, masalah lha lak. hmm, macam mana ek ? haa, senang2 korang nyanyi jep lha, suara korang kan sedap mengalahkan penyanyi antarabangsa. mesti tak ngantuk punye lha. hehe

Cukuplah 5 tips tu. yang simple simple je. selamat mencuba ekk ! 



terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Wednesday, June 22

Happy brithday Macik !

Assalammualaikum dan hai blogger !

Lama tak update blog nie . Bukan takde story, berlambak je story tapi aku nie je yang malas nak update . haha
Mengikut dari tajuk di atas, mesti korang tertanya tanya kan macik mana lha nie . haha . Sebenarnya macik yang aku nak cerita nie bukan lha macik aku, membe je . Saja gedik panggil dia macik . hahah . Klik Sini Kalau Nak Kenal  . Dia nie seorang yang gila gila, mereng dan banyak lagi lha lebih kurang aku lha  Kalau nak list kan sifat nye tu, memag panjang  list nye nanti . So, lebih baik tak payah lha nak list . heheh jangan mara ye ecot !

Sebenarnya aku nak ucap HAPPY BIRTHDAY, semoga panjang umur dan murah rezeki selalu . tapi sorry lha sebab hadiah takde lha nak bagi . hanya ucapan dan doa je lha yang dapat aku bagi . Wish you luck in exam . Best luck for you, and best luck for me too . heh ~

terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Sunday, May 22

Macam pernah tengok lha .

Assalammualaikum dan hai blogger !

Sebenarnya nie story semalam tapi aku nak story jugak . Saja nak story sebab lama tak update blog kan . Al maklum lha busy, nak update acamno kan . hoho

Hmm, story nye macam nie ...
Petang semalam aku pergi pasar dengan membe aku, Pikah . Dekat pasar tu ada lha dua orang mamat nie, serious tak pernah nampak kat Besout nie budak luar lha tu kan  Membe aku cakap mamat tu hensem, aku buat bodoh je lha . Ye lha, buat apa nak usha lebih lebih kan . tapi aku rasa macam pernah tengok je sorang mamat tu, tapi di mana ya ?! Mula mula aku pikir jugak, siapa ekk . tapi arghhh, biarkan je lha . tak penting dan takde kena mengena dengan aku . haha . sebelum balik tu, aku ajak membe aku pergi beli buah buahan kejap . Lepas tu, bila dah habis beli sesemua tu, aku dengan membe aku pun nak balik lha . Ye lha, buat apa nak dok lama lama kat pasar tu . atoto ~ Tetiba time nak balik tu kan, mamat sorang tu tegur aku . Terkejut aku weyh . "Dia tanya, Zaty ekk ?!" Aku kan tengah tekejut time tu, so aku pun jawab lha "hah ?!" . Lepas tu, aku dengan membe aku terus blah dari situ . haha

Time atas motor tu, aku ambik lha phone dalam poket . saja je, lagipun ingatkan takde mesej tapi rupanya ada . Ada 2 mesej dan 1 panggilan . Lepas tu aku pun bukak lha mesej tu . mesej no 1, "tak pergi ke pasar ?" . mesej no 2, "amboi sampai tak perasan tadi" . lagi aku terkejut, huh ~ Lepas tu aku berpikir kejap , tetiba baru aku teringat dan aku rasa yang aku nampak kat pasar tadi tu dia lha kot .  hoho

Membe aku tu pulak memang rajin reply mesej, so dia lha yang balas mesej mamat tu . Dia mesej lha dengan membe aku menggunakan no aku . tapi sikit pun aku tak jealous oke ! lol ~ membe aku ajak dia ronda tapi dia ajak lepak pulak sebab dia tak naik motor, dia naik kereta . Erm, untung lha pandai bawak kerata kan . Dia cakap, mai lha sembang sembang dulu . Uishh, tak nak aku . Kalau ronda oke lagi kot . huh ~  tetiba membe aku ronda kat tempat dia lepak tu, alaa saja betul membe aku tu . haishh . Tapi kan kelakar betul sebab bila lalu kat tempat dia lepak tu, nampak sangat macam budak merempat . hahah . Merempat tepi masjid, tu ynag tak boleh blah tu . hahah . Aduyai ~ Lepas tu biar je lha . Aku pun tak ambik port dah . Lagipun time tu dah dekat maghrib, so kiteorang pun balik je lha . tapi masih mesej lagi dengan dia . mesej nye, bla bla bla ~ adalah, mana boleh bagitau, secret gitu . haha .
Sampai situ je lha, daa ^^

terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Friday, May 20

save bajet sikit ..

Assalammualaikum dan hai blogger !

Oke, hari nie aku cerita pasal cikgu math aku yang baik hati :)
Selalu time rehat je mesti pergi beli mkanan kat kantin kan, tapi hari nie tak beli pun, ambil je atas meja cikgu belanje save bajet kot !  Baik betul hati cikgu tu . Bukan senang cikgu nak belanja makan . huhu . Walaupun cikgu tu bukan guru kelas kami, tapi cikgu tu sanggup belanja kiteorang dengan budak form 1 makan . Tengok, bukan sorang dua cikgu belanja, bukan jugak satu kelas tapi sampai 2 kelas tu cikgu belanja makan . Kelas kau jah ! lol ==" Memang baik giler lha weyh . Korang ada ?! takde kan ~ haha :P

Cikgu, saya doakan cikgu cepat sembuh . Terima kasih CIKGU MADIAH sebab belanja kiteorang tadi . SAYANG CIKGU !! ^_^

terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Monday, May 9

Happy Days

Assalammualaikum dan hai blogger !

semalam Mother's Day . so, Happy Mother's Day to my mom . luv u ^_^
Hari nie pulak, Birthday . Nak tau birthday siapa ? birthday membe aku lha . Klik Sini Kalau Nak Kenal  Nie membe aku yang sekepale dengan aku . Dia nie gila gila, mereng, sengal sengal ubi macam aku . hahah ~ kiteorang memang macam tu .  Kiteorang nie agak suka membahan, mengutuk, dan memperli orang . hahaha . kalau korang kenal dia, mesti korang jadi gila-gila jugak jangan mara ye Erot haha :p

btw HAPPY BIRTHDAY, semoga panjang umur dan murah rezeki selalu  . tapi sorry lha, hadiah takde nak bagi . Aku hanya mampu ucap dan berdoa je . Wish you luck in exam . Best luck beb and best luck for me too ^^ 


Korang nak tengok gambar dia . Nah, aku bagi korang tengok gambar dia . Comey tak ?! lailai ~



terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Thursday, May 5

Sekolah ke tak sekolah ?! =="

Assalammualaikum dan hai blogger !

Yang aku nak story nie story minggu lepas dengan minggu nie, baca jangan tak baca .

Minggu lepas memang aku tak sekolah sangat . ye lha, nak sekolah macam mana, cuba korang baca jadual bawah nie . jadual lha sangat 

Isnin : Pergi sekolah tapi petang pergi latihan pusat tenis . Sekolah lha gak kot . 
Selasa : Tak sekolah sebab pergi latihan pusat tenis . Confim dah tak pergi sekolah . 
Rabu : Pergi kejap, kul 10.30 balik rumah dah . sebab petang tu nak pergi SRI ISKANDAR . sekolah lha kot :3 
Khamis, Jumaat : Ada kt Sri Iskandar, pergi lawan tenis negeri . memang confim tak sekolah . 

Minggu nie pulak,

Isnin : cuti sebab hari pekerja . . 
Selasa, Rabu : Dapat pergi sekolah balik dan belajar . 
Khamis (hari nie lha) : Tak belajar sangat tapi ada teknik menjawab soalan BI .
JUMAAT (esok) iaitu 6 APRIL : EXAM TIME ! arghhhh, somebody me !!

                                             

I HATE CRAMMING !  wait, when is our exam? tomorrow? OMG! cram, cram ! I hate when tomorrow is exam . . 

saya tak suka study time takde exam tp saya malas exam kalau kena study. . . .

saya sangat MALAS belajar, TAPI saya sangat RAJIN online

terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Thursday, April 21

Alhamdulillah :D

Assalammualaikum dan hai blogger !

Korang tau tak ?! mesti lha tak tau lagi sebab aku tak story lagi kan . haha

Jyeah ! akhirnya, setelah aku berpenat lelah bermain, impian aku tercapai jua . Aku dapat pergi negeri tahun nie . YES ! berbaloi jugak lha . huh ~ Alhamdulillah . Standard 4 orang je yang pergi negeri, tapi entah macam mana tetiba tahun nie 5 orang pulak . sebab tu lha aku dapat . jyeah ! Kalau tak jangan mimpi lha nak pergi negeri tu . Giler penat lha main hari nie, sampai sakit kaki . Semalam main takde lha sakit sampai macam nie . haishh . Harap dapat buat yang terbaik nanti , in shaa Allah . Amin ~ GOODLUCK aina !

terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Wednesday, April 20

Segala rasa ada . huh ~

Assalammualaikum dan hai blogger !

fuhh !! penat bhai . . tp ALHAMDULILLAH . . menang lha gak . . esok lawan lagi . . harap-harap dpt lha pergi negeri . . AMIN . . tak pernah un pergi negeri . . harap tahun nie dpt lha . . sampai terjatuh-jatuh aku main td . . terseret, memang terbaek . . huh ! hepy giler menang nie . . kira berbaloi lha berlatih tenis pagi petang tu . . tp lagi berbaloi kalau dpt pergi negeri . . hehe . . yg bengang nye , membe-membe budak yg aku lawan td memang bising . . KECOH ! memang bengang ar . . tp tak pe . . sabo jep lha . . ye lha , sabar tu kan separuh daripada iman . . huhu . . wish me luck sok !

terima kasih kerana anda sudi baca post ini

I wanna my blog be like yours .

Assalammualaikum dan hai blogger !

Oke, aku just straight to the point .
Serious aku cakap, aku jealous tengok blog orang lain . cun beb, dah tu cantik pulak, smart pun ada jugak . Jealous betul saya ! Macam mana lha nak jadikan blog aku macam blog korang tu . Macam mana nak cantikkan blog aku nie haa, cuba korang bagi idea sikit . hukhuk ~ Bila aku bukak je orang orang lain, mesti cun, superb cun ~ Rasa nak buat macam tu jugak tapi tak reti . sedih :'(  Somebody please help me ! hmm .
Takpe lha, biar je lha blog aku nie simple . Kalau banyak banyak nanti, semak pulak . serabut kepala ~ Berat pulak tu . Tapi aku jealous jugak tengok blog korang korang tu . Cun, Cantik, Smart, dan banyak lagi lha . macam mana tu ?! haishh >.<


can my blog be like yours ?
i hope i can change it

terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Friday, April 8

lawak itu kelakar ..

Assalammualaikum dan hai blogger !

Korang nak tau tak ? Petang tadi aku tolong tok aku kerat dahan pokok sebelum aku pergi ke sekolah sebab ada hal . Giler semangat aku nak kerat . Ye lha, bukan senang aku nak tolong tok aku tu . haha . Tengah aku semangat mengerat tu, tiba tiba parang yang aku guna tu tercabut dari pemegang nye . Mengekek aku ~ Tok aku cakap, apa dia entah guna sampai tercabut macam tu . Ye lha, time tok aku guna oke je, tapi time aku tetiba jadi macam tu . adess !

Ada lagi satu story, nie pulak time kat sekolah . aina, iera dan izaty . Mula mula datang sekolah ingat nak pergi kawad, tapi sorang pun takde . So, tak jadi lha nak berkawad . Lepas tu, kiteorang malas nak lepak dalam kelas, kiteorang pergi lha Sal Centre sebab ada budak STF tengah tusyen kat situ . Time nak pergi tu, kiteorang lari . Tapi entah macam mana entah,beg yang aku bawa tu terkena kat iera dan terjatuh . Hampir aku tertinggal beg tu, nasib baik aku patah balik dan ambil beg tu . Perghh, memang sakit lha badan bila terkena beg tu . Ye lha, beg tenis kot . Ada banyak raket dalam tu, kena pulak badan memang best lha . dan memang lawak . hahaha
Sorry lha iera ye sebab terkena kau .. heheh :D


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Monday, March 21

Hok alohh, kena cucuk pulokk

Assalammualaikum dan hai blogger !

huarghhhhh ~
Korang nak tau tak, hari nie kan aku kena cucuk kat sekolah tadi . Mula mula takde lha sakit mana pun, tapi selepas beberapa jam kemudian baru lha terasa sakitnya . kebas giler kot tangan . tapi kan kena cucuk tangan kiri je tapi tangan kanan pun terasa jugak kot . Betul lha kot, bak kata pepatah cubit paha kanan paha kiri pun terasa . Erm, lebih kurang je lha macam kes aku nie kot . lailai ~ Sampai sekarang masih terasa lagi sakitnya . nak menulis pun payah, tapi nak menaip senang pulak kan . Ehh ?! :3 haha

terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Monday, March 14

My simcard :(

Assalammualaikum dan hai blogger ! 

Weyh, aku nak story nie . story sedih nie . hmm
Korang tau tak betapa sedihnya aku sebab sim celcom aku hilang . Habis satu rumah dah aku geledah tapi tak jumpa jugak . Aku rasa mesti hilang time aku pergi Melaka hari tu . Haishh, bengang betul lha . habis dah takde no celcom. Agaknya jatuh dalam bas kot, time aku bawak keluar sim tu . Haa, tu lha siapa suruh bawak keluar . Dah elok elok dalam dompet, pergi bawak keluar, kan dah hilang . Padan muka aku ! hmm 

hmm ! Takpe lha , nak buat macam mana lagi kan . dah hilang dah pun, reda je lha . Siapa yang jumpa tu, takpe lha aku halalkan kalau ko guna . Take a good care of my simcard sebab aku sayang sim tu . Ye lha, tak sampai dua tahun pun aku guna sim tu, dah hilang . Apa lha nasib kan ~ hmm :'(

terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Sunday, March 13

penat betul ..

Assalammualaikum dan hai blogger !

penat , penat , penat mean penat giler lha tu...nk tau pasai pa penat ? sebab nye pergi kenduri kt melake semalam... giler betul lha..ckp je kul 7 tp kul 8 baru bertolak...punya lama lha nk sampai... ate kalau asyik berhenti je, bile nk sampai nye... aku da lha lapar da time tu... ingat bile da sampai, dpt lha makan.. rupanye belum lagi, pergi solat dulu... 

da agak lama kt sana, kteowg un balik.. tp sebelum uh, pergi menjelajah bandaraya melake dulu ..  memang best lha.... penat gak meronde kt situ... macam-macam ada.. tak sempat nk membeli belah... sebab takut tertinggal bas... huhu~ tp bas tu lambat betul nk datang... sampat beli macam-macam lgi... hmm,takpe lha.. takde rezeki nk lama-lama kt melake tu... lain kali lha datang lagi..

sampai besout dalam pkul 11 lebih macam tu lha... disebabkan perjalanan yg jauh, memang ngantuk giler lha.. sejuk plak tu.. selamat bawak baju sejuk... huhu~ alhamdullilah lha sampai dengan selamat...

terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Friday, March 11

finish already ..

Assalammualaikum dan hai blogger !

mesti tertanya-tanya ape yg selesai kan ? 
ujian 1 je sebenarnye tp entah lha rase hepy giler kot.. #macam tak pernah exam je, haha
actually hepy sebab lepas habis exam, cuti plak menanti ..

................ tapi ..............

takde lha best sangat pun sebabnye time cuti nie lha ade tusyen
suke giler lha owg lain cuti, kita plak pergi tusyen.. redha je lha..
sebab da form 3 nie mane boleh nk bersuka ria, budak nk PMR lha katakn... tusyen je lha memanjang...
sabo je lha aina oii ..

terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Tuesday, March 8

Dah kenapa dengan hang ?!

Assalammualaikum dan hai blogger !

Korang mesti tertanya tanya, siapa hang tu ??! kan kan ~

Sebenarnya nie pasal membe aku . Tak tau lha kenapa dengan dia . sungguh aku tak paham . Pelik dan hairan sungguh dengan sorang mamat tu . Bende kecik je pun, yang nak besar besarkan buat apa . Macam perempuan daa ~ payah betul lha dengan orang macam tu . Tak sangka ada jugak orang macam tu . Bikin hot betul . Kalau kau dah tak nak kawan, pergi lha blah . Kecoh kecoh apa hal pulak . SADESS !! hurr ~ 


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Monday, March 7

Exam start tomorrow .

Assalammualaikum dan hai blogger !
Esok dah start exam dah . 
4 hari je pun, takde lha lama sangat . Lepas exam, apa lagi cuti lha . Enjoy time ! haha . Harap harap esok dapat buat yang terbaik lha kan . Da lha esok bahasa arab, memang kena buat yang the best lha . 

WISH ME LUCK ekk !


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Wednesday, March 2

I like when I always fall .

Assalammualaikum dan hai blogger !

Nie aku nak story pasal petang tadi . haishh .
Korang nak tau tak, aku datang main bola jaring petang tadi memang sebab nak dijatuhkan selalu .
suka giler lha aku . Asal lha asyik aku je yang jatuh . Suka beno depa tolak aku nye . haishh . Kalau sekali dua oke lagi, nie berkali-kali kot . Memang tak sakit pun bila jatuh tu . Tak sakit pun bila depa tolak aku tu . hurr ~ Semalam takde lha jatuh sangat, hari nie pasai apa tak tau . malang sungguh aihh .
hmm, sakit badan aku, tapi reda je lha . Lagipun jatuh jatuh tu adat lha kan . Kalau tak jatuh, bukan main lha jawabnya kan , hoho 

terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Monday, February 28

Lawak Mangsa Rompak Di Dalam Bas

Assalammualaikum dan hai blogger !

Cerita nie aku copy paste je tapi serious lawak ! Nie antara banyak-banyak cerita lawak yang dipostkan dekat page Oh! Lawak nie . Cerita lawak nie lha paling lawak . Tak pernah aku gelak sampai macam nie, HAHAHA

Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju ke kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam perjalanan tu mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas..

Nak dijadikan cerita..ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut nak mintak tumpang . Jadi bas tu pun berhenti la . Tetiba, lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut . Sorang perompak berkata, "Keluarkan semua barang kemas yang korang ada . Cepat!".

Sorang pekerja kilang tu membalas . "tapi, kami tak bawak barang kemas kalau pergi kerje, duit pun sikit je."

Perompak pun berfikir seketika.. "Haa, gini la, sebab korang takde barang kemas dan duit, kami rogol korang SEMUA . ahahaha

Pekerja kilang yang muda berkata . "Alaaa, takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak . Tak kesian ker".

Tetiba, makcik tu berdiri ."Weh, ko nie tak paham ker . kalau dia cakap SEMUA . SEMUA la".


HAHAHA . lawak giler beb ! lol

terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Anak Jutawan ?!

Assalammualaikum dan hai blogger ! 

Baca lha cerita nie, aku copy paste je tapi lawak jugak . aduhai ~ haha

Sarah : Ibu, saya mahu pergi ke rumah kawan saya untuk mengambilnya pergi ke perpustakaan. Boleh tak ibu?
Ibu : Siapa kawan kamu, lelaki atau perempuan?
Sarah : Owh...kawan Sarah lelaki.
Ibu : Errm..boleh, tapi dengan satu syarat.
Sarah : Apa syaratnya ibu?
Ibu : Syaratnya ialah biar ibu yang hantar kamu, kaki kamukan masih belum pulih lagi
Sarah : Aaaa...boleh la ibu. Kalau begitu mari kita bertolak sekarang
Ibu : (dalam perjalanan) Siapa nama kawan kamu itu dan dimana dia tinggal?
Sarah : Nama kawan saya Fahrin bin Ahmad, ibu. Dia tinggal di Damansara Perdana...dia (belum sempat Sarah habis bercakap ibunya terus menyampuk)
Ibu : Damansara Perdana?...itukan tempat orang-orang kaya, mesti dia anak orang kaya. $$$
Sarah : (Setibanya) Mak...inilah rumah kawan saya.
Ibu : Wow! besarnya rumah kawan kamu ini, jom masuk!
Sarah : Eh ibu, kita bukan nak masuk, kan tadi Sarah cakap yang sarah mahu mengambilnya pergi perpustakaan.
Ibu : Ibu lupa.....erm..Mana kawan kamu ni?
Sarah : Ibu, inilah kawan saya.
Fahrin : Assalamualaikum, Makcik
Ibu : (selepas Fahrin masuk ke dalam kereta, ibunya terus memuji) Waalaikumusalam. Cantik rumah kamu Fahrin.
Fahrin : Makcik, ini bukan rumah saya, ini rumah bos saya. Saya anak orang gaji jer..
Ibu : Kau keluar dari kereta aku sekarang !!!!!
terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Cikgu Tadika

Assalammualaikum dan hai blogger ! 

Story nie aku copy paste je . Tapi ada jugak pengajaran . so, korang baca je lha ekk . 

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...


Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.


Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dan kemudian bertanya lagi..


Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.


Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...


Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada. 


Kesimpulannya, jangan nak mempengaruhi benda tak betul kat orang sebab mungkin nanti terkena kat kita balik dan percayalah kita bahawa Tuhan itu wujud walaupun kita tak nampak .  

Ehh ?! boleh diguna pakai ke kesimpulan aku nie . Hentam je lha ~

terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Saturday, February 26

Lari jangan tak lari

Assalammualaikum dan hai blogger !

Hari nie adalah hari yang ditunggu tunggu, haha . iaitu merentas desa . Fuhh, penat giler ~ Takde nafas aku lari . Pagi tadi aku lari dengan Lola . Yang tak boleh blah nya kiteorang siap buat strategi lagi tau . Nak tau tak strategi kiteorang macam mana, senang je, lari jalan lari jalan . tu je . Ada strategi tu yang tak nak kalah tu . hahah . time mula mula lari tu, ada yang terjatuh . memang kesian lha . Tengah semangat nak lari, terjatuh pulak . Ada orang tolak lha tu kot . entah ~ Time naik bukit tu memang penat, tapi time turun bukit semangat sebab apa ?! sebab ada strategi . ahahaha
Yang membe aku yang lain, entah ke mana hala dah . Tinggal lha aku dengan Lola je . Depa lambat sangat, tinggal je lha . hukhuk ~ Walaupun penat, kiteorang tak kisah, lari je .
Tapi time depan sekolah tu, entah macam mana Lola terjatuh pulak penat sangat lha tu kot Mesti sakit . haishh . Tapi itu tak memantahkan semangat dia untuk terus berlari . Dia tetap berjaya lari sampai ke garisan penamat dan mendapat no 11 . Aku pulak no berapa ???!! mesti nak tau kan , kan ~

..................... jeng jeng jeng .....................


Aku dapat no 10 . Tak sangka top 10 . Laju jugak rupanya aku lari kan . hahaha , alhamdulillah :)




terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Wednesday, February 23

Fuhh, penat baq hang ~

Assalammualaikum dan hai blogger ! 

Petang tadi, sekolah aku ada buat latihan merentas desa . perghh, memang penat lha kan . Al maklum lha, aku bukan atlet . lol . Takde lha jauh sangat pun lariannya tu, 3km je  . Memang lha tak jauh, tapi letihnya perghh Tuhan saja yang tahu . Sakit kaki, rasa macam nak tercabut baq hang . tapi sebenarnya takde lha lari sangat pun, melenggang je lebih . hahaha ~ Sambil berjalan tu, sembang sembang sekali . hilangkan bosan berlari . cehh ~ Aku lari dengan ikah . So, aku dapat no 53, ikah dapat no 54 . Kira oke lha tu, kira laju jugak lha kiteorang lari kan . laju lha sangat ~ hahaha . Geng aku yang lain tu dapat no 100 lebih . Seronok arr lari tadi , lawak pun ada . Senak perut lari tadi . hahaha 

Letih, Letih, Letih !


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Saturday, February 19

My age already increase ?!

Assalammualaikum dan hai hai blogger !

cuba teka hari nie birthday siapa ?! lailai ~
say Happy Birthday to NURULAINA IZZATI SAMSUDDIN
sudah tua kau rupa nya kan, dah 15 tahun dah . heh ~
semoga panjang umur dan murah rezeki selalu . 
tahun nie kau ade exam besar..
buat yang terbaik...
Best of luck in pmr 2011 !

terima kasih banyak banyak diucapkan kepada semua yang wish .
sayang korang !



terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Thursday, February 3

Si comey . auww ;)

Assalammualaikum  dan hai blogger ! 

Tadi aku ikut nenek aku pergi trolak utara untuk ambik kuih . lepas tu kat rumah orang tu ada sorang budak tu, comey giler ~ cara dia cakap tu cute . memang lha tak paham sangat apa yang dia cakap, tapi lucu lha . 
Time nak balik tu pulak, budak tu nak ikut aku balik . atoto ~ kelakar kot . haha . Mak dia kena bawak masuk dia dalam rumah bagi dia tak tak nampak aku , sumpah lawak . Tapi kan budak tu comey giler, rasa nak cubit je pipi dia tu . auww ~


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Wednesday, February 2

sakit tangan ..

Assalammualaikum dan hai blogger !

Hari nie kan, sakit betul tangan aku . semua nya gara gara balas mesej orang . Dah lha mesej masuk tak henti henti, macam machine gun . haishh ~ Tak sempat nak letak phone tu, dah berbunyi lagi . Memang dok menaip mesej je lha aku . sakit menaip mesej je lha, tapi menaip sebab nak update blog boleh pulak kan ?! LOL :3 haha


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Monday, January 31

Ampuni lah aku ! sorry ! maaf !

Assalammualaikum dan hai blogger !

hmm ~ 
ya Allah ! 
ampuni lah ku !
ampuni lah hamba mu ini..!
aku adalah hamba mu yg khilaf..
dan tak pernah lari dari melakukan kesalahan.
sesungguhnya,
manusia memang tak akan pernah lari dari melakukan kesalahan walau sebesar zarah sekali pun...
manusia memang selalu lupa,dan alpa..
ampuni lah hamba mu ini..
aku memohon pada Mu !
ampuni lah aku,
dan segala dosa ku..

............................................

 Ungu - Andai Ku Tahu 

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku

Andai ku tahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku
Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku

Andai ku tahu
Malaikatmu kan menjemputku
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu
Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku

Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu
Aku manusia yang takut neraka
Namun aku juga tak pantas disurga

Andai ku tahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu
Aku takut akan semua dosa dosaku
Aku takut dosa yg terus membayangiku
Ampuni aku dari segala dosa dosaku
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu

......................................

perghhh, ayat tak boleh blah je . siap ade lirik lagu lagi tu.. hoho
renung renung kan lah ye !


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

tusyen ! tusyen ! tusyen !

Assalammualaikum blogger ! 

Erm, bila dah masuk form 3 nie memang begitu lha rutin harian nya . Tusyen memanjang, tak cukup pagi petang pulak . Tak habis-habis cikgu nak mencurahkan ilmu nya kepada para pelajar . Pagi tadi ada tusyen math, best lha kot tapi bosan pun ada jugak kot . Ye lha, aku bukan minat sangat math nie sebab aku nie lemah sikit bab pengiraan nie . Sains pun sama jugak . Esok dah lha ade tusyen sains, harap masuk lha walaupun sikit .
lepas cuti nie, ada lagi tusyen . setiap minggu ada lepas sekolah . Perghh, mesti letih giler . Dah lha buat lepas habis sekolah, tak tau lha masuk ke tak tapi aku kena berusaha sebab aku nak PMR dah tahun nie... 
USAHA TANGGA KEJAYAAN . 
cayyok aina. !
You can do it :)

Adios, Bye, Caio .

terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Sunday, January 30

1 jam di sekolah

Assalammualaikum dan hai blogger ! 

Korang nak tau story tak ?!
Hari tu aku sakit perut, sakit giler kot . Sekejap je aku kat sekolah, lepas tu cikgu hantar aku balik . Korang nak tau tak berapa lama ? Lebih kurang sejam je, lama giler kan ? hahaha . Kelakar betul lha . 
sebenarnya time perhimpunan tu, ramai dah membe aku tegur sebab muka aku pucat . Pucat lha kot, entah aku tak perasan pulak :3 Depa dah suruh aku duduk, tapi biasa lha aku kan degil so aku tak duduk lha . Lagipun depa dah tau dah kenapa aku macam tu, alaa macam biasa lha sakit aku datang lagi . hoho ~ 
Dalam kelas pulak, depa ada tanya aku lagi . "Aina, ko kenapa ?" Aku senyap je sebab aku tak boleh nak cakap . Aku buat bodoh je lha . Tapi sebenarnya dah basah dah meja sebab air mata aku . haha, lawak pun ada . 
Matapelajaran pertama untuk hari tu ialah sejarah . kiteorang kena turun bilik gerakan . Takde lha jauh mana pun dengan kelas aku tapi kena turun tangga jugak lha . Sebelum turun tu, membe membe aku ada tanya " Ko boleh jalan ke ?", " Nak turun ke tak ?" . Aku buat dek je sebab aku nak turun jugak . Mana boleh tak turun, mahu kena rotan nanti kalau tak turun kelas cikgu tu . huh ~ Time tu ada membe aku yang lain pergi cari cikgu, sebab nak mintak ubat kat cikgu . Baik tak membe aku ?! baik kan ~ oke, tau dah :D 
Time kat bilik gerakan tu, aku tak tau lha aku kenapa . Tetiba aku jadi tak tentu hala, aku menangis tapi macam meraung pun ada jugak sebenarnya . Membe aku kata takut depa tengok aku macam tu . haha . Aku  dah tak tahan dah, lepas tu membe aku pergi lha cari cikgu yang bertugas sebab nak suruh hantar aku balik . Nasib baik cikgu tu ada kat pejabat, tak payah cari jauh jauh . Cikgu tu lha yang hantar aku balik sebab aku dah tak tahan, dah tak boleh nak duduk kat sekolah . "Terima kasih lha cikgu sebab hantar saya balik". 
Hahaha, memang tak boleh blah betul lha hari tu . lawak lawak ~


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Saturday, January 29

party time !

Assalammualaikum dan hai blogger !

Party nie kiteorang buat pada hari rabu, 20.10.10 . Smart kan tarikh tu, oke tau dah . huhu . Party nie untuk group kiteorang geleboi GLB ! 
Mula mula ingatkan kiteorang berlima je, rupanya bertujuh . membe aku dua orang tu ada ajak somebody dorang. (iera, ieka dan aku je tak bawak sesiapa :') Kiteorang oke je, lagipun kiteorang kenal siapa yang dorang bawak tu . tu yang tak kesah tu . tapi memang best lha time tu . Banyak giler makanan sampai tak lalu nak makan . senang cerita bawak balik je . hahaha

Tapi time tu jugak lha hari paling bermakna buat seorang membe aku tu, ye lha sebab time tu jugak hari dia dilamar . bukan lamaran nikah arr, lamaran jadi kekasih a.k.a gf . maka dengan itu, hari itulah rasmi dorang jadi kekasih . memang sweet habis arr . huhu ~ yang lagi seorang tu dia nak bagi hadiah untuk kekasih dia, semangat je dia beli . huh ~

Korang mesti nak tengok kan gambar time party kiteorang tu ?!
Tak kisah lha korang nak tengok ke tak nak, aku nak tunjuk jugak tapi tak banyak lha .
Nah, ambik ~

Nie lha kek party tu, nampak sedap kan tapi sedap lha kot :3


nie antare makanan yang ada time kiteorang buat party tu. Banyak lagi makanan tu senbenarnya, tapi snap yang nie sudah lha . Tak payah banyak banyak . haha


nie lha membe group aku . dari belakang : ieka, ecah, aku, iera n aja . geleboi GLB... sayang korang !

we are BFUD ( best friend untul die ) 


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Bila 4 Dara masuk Dapur, Begitu lha Jadinya

Assalammualaikum dan hai blogger !

sebenarnya story nie lama dah . Sabtu, 13 november .

Time tu dok lepak kat rumah iera, baru balik dari buat kerja amal lha katakan . Kalau dok kat rumah iera, memang tak sah kalau tak on internet . Sakan dok online . haha . Lama sangat online, sampai tak perasan hari dah tengah hari . patut lha rasa lapaq ja . Lepas tu kiteorang apa lagi, berperang lha kat dapur . haha . Kiteorang masak mende paling simple lha, iaitu sambal telur, dan ada sorang membe aku tu masak ikan goreng . Tapi yang tak boleh blah nya, bila ikan tu dah masak baru dia teringat yang dia tak letak kunyit dan garam lagi . Patut lha aku tengok ikan tu pucat je, takde warna . adoi, lawak betui lha . Lepas tu masak sambal pulak .Tapi lawak sebab macam macam rasa ada kat sambal tu, kejap manis, kejap masin, kejap masam, kejap tawar . hahaha . buat lawak betui lha . Nampak sangat selalu masuk dapurnya tapi memang selalu pun apa . hukhuk ~
Lepas tu, bila dah selesai masak mesti nak makan kan . Pergi lha ambik nasi, tapi rupa rupanya, nasi tu tak masak lagi . Nak masak mende nye, tekan pun idok . haha . memang kesian lha kat kiteorang, dah lha tengah lapar giler . sabo je lha tunggu nasi tu masak . Ye lha, sabar tu kan separuh daripada iman . Betui tak ?! hoho . Time tunggu nasi tu masak, memang kiteorang gelak sakan lha sebab lawak . hahaha

Lepas tu bila nasi dah masak, apa lagi cepat cepat lha kaut nasi dan makan sebab dah lapar giler kot . Tapi bismillah kiteorang masih ingat ye walaupun dah memang lapar tahap petala dah time tu . hoho .  Tapi memang masa makan tu tak bercakap langsung kot . Lagi pun, mana baik bercakap masa makan, kan kan . haha . Memang habis lha kiteorang makan sampai tak tinggal apa dah . Sampai tak cukup kot, pi lha goreng telur pulak . Memang lawak betui lha time tu, tak boleh blah .
Aku akan ingat apa yang jadi hari tu .
hmm, tu lha jadi 4 dara masuk dapur ! haha




terima kasih kerana anda sudi baca post ini

My new blog :D


Assalammualaikum dan hai hai blogger ! 

Nie blog aku yang baru tau . Blog aku yang lama tu dah tak boleh nak post . Tak tau lha kenapa . Sakit mungkin ~ lol . Bengang betul lha aku . haishhh . Aku harap nie blog aku yang last lha, sebab dah tak larat dah aku nak buat blog baru . haha =="


terima kasih kerana anda sudi baca post ini