Monday, December 16

Berjalan atau jalan-jalan ?

Assalammualaikum dan hai blogger ! 

Oke, sebenarnya nie semalam punya cerita . Tapi aku malas nak update semalam sebab penat tahap petala --" Semalam aku dan membe aku, Syahirah pergi teman membe aku sorang lagi, Aqillah ke Stesen KTM kat Slim River . Kiteorang pergi teman dia tu sebab dia nak balik kampung ke Taiping tapi tak berani dan tak biasa naik bas sorang sorang . Oleh sebab itu, kiteorang temankanlah dia . Pada mulanya, aku sorang je kena teman tapi takkan lha aku nak balik rumah sorang sorang pulak nanti kan lepas aku hantar dia ? Jadi, aku ajak lha si Syahirah tu teman aku . Karang kalau aku sorang sorang, rupa apa pulak tetiba je ada budak jalan sorang sorang kat Slim tu . haha .Tapi korang nak tau tak, berapa kali aku call si Syahirah tu sebab nak ajak dia teman aku tu ? Banyak kali kot . Sampai lenguh lha jari aku dok tekan nombor dia saja . Huh ~ Rupa rupanya dia tu silent phone, patut lha tak dengar orang call . Haishh ~ Tapi nasib baik jugak lha dia rela ikut aku pi teman Aqillah tu, kalau tak memang sia sia je aku call dia banyak kali tu . haha
Tepat pukul 11 kiteorang dah tepacak kat stesen bas Besout nie, sampai naik segan jugak lha dengan orang orang yang lalu lalang kat situ . Mesti depa hairan dengan kiteorang . Apa lha budak bertiga tu buat kat situ ? Nak ke mana lha deme tu ? Dengan beg besar nye . Nak lari rumah, mungkin ? hahaha . Dah lha bersembang rupa apa je, kuat giler menyembang . Mungkin itu juga salah satu faktor kenapa orang orang yang lalu lalang tu pandang pelik kat kami . Tapi tak boleh salahkan kami sebab al maklum lha, sudah lama tak bersua muka memang macam tu lha jadinya . haha
 Sejam berlalu dan batang hidung bas Mara Liner yang berwarna merah tu masih tak kelihatan . Huh ~ Penat dan sakit hati lha jugak tunggu bas tu . Tapi tetap tak boleh salahkan kami, sebab kami tak pernah naik bas hari ahad . Kalau hari sabtu tu, selalu lha jugak . haha . Dalam pukul 12.30 macam tu, bas yang ditunggu tunggu telah tiba . Nasib baik ~ Kami naik lha bas tu dan berharap bas tu cepat cepat sampai ke Slim sebab kesian Kak Ina tu tunggu sorang sorang kat KTM Slim tu . Lama pulak tu dia tunggu . Dan untuk pengetahuan, Kak Ina tu adalah orang yang Aqillah join untuk balik Taiping sebab Kak Ina tu pun di haluan yang sama . Lagipun memang Kak Ina tu yang ajak Aqillah balik dan kami kenal je siapa dia, so takde lha nak risau sangat . hahah
Dan seperti yang kami harapkan, bas tu bergerak dengan sangat laju . Mungkin sebab pemandu dia yang baru dan muda lagi, so bas tu pun jadi "cergas" nak bergerak . Aku cakap pemandu baru sebab muka pemandu tu aku tak pernah tengok pun sebelum nie . Baru bagi aku lha kot, bagi orang lain tak tau lha sebab aku pun lama dah tak naik bas sejak "Demam SPM" melanda tu :3 Tapi yang aku tak boleh blah, kelajuan bas tu lha . Selalunya kalau naik bas, slow and steady je kelajuan nya tapi kali nie, perghh laju giler . Dok dalam bas tu rasa macam naik roller coaster kot . Terbaik !
Jarak antara stesen bas ke KTM tu, takde lha jauh sangat tapi boleh lha kalau nak jadikan senaman kaki . Sampai je kat KTM tu, kiteorang pi solat dulu sebab bukan boleh pi beli tiket . Kaunter tutup ! Lepas solat tu, baru lha kaunter buka . Kak Ina dan Aqillah pi beli tiket manakala aku dan Syahirah pi jalan jalan sekitar KTM tu . Bukan senang nak pi KTM tu, tambah tambah dengan keadaan KTM yang lenggang tu . Tapi bukan lha kosong takde orang langsung, ada lha dua tiga orang kat situ . Depa pun tengah tunggu KTM jugak . Pukul 2.15 macam tu lha, Kak Ina dan Aqillah telah pun selamat naik KTM menuju ke Ipoh . Dari Ipoh ke Taiping, depa nak bas pulak .  Lepas tu aku tak tau pasal depa . Tapi kan, time aku dan Syahirah nak menyeberang dari sebelah sini ke sana, ada pelancong Korea tegur kiteorang . Uncle uncle dan Aunty aunty dari Korea tu punya lha murah dengan senyuman . huhu . Tapi yang pasti, kiteorang jumpa orang Korea, korang ada ? hahaha :p
The end story part 1 . 

Cerita bahagian kedua nie pulak, tak lain tak bukan lha pasal aku dan Syahirah . Ye lha, Kak Ina dan Aqillah kan dah selamat naik KTM, so tinggal lha kiteorang berdua . Kiteorang berjalan dengan takde hala tuju . Tak tau ke mana sebab hari ahad kot, kedai apa je yang bukak . So, kiteorang ambil keputusan untuk lepak kat KFC Slim . Ye lha, takkan datang hantar je lepas tu balik ? Tak berbaloi lha tiket bas yang RM3.20 tu . Huh ~ Di sinilah perjalanan kiteorang bermula . Bagi sesiapa yang tau, pernah pergi atau memang dok Slim River tu, korang mesti tau kan betapa jauhnya jarak dari stesen bas tu ke KFC ? Haa, itulah jarak aku dan Syahirah berjalan . Nampak tak kiteorang ber"senam"nya tu ? Huh ~ Penat kot berjalan, tapi itulah yang dinamakan pengorbanan . Haha . Mesti ada orang orang yang lalu lalang kat situ pelik tengok kiteorang . Tapi takpe, hidup mesti pandai cover . Haha . Sepanjang jalan nak ke KFC tu, kiteorang nyembang tak henti . Itu namanya tak nak bagi bosan . 
Aku tengok Syahirah, Syahirah tengok aku . Dan apa yang pasti muka kami berdua merah dan panas macam udang tengah masak tu . Rasa berbahang kot muka sebab bahang matahari tu . Terik bhai ~ Dah lha panas, kaki lenguh pulak tu . Perghh ~ Untuk dapatkan sedikit rasa sejuk, kiteorang masuk kat kedai yang ada air cond . Nampak tak permainan nya tu ? Haha . Lama jugak kiteorang kat dalam kedai tu tanpa beli apa apa . Nasib baik tak kena halau . Huh ~ Jalan sikit lagi ke depan, dan kiteorang pun sampai ke KFC . Wahh, rasa bangga kot . Haha . Time kiteorang masuk tu ramai jugak yang tengah beratur, so kiteorang dok dulu fikirkan apa yang kami nak order sambil hilangkan rasa berbahang, panas dan penat . Lagipun, air cond beb kat KFC, memang sejuk lha . Haha . Kiteorang tak order banyak pun, sebab rasa macam malas nak makan sebab penat dan panas punya pasal . Apa yang pasti kami berdua dahaga . Huh ~ Kiteorang lepak kat KFC tu sampailah abang Syahirah datang ambil . Nampak tak jimat tambang ? Haha . Lepas tu, balik lha . Tapi kan, kiteorang dapat rezeki kot . Order benda lain dapat benda lain . Awesome ! Haha .
The end part 2 .

Saja nak share gambar, orang kata sharing is caring kan . Mohon jealous :p 

Orang pi beli tiket, kami dok bergambaq . hehe :D
Sempat menyempat . haha .
Dari depan : Aqillah, Syahirah dan aku :)
Snap by Kak Ina . 
Gambar kurang pencahayaan sebab tu nampak kabur :3
Dari depan : Aku, Syahirah dan Aqillah
Beginilah kami sementara menunggu KTM tu tiba . heh ~
Weyh, aku tunggu kat sini :)
Snap by myself . Bosan menunggu :3
Kat jejantas nie pun jadi . haha :3
Nampak tak muka happy lepas uncle uncle dan aunty aunty dari Korea tu tegur .
Kau ado ? haha :p
Gambar ini diambil semasa keadaan KTM tu lenggang . Takde orang langsung . huh ~ 
Nie muka lapar + muka penat aku tapi masih lagi boleh senyum . haha
Nie pulak muka lapar + muka penat Syahirah . hehe
Ini sahaja yang kami order . Tapi ini sahaja pun dah RM20 lebih . huh :3 
Inilah yang dinamakan rezeki jatuh dari langit . Order lain, dapat lain . haha
Dah lha daging ayam, siap ada keju lagi . Perghh :D
Kami dah kenyang, alhamdulillah :)
Tapi burger tu kami makan dalam kereta semasa perjalanan pulang ke rumah . hoho
Bye KFC, balik dulu . hahah
Sekian, terima kasih :D



terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Thursday, December 12

Life after SPM


Assalammualaikum dan hai blogger ! 

Sedar tak sedar, baru seminggu lebih rupanya aku tamat SPM . Tapi terasa macam aku dah lama giler tamat SPM . Aku baru tamat 2 Disember hari tu, tapi rasa macam dah tamat 2 Disember tahun lepas . Oke, nampak sangat tipu --" 

Sebenarnya, terjadinya entri nie sebab aku dilanda kebosanan . Aku saja nak cerita kehidupan aku lepas SPM nie, kehidupan sementara nak tunggu result keluar bulan 3 nanti lha katakan . huhu . Tahun nie tak seperti tahun tahun yang lalu kerana tahun tahun yang lalu aku masih di alam persekolahan . Kalau dulu, time time sekarang nie lha time yang busy nak pergi beli barang barang sekolah . Baju lha, kasut lha, beg lha dan macam macam lagi . Tapi tahun nie semua tu dah takde makna sebab bukan aku sekolah pun tahun depan . Dah habis sekolah lha katakan, tapi habis sekolah tu amat bermakan kalau aku tak masuk form 6 lha . Kalau aku masuk, alamatnya kena pakai baju sekolah lagi lha aku . huh ~
Satu lagi, selalunya time time sekarang nie aku akan duduk kat rumah mak ayah aku kat Sungai Buloh sebab senang sikit nak urus hal hal barang sekolah tapi sekarang mungkin tak . Aku malas sebenarnya nak pi sana, sebab nanti sama je situasinya macam kat sini, Besout . Masa aku kat Besout nie hanya dipenuhi dengan online, baca novel, makan, tidur, tengok tv, tengok movie, duduk saja dan aktiviti tak berfaedah yang lain . Serious bosan weyh buat benda yang sama setiap hari . Orang pulak suka cakap kat aku, untung lha dah habis sekolah . Tapi apa yang depa tak tau, habis sekolah nie lha masa yang sangat bosan . Ya, aku tak menafikan habis sekolah tu best sebenarnya sebab tak payah nak serabut dah pikir pasal sekolah, homework dan sebagainya, tapi bila duduk saja kat rumah tanpa berbuat apa apa atau buat aktiviti yang sama setiap hari, benda tu jadi teramatlah bosan . huh ~
Orang suka tanya aku habis SPM nie buat apa je ? Dan jawapan aku tak lain tak bukan, tanam anggur kat rumah . Jawapan yang selamat dan bernas kan ? Haha . Ye lha, karang aku cakap aku dah kerja pelik pulak orang . Lagipun kerja apa je yang boleh aku buat kat Besout nie ? Macam susah je nak cari kerja kat sini . Ada jugak mak aku pernah suruh aku kerja kat KFC atau Pizza Hut lepas SPM nie dan tempat kerja tu berdekatan dengan perumahan mak aku . Tapi aku macam malas lha pulak, sebab banyak kerja nanti . Aku pernah cakap aku nak kerja kedai buku . Lagipun kerja kedai buku tak banyak kerja sangat nak buat, sebab bukan nya orang datang beli buku sepanjang masa . Jadi, sebab tu lha aku nak kerja kat kedai buku tapi kedai buku mana je ? Hm . Bak kata cousin aku, hang duduk tepi jalan sambil pegang signboard, " Tolong ambil saya bekerja". Lol . Macam takde kerja je nak buat mende macam tu, idok ler aku terdesak sampai macam tu . Atoto :3
Cousin aku ada ajak kerja kat Mydin kat Ipoh tapi kerja cashier . Erk ~ Bukan aku tak nak, tapi aku kalau bab bab duit nie aku lari dulu lha . Aku rela cari kerja lain . Bukan apa, karang kalau ada short aku pulak yang kena . Kalau short tu setakat rm2 aku pun kisah, tapi kalau rm20, rm200 atau rm2000 ? Siapa yang susah ? Aku jugak yang susah, so baik aku surrender awal awal . huh ~ Membe aku pun ada ajak kerja kat Ipoh, tapi nie kerja kat Kilang Felisa kot namanya, entah . Bukan tak nak, tapi nak dok kat mana ? Takkan nak dok tepi jalan, kalau kerja sama dengan cousin aku tu takpa lha jugak, boleh aku tumpang rumah family dia .  Lagipun, kilang tu pun aku tak tau kilang apa . Macam tak pernah dengar pun . Tapi gaji dia awesome kot, permulaan pun dah rm1300 . Macam tak percaya je . huh ~ Siapa tak nak kalau gaji mula pun dah macam tu . Giler arr ! Tapi apakan daya, aku perlu ingat jugak kalau pi sana nak dok mana, makan minum nak cekau mana dan banyak lagi lha . Hmm
Lagi satu masalah aku ialah pasal ambik lesen . Ingat ambik lesen nie tak pakai duit ka ? Aku nak cekau mana duit . Mak ayah aku pun tak kata apa tentang aku nak ambik lesen, jadi aku senyap je lha . Lagipun kalau aku ambil lesen, pakai duit mak ayah aku . Selagi depa tak kata apa, selagi tu lha aku senyap . Aku tak kisah sangat pun pasal lesen nie sebenarnya, macam tipu je --" . Selama nie pun aku tak dak lesen, hidup je aku walaupun susah sikit lha nak bergerak --" Takpa, ada rezeki nanti aku ambik lesen . Lagipun mana ada akta yang mengatakan lepas SPM je, mesti kena ambik lesen . So, tak payah kuatir lha . heh ~
Pasal PLKN ? Hm, sorry aku tak dapat ! heheh ~ Tapi aku nak ucap tahniah lha kepada yang dapat tu, terutamanya yang dapat panggilan pertama tu . Get ready, 5/1/2014 nanti dah kena masuk . huhu . 

Uishh, banyak pulak aku menulis malam nie . Patut lha macam sakit je tangan nie . huh . Oke lha, adios amigos :) 


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Monday, December 2

I'm free

Hari nie hari Isnin iaitu 2 Disember 2013 dan bersamaan dengan 28 Muharram 1435H, dengan ini aku mengistiharkan aku dah "merdeka" ! That's mean I'm free ~ No more school, no more book, no more uniform and no more everything about school .  But I'm sure that I gonna miss everything about school . Hmm
Walaupun dah lepas SPM, tu bukan bererti kita dah habis belajar . Kita cuma berhenti belajar seketika sebelum kita pergi sambung belajar ke Form 6, Matrikulasi, Politeknik atau Universiti . Habis SPM bermaksud kita sedang melangkah ke dalam episod baru kehidupan . Tapi persolannya di sini, bersediakah kita ? Bersedia atau tidak, kita tetap kena mengalami nya kan . Kita tak boleh nak berpaling kembali kerana itu semua dah lepas . Past is past, now this is our beggining to our new life . Kita bukan berada di alam persekolahan lagi, sekarang nie kita sedang melangkah ke alam yang lebih mencabar .  Kehidupan yang penuh dengan pancaroba, dugaan dan cabaran . Di sini lah segala galanya bermula .
Mungkin ada yang takut untuk melangkah, ye aku tak menafikan semua nie pun agak berat untuk aku . Tapi mahu atau tidak, aku terpaksa . Hidup perlu diteruskan .
Yeah . Fighting till the end . Caiyok .

terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Saturday, November 30

Petua Imam Syafie

Bismillahirrahmanirrahim ..

Assalammualaikum dan hai blogger ! 
Benda nie aku dapat kat facebook, so aku saja nak share dengan korang semua . Al maklum lha, sharing is caring kan :) 

Empat perkara yang menguatkan badan :

1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara yang melemahkan badan :

1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu berasa cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara yang menajamkan mata :

1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara yang merosakan mata :

1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara yang menajamkan fikiran :

1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama


4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi .

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam .

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan .

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/meniarap seperti tidurnya ahli neraka .


Jom amalkan yang baik, dan jauhi yang tak baik ! 



terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Friday, November 8

Mood exam

Bismillahirrahmanirrahim ..

Assalammualaikum dan hai blogger !
Hari nie hari Jumaat bersamaan 8 November . Maknanya sekarang nie aku tengah mood exam lha . Exam SPM ye, bukan exam STPM atau exam exam yang biasa tu . Tapi walaupun exam, aku tetap jugak nak update blog . Nampak tak aku malas baca buku ? Hm, minggu depan dah lha minggu sejarah . Huh ~ Aku exam bermula daripada 6 November sampai 2 Disember . Lama kan ? tapi standard lha tu . Cousin aku lagi lama sebab dia habis 4 Disember . haha :3 Oke, aku dah lepas tiga paper iaitu BM, BI dan Seni, tapi seni paper 1 je lha . Seni paper 2 tu dua minggu lagi . Spoil sikit lha seni paper 2 tu sebab kalau tak aku dah boleh "relaks" dah untuk tiga subjek tu . Hmm . 
Bila lepas habis exam, mesti kita akan dengar soalan soalan yang standard daripada membe membe kita ataupun daripada sesiapa je lha . Contohnya : 
"Macam mana exam ?"
"Boleh jawab tak ?"
"Oke tak ?"
Hmm, serious aku cakap aku sebenarnya malas dah nak jawab soalan soalan macam tu kalau ada orang tanya aku . Tapi sebab nak jaga hati kan, kena lha jawab . Ehh :3 Lagi satu, aku sebenarnya kalau boleh tak nak berbincang lepas exam sebab benda dah lepas kan buat apa nak bincang . Kalau bincang pun bukan boleh kita masuk balik dewan tu untuk ubah jawapan . Tapi walaupun bukan aku yang bincang, aku masih boleh dengar orang lain yang bincang . Telinga aku nie bukan boleh, dengar aje semua benda walaupun depa bincang jauh sikit daripada aku . Bila dah dengar, mula lha rasa gelabah, menyesal, dan segala rasa lagi lha . Tu lha orang suruh baca buku tak nak . Ish ish ish, apa nak jadi lha dengan kau nie Aina oii . huh ~
Paper BM dan BI dah selesai dan aku rasa agak menyesal sebab tak study betul betul sedangkan banyak masa terluang yang boleh aku gunakan untuk study . Aku tak risau sangat paper 2 sebab aku rasa aku dah cuba yang terbaik, tapi apa yang aku risau sangat sekarang nie paper 1 aku iaitu karangan/essay . Aku rasa apa yang aku tulis dalam buku jawapan tu semuanya mengarut . Aku tak paham dengan diri aku sebab bila dalam exam je, automatik aku jadi agak blur dan mula lha takde idea nak buat karangan/essay . Hmm, cikgu mana lha yang akan periksa kertas aku tu ye. Mesti tak terkata apa bila cikgu periksa kertas aku tu . Huh ~ 
Apa apa pun aku dah cuba yang terbaik untuk paper BM, BI dan seni paper 1 aku tu . Jadi, berdoa dan tawakal je lha kepada Allah . Lagipun, sekarang bukan masa untuk sesali paper yang dah lepas tu . Past is past, right ? Sekarang masa untuk study bagi subjek subjek yang mendatang pulak . So, chaiyok ! 
Daripada 10 subjek yang aku ambil, dua setengah subjek dah selesai jadi tinggal tujuh setengah subjek lagi . Harap aku boleh jawab dengan sebaik baiknya :) 
Peperangan sudah pun bermula, dan bakal berakhir tidak lama lagi . Maka dengan itu, hadapilah peperangan ini dengan hati dan jiwa yang tenang agar tidak berasa gentar dan gementar :3

Weyh korang, mohon doakan kejayaan aku dan semua calon SPM 2013 yang lain ye :)



terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Monday, October 21

Have a great time together

Bismillahirrahmanirrahim ..

Assalammualaikum dan hai blogger !
Semalam merupakan hari yang awesome sebab semalam aku dan membe membe aku telah mengadakan barbeque . Awesome bagi aku lha, tapi tak tau bagi orang lain . Barbeque tu diadakan di rumah aku . Tapi kalau ikut perancangan awalnya bukan kat rumah aku pun, al maklum lha rumah aku tak berapa nak strategik . Tapi disebabkan tuan punya rumah yang kiteorang nak buat tu tak dapat nak join, terpaksa lha tukar tempat lain dan rumah aku lha menjadi pilihan sebab rumah aku rumah paling tak ramai orang . Tapi tak cukup orang jugak nie sebenarnya sebab 2 lagi orang takde . "Busy" sangat lha tu =="
Lagipun sebenarnya benda nie dah rancang lama dah, tapi masing masing busy lha katakan . Al maklum lha, spm pun dah dekat kan . Kiteorang buat benda nie sebelum spm pun sebab kiteorang tau lepas spm nie, lagi payah nak jumpa dan lepak sesama macam nie . Nie kira bergembira kejap lha sebelum spm . Mana boleh stress, kalau stress otak pun serabut . Lagi payah time spm nanti . Hidup kena relaks, beb ! huh ~
Oke lha, aku malas nak cerita panjang panjang . Sakit tangan aku nak menaip aihh . Disebabkan itu, aku nak share beberapa gambar yang sempat kami rakamkan . Tak banyak pun sebab semua busy . Takde masa nak snap snap gambar nie . Gambar yang ada nie pun tersnap bila ada ruang waktu kejap untuk snap gambar . Kalau ikutkan, memang takde langsung lha gambar . hoho .
Jom layan ~

Sebelum nak membakar, mesti lha hidupkan api dulu .

Menunggu arang menjadi bara
Semangat Iza mengipas arang supaya cepat jadi bara .
Jom mulakan bakar !
Baik baik jaga ayam tu ye Opie .
Khusyuknya Mal jaga ayam tu . huh
Apa yang penting, KERJASAMA !
Apabila berkerjasam, baru lha semua jadi mudah dan cepat . 

Kena jaga baik baik, karang hangus tak sedap . 

Walaupun dijaga dengan baik, tetap jugak hitam -,-"

Semua mencucuk hotdog tu dengan berhati hati .
Cucuk hotdog pun sampai 4 orang . Ish ish

Siapa kata musuh tak boleh bekerjasama ? :P

Ayu tu nak promote tong gas, mungkin . haha
Sedang sediakan bahan bahan nak buat sup . hoho

Ehh Yat, jaga baik baik kentang tu . Karang garing sangat pulak . huh ~

Main uno dulu sementara menunggu semua masakan siap . hoho

Antara makanan yang ada masa barbeque kiteorang ialah :

Rasa sedap dah cuma kurang pedas sikit . 

Dapat sponsor kot, ingat senang nak dapat . hoho

Yang digoreng lebih sedap daripada yang dibakar . erk ~

Dimasak dengan sempurna . Syabas Yat ! :P

Please jangan terliur ~ haha

Sepatutnya banyak lagi jenis makanan yang kiteorang nak seperti kerang bakar, daging salai dan jagung bakar . Tapi tak sempat dah nak cari sebab kesuntukan masa . Tambahan lagi, ada beberapa orang termasuk aku yang pergi kem kat sekolah . Tu yang takde masa dah nak cari semua semua tu . Tapi takpe, walaupun tak semua yang kiteorang rancang ada, kiteorang tetap enjoy . Mungkin akan ada barbeque kali kedua dan aku akan pastikan time tu semua yang dirancang ada dan lebih meriah . huhu



terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Saturday, October 12

10 benda aku teringin nak buat dalam hidup

Bismillahirrahmanirrahim ..

Assalammualaikum dan hai blogger ! 
Di pagi yang dingin kerana hujan nie, aku nak buat entri pasal apa yang aku teringin nak buat dalam hidup nie . Sebenarnya benda nie pun baru listkan sebelum SPM hari tu . Aku bukan apa, lepas nie kan episod baru dalam hidup aku bakal bermula . So, aku kena sediakan apa yang aku ingin lakukan dalam hidup nie, baru lha hidup aku tak sia sia . huh ~ Nie list yang aku dah buat . Ada 10 perkara yang aku nak buat dalam hidup nie, tapi tak tau lha nak tercapai bila . hmm . Sekarang nie mungkin 10, akan datang mungkin list nie akan bertambah dari masa ke masa . Siapa tau kan ? heh ~ Tapi kan mesti akan ada yang kata, kenapa in my life ? Kenapa tak after SPM ?  Sebenarnya, perkara perkara nie memang aku teringin sangat nak buat lama dah. Cuma lepas SPM nie lha masa yang sesuai sebab masa panjang sikit kan berbanding masa alam persekolahan tu . Lagipun, lepas SPM takdak siapa nak larang dah aihh . Hang buat lha apa ja . Kan, kan ? 

  1. Mengembara
  2. Mendaki
  3. Memanah/Menembak
  4. Berenang
  5. Menunggang kuda
  6. Berkhemah dalam hutan
  7. Snorkeling/Skuba
  8. Aktiviti lasak
  9. Tekan tubi
  10. Terer main chess 
Tu lha list aku . Aku harap sangat aku dapat buat semua nie terutama sekali dengan kengkawan aku . Mesti best kan ? :)

terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Friday, September 13

Trial is over

Bismillahirrahmanirrahim ..

Assalammualaikum dan hai blogger !
Disebabkan semalam merupakan hari terakhir trial, ramai budak kelas aku yang tak datang hari nie . Tapi aku confirm minggu depan mesti semua datang sebab kalau tak datang nanti kena mengadap pengetua untuk dapatkan sijil berhenti sekolah . Berapa hari yang tak datang sekolah tu, berapa hari tu jugak kena merayu kat pengetua untuk dapatkan sijil berhenti sekolah . huh ~ Nasib baik aku budak baik, sebab aku tak pernah ponteng sekolah lagi . hoho :)
Trial memang dah lepas tapi result nya ?? Ouhh tidak, rasa tak sanggup pulak aku nak tau result trial aku tu . Aku rasa macam takde A je sebab paper BM tu pun boleh tahan susah nya . Acamno nak A kalau dah macam tu . huh ~ Dah lha result trial nie penting jugak sebenarnya . Ye lha, melalui result trial nie, sebenarnya kita dah boleh isi borang untuk melanjutkan pelajaran . Tak perlu tunggu result SPM tu haa . Tapi aku rasa banyak paper aku kantoi nie, sebab tu lha aku rasa macam tak sanggup je nak tau result trial aku . hmm
Tapi kan sebenarnya, aku dah tau result untuk 1 subjek iaitu math . Cikgu math aku tu memang laju aje dia tanda paper, hari nie exam esok pun dia dah boleh bagi balik paper . hoho . Aku target A, tapi nak buat macam mana kan, B je yang mampu . Takpe, SPM sebenar nanti in shaa Allah A dalam genggaman :)
Subjek lain mungkin aku tak risau sangat sebenarnya, aku risaukan subjek 3 serangkai tu je . Fizik, Kimia dan Addmath . Killer subjek tu, tu yang risau giler tu . Dah lha time jawab paper fizik 1, aku jawab tak sampai setengah jam pun, lepas tu aku tidur . Mengantuk betul mata time tu, al maklum lha jawab time tengah tengah hari . Lagipun fizik tu paper last, kira nak cepat habis trial tu yang main jawab aje . Ishh, teruk betul kau Aina ~
Haa, apa yang aku boleh buat sekarang nie hanya reda, pasrah dan berserah je lha . Dah itu yang aku buat, itu lha yang aku bakal dapat . Aku tak boleh nak salahkan orang lain sebab semua tu bergantung kepada diri aku sendiri . Kalau aku berusaha dengan bersungguh sungguh, mesti aku akan dapat yang terbaik kan ? Dan kalau aku tak berusaha bersungguh sungguh, mesti aku akan dapat sebaliknya kan ? Jadi, sebab tu lha aku kena tawakal je dengan apa yang aku bakal peroleh kan :)
Mungkin result trial aku tak segempak yang diharapkan, tapi aku harapkan result SPM aku gempak :)


In shaa Allah ~


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Monday, August 26

Jalan jalan hari raya

Bismillahirrahmanirrahim ..

Assalammualaikum dan hai blogger !
Semalam hari ahad iaitu 25 Ogos 2013 bersamaan dengan 18 Syawal 1434H . Minggu lepas adalah minggu aku bangun awal setiap hari . Hari sekolah pun bangun pagi 5 hari je, tapi minggu lepas deret terus bangun awal . huh ~ abaikan .
Disebabkan masih dalam mood raya, aku dengan kawan kawan sekelas aku telah pergi beraya ke rumah cikgu cikgu . Bukan rumah cikgu cikgu yang dekat dalam Besout nie haa, tapi rumah cikgu cikgu yang di luar kawasan . huh ~ Seramai 20 orang yang join "trip" nie . Ramai tak ? Ramai kan, sampai cikgu cikgu yang rumahnya kami pergi raya tu pun terkejut sebab tak sangka ramai macam nie yang nak datang . Kami takde lha pergi banyak sangat rumah, kami pergi 3 je . Al maklum lha itu je yang mampu, walaupun sebenarnya banyak lagi rumah yang boleh pergi kalau nak . Kami pergi dengan pelbagai jenis kenderaan . Ada yang naik kereta, motor dan yang paling awesome mesti lha naik bas . Aku dah confirm confirm naik bas, al maklum lha aku takde lesen lagi . Jangan nak kata lesen kereta, lesen motor pun takde lagi . Tapi naik bas best apa, bila lagi nak merasa naik bas kalau bukan time time sekarang nie kan . Nanti bila dah besar, mesti semua nya naik motor takpun kereta sendiri . Takde masa dah nak rasa keseronokan naik bas ramai ramai dengan kawan kawan sekelas .
Banyak jugak hal yang terjadi time naik bas nie sebab tu lha aku kata naik bas nie seronok . hoho . Punya lama tunggu bas . Bas tu tak tau ke yang perjalanan kami masih jauh . Pagi ke petang jugak lha beraya tu . Lama sungguh aihh, sakan betul beraya . haha . Kami naik bas berlapan pada mulanya dari Besout ke Sungkai tapi bila nak ke Bidor, tinggal tujuh orang je . Tapi yang sorang tu bukan hilang ye, cuma dia tukar naik motor pulak sebab ada sorang tu kosong . Lagipun tu kakak dia, tu yang dia naik motor pulak tu .
Kami sampai ke Sungkai tu awal sebab tak jauh mana pun tapi jauh lha jugak kalau berjalan kaki . Dekat sejam jugak rasanya meronda pekan Sungkai tu walaupun takde apa sangat . Lagipun awal pagi kot, kedai apa je nak bukak . Tapi nasib baik kedai novel bukak, jadi aku dengan Ayu dan Opie pergi lha ke kedai novel tu dulu . Kami memang nak pergi situ pun sebenarnya, ingatkan tak bukak rupanya bukak je . Uncle tu macam tau tau je kiteorang nak datang, tu yang dia bukak tu . hahaha .
Rumah pertama kiteorang pergi rumah Teacher Fidah iaitu cikgu BI kiteorang . Dah nama pun teacher mesti lha ajar BI kan . haha . Rumah teacher tu kat Sungkai je, sebab tu lha rumah teacher tu menjadi destinasi pertama kami . heh ~ Nak ke rumah teacher tu bukan dekat ye sebab nak kena masuk ke dalam kawasan kampung . Walaupun teacher tu kata dekat je, tapi sebenarnya jauh jugak tu kalau berjalan . Nasib baik kakak dengan adik teacher tu baik hati tolong ambil kiteorang kat stesen Sungkai tu . Kalau berjalan, sejam pun belum tentu sampai lagi ke rumah teacher tu . Kat rumah teacher tu, takde lha banyak sangat makanan . Ada mee kari dengan bihun sup dengan kuih kuih raya je . Tapi kenyang jugak lha sebab semuanya aku makan . Padahal baru pergi rumah pertama tu . huh ~
Rumah kedua pulak rumah Cikgu Mahrusah . Cikgu tu cikgu sains aku dulu time form 3 . Walaupun cikgu tu dah pindah mengajar kat Bidor, tapi cikgu tu tetap ingat kat para pelajar dia lagi . Kat rumah cikgu tu special sikit sebab makan piza . Piza tu cikgu tu tempah je sebab dah tak sempat dia nak buat . Tahun lepas dia buat piza sendiri tau . Kawan kawan aku yang pergi rumah cikgu tu tahun lepas dah dapat lha merasa piza buatan cikgu tu, aku je belum pernah merasa lagi sebab tahun lepas aku tak join . Al maklum lha pergi time raya, dah cofirm aku balik kampung . Tapi sebenarnya takde lha piza semata mata, ada jugak makanan lain seperti kek lapis sarawak, bihun sup dan kuih kuih raya . Haa, korang jangan tak tau pulak yang aku dengan kawan kawan aku yang naik bas tu berjalan daripada perhentian bas ke rumah cikgu Mahrusah tu . Memang awesome lha kan . Lagipun takde lha jauh sangat perhentian tu dengan rumah cikgu, kira nya kiteorang nie sambil beraya tu bersenam sekali lha kan . hahaha
Rumah ketiga iaitu rumah terakhir kiteorang pergi ialah rumah Cikgu Idris . Cikgu tu cikgu sejarah kiteorang time form 3 dulu . Sebab tu lha kiteorang boleh pergi rumah cikgu tu sebab cikgu tu kenal kiteorang . hoho . Disebabkan diorang yang lain tu ada kenderaan sendiri, dan kiteorang yang naik bas nie takde, cikgu Mahrusah dengan berbesar hatinya menumpangkan kiteorang ke rumah cikgu Idris memandangkan mereka tu duduk dalam kawasan perumahan yang sama . Jenoh kalau berjalan ke rumah cikgu Idris tu sebab jauh jugak perjalanannya tu . huh ~ Kat rumah cikgu Idris tu, ramai dah yang kekenyangan . Ada yang makan, ada yang jamah sikit, dan ada yang minum air je . Banyak jugak makanan yang cikgu tu sediakan, ada laksa, nasi impit, rendang . Senang cerita kat rumah cikgu tu memang macam time raya betul . Macam macam ada . Aku makan lha jugak sebab lapar, al maklum lha perjalanan jauh kan . haha . Kiteorang semua solat zuhur kat rumah cikgu tu sebab dah masuk waktu kan . Karang kalau tak solat kat situ, nak solat kat mana pulak kan . huh ~
Sebelum balik ke Besout, kiteorang semua pergi singgah pekan Bidor kejap . Macam biasa lha membeli belah, tapi aku tak beli apa pun sebab aku dah beli 2 novel time kat Sungkai . Lama jugak tunggu bas nak balik ke Sungkai . Perasaan risau pun dah melanda diri, sebab dekat pukul 5 dah time tu . Ye lha, karang takde bas masuk Besout tak ke naya . huh ~ Time kat Sungkai tu, kiteorang jumpa orang yang tak berapa nak betul, seram jugak lha sebab takut apa apa jadi kat kiteorang kan . Kiteorang tumpang lha kat kedai seorang makcik tu, dan makcik tu bagitau yang orang tu takde apa pun . Dia oke je . Oke tak oke, kiteorang tetap tunggu kat kedai makcik tu sampai bas datang . huh ~
Kiteorang sampai Besout dalam pukul 6 macam tu lha . Tapi kan time dalam bas nak balik Besout tu, serious kelakar giler . Time kat Sungkai tu kan kiteorang ada beli makanan sebab biasa lha lapar kan . Ada membe aku tu dia beli mee rasanya, dan makan lha time dalam bas . Faham faham je lha kalau dalam bas situasi dia macam mana kan, rasa macam naik roller coaster gitu . HAHA
Tapi takpa lha, kiteorang pun dah selamat sampai . Alhamdulillah . 
Hm, sampai sini ja lha kot aku taip, sakit dah jari nie haa . Mengantuk pula tu . Oke, bye ~






terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Wednesday, August 14

Raya vs Trial

Bismillahirrahmanirrahim ..

Assalammualaikum dan hai blogger ! 
Bosan betul lha dok kat rumah nie, tak tau nak buat apa dah . Asyik buat benda sama je setiap hari, boring giler kot . hmm . Disebabkan aku bosan, aku pun rajin lha mengupdate blog nie haa :) 

Sekarang mood raya ke mood trial ye ? 
Hmm, bagi aku dua dua mood tu bukan . Mood aku sekarang, makan tidur tengok tv online dan macam macam lagi benda yang tak berapa nak berfaedah lha . Ishh . Gaya aku macam orang takde exam besar je tahun nie kan ? haha . Oke, aku tau lama dah . Aku pun tak tau lha kenapa, tapi aku memang malas nak study sekarang nie walaupun SPM tinggal tak sampai 3 bulan pun lagi . Teruk kan ? haha .
Lepas raya nie, ada trial pulak . Semua pelajar yang mengambil spm tahun nie bakal menghadapi trial tu pada masa orang lain masih tengah syok syok berhari raya . Apa kes nie weyh ? Haishh . Haa, trial aku lagi 2 minggu macam tu lha iaitu pada 30 Ogos 2013 . Korang bila pulak weyh ? Ada yang aku dengar cerita lepas raya terus start, ada yang macam aku jugak lagi 2 minggu . Apa apa pun BEST LUCK ! 
Budak budak pmr pun trial jugak kan . Tapi apasal ada yang dah ada yang belum . Adik aku dah trial dah, tapi adik cousin aku belum lagi . Apa apa pun, kepada yang bakal ambil trial tu best luck ye dan kepada yang dah trial tu best jugak, semoga dapat result gempak ! 

Oke, aku malas nak update panjang panjang pasal trial nie sebab ia buat otak aku serabut dan ada macam macam perasaan yang timbul dalam kepala nie haa . Masuk sekolah nanti baru aku fikir pasal benda nie dan study dengan bersungguh sungguhnya . In shaa Allah . Doakan lha ye ! 



terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Tuesday, August 13

Mari Belajar Bahasa Jepun

Bismillahirrahmanirrahim ..

Assalammualaikum dan hai blogger !
Bosan di hari raya ke 6 ? Ingin mempelajari sesuatu ? Ingin mengisi masa lapang yang terluang gara gara takde nak buat apa masa raya ke 6 nie ? Jom belajar perkataan jepun bersama Aina hari . haha 

Hari nie aku jadi sensei Aina . Untuk hari nie korang boleh lha panggil aku sensei ye . haha . Sebenarnya aku nak buat entri pasal nie lama dah, tapi takde masa lha . Sekarang nie aku tengah ada masa, so aku buat lha entri nie . huhu . Aku nie takde lha belajar bahasa jepun ke apa kat sekolah . Pergi ke jepun pun jauh sekali . Pergi kelas tusyen bahasa jepun lagi lha tak . Aku hanya belajar perkataan jepun nie daripada internet, anime dan novel . Aku belajar dan paham kan sendiri tau . huh . Aku suka bahasa jepun sebab bunyi dia best . Sebab tu aku suka tengok cerita jepun walaupun tak paham sepatah apa . haha . Kat sini aku bagitau perkataan jepun yang aku tau je lha ye, yang takde kat sini tu makna nya aku belum belajar lagi . hehe . Aku tak tau lha perkataan perkataan yang aku nak kongsikan nie perkataan asas ke, sederhana ke, susah ke tapi yang pasti tu semua perkataan jepun . haha .

Jom mulakan !

Untuk ganti nama .

Watashi - saya
Ana ta - awak

Untuk ucapan selamat

Ohayo gozaimasu/Ohayo - selamat pagi
Konnichiwa - selamat tengah hari
konbanwa - selamat petang
Oyasuminasai - selamat petang
sayonara - selamat tinggal
Omedetou gozaimasu - tahniah
Itakadimatsu - selamat makan

Untuk ayat

Dozo - silakan
Dozo ohairi kudasai - jemput masuk
Dozo okake kudasai - jemput duduk
Arigato - terima kasih
Doitashima shite - sama sama
Gomennasai - minta maaf

Perkataan perkataan lain

Kerei - cantik
Keitai - handphone
Jisho - kamus
Hong - buku
Peng - pen
Nanda - apa

Tadi aku kata perkataan sensei kan, korang tau tak apa tu sensei ? Haa, sensei tu sebenarnya guru/cikgu . Jadi kalau korang dah malas nak panggil cikgu korang tu cikgu, korang try lha pulak panggil sensei . hahah . Nie ada beberapa ayat yang boleh digunakan dalam percakapan seharian kita atau korang nak sembang dengan membe korang ke kan, sekali sekala tukar bahasa jepun apa salahnya kan . haha

Hajimemashite - gembira berjumpa awak
Watashiwa Aina desu - nama saya Aina
Ohisahiburi desu ne - lama tak jumpa  
Ogenki desu ka - apa khabar ? 
watashiwa genki desu - ye, aku sihat
Itte kimasu - saya pergi dulu
Dozo yoroshiku - seronok dapat jumpa awak

Haa, sebelum terlupa ada benda nak bagitau nie . Di jepun, kalau depa panggil nama seseorang mesti ada perkataan kun dan chan kat belakang nama depa . Kun tu untuk lelaki, manakala chan tu untuk perempuan . Nie aku tau daripada anime, tapi tak pasti lah betui ke tak kan . Kalau nak tau sahih ke tak, pi lha tanya cikgu bahasa jepun . huh ~

Oke lha, tu je kot sedikit ilmu yang dapat dikongsi daripada sensei Aina . haha . Kalau ada yang lain nanti aku update . Belajar bahasa jepun sekarang apa salahnya kan, mana lha tau kot kot nanti dapat pi jepun ke kan . Teringin jugak aku nak pi jepun . huhu . Lagipun tak salah sebenarnya kalau kita nak belajar banyak bahasa pun . Walaupun kita belajar benda baru, bahasa baru dan ayat yang baru, tak semestinya yang lama tu kita lupa, kan ? :) 


# Kalau ada perkataan atau ayat bahasa jepun yang tak betul tu, tolong maklum kan ye . Al maklum lha, aku bukan copy sebijik sebijik daripada internet . Nie aku ada ambik kat anime dan novel jugak . Harap maaf lha ye kalau ada yang salah tu . Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA ! Maaf Zahir dan Batin :)



terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Sunday, August 11

Selamat Hari Raya

Bismillahirrahmanirrahim ..

Assalammualaikum dan hai blogger ! 
Hari nie hari ahad, 11 ogos dan bersamaan dengan 4 syawal . Sedar tak sedar dah 4 hari dah kita berhari raya rupanya kan . Rasa macam baru je raya semalam :3 Oke, abaikan ~ 

Raya tahun nie macam tak berapa nak meriah lha, rasa bosan pun ada . Tak tau lha kenapa . Tahun lepas meriah lha jugak, tapi tahun nie macam ada sesuatu yang takde dan aku tak pasti apa yang takde tu, hmm . Haa, kat bawah nie ada beberapa soalan yang memang familiar dengan raya setiap tahun dan tu jawapan aku . Jawapan korang, korang pepandai lha letak kat mana mana ye . huu ~

Macam mana dengan raya tahun nie ?
Oke oke je .

Best tak raya tahun nie ?
Tak .

Banyak dapat duit raya tak ?
Tak tapi boleh lha .

See, aku nak update pun macam malas je sebenarnya . Ye lha, takde benda yang menarik, nak update pun tak berapa nak semangat . Aku mungkin tak semanagat sebab tahun nie aku ada exam besar kot, SPM . Mungkin ~ Dah lha lepas raya nie ada trial pulak . SEMINGGU lepas raya ye, bukan sebulan lepas raya . Tapi satu apa pun tak study lagi , hmm . By the way, aku ada reka pantun . Tak percaya tanya cousin aku, dia ada time aku reka pantun tu . Sampai naik rimas dia dengar aku bebel pasal pantun tu . haha . Sebenarnya aku nak letak pantun tu untuk caption kat facebook, tapi tak muat pulak dah . Maka dengan itu, aku letak kat blog je lha sebab kat sini je yang muat . 
Nah pantun untuk korang ~

Bakal berlabuh tirai ramadhan,
Lambaian syawal kian dinanti,
Selamat hari raya aku ucapkan,
Salah dan silap harap dimaafi .

1 syawal kini menyapa,
Semua orang berasa gembira,
Sanak saudara kumpul bersama,
Untuk menyambut tibanya hari raya .

Salam aidilfitri sebagai ucapan,
Tanda berakhirnya tirai ramadhan,
Ampun dan maaf amat diharapkan,
Andai ada khilaf sepanjang perkenalan .

Hendakku kirim sebuah kad ucapan,
Tapi sayangnya sudah terlambat,
Ucapan kat internet sebagai harapan,
Al maklum la ini yang paling cepat .

Pulut lemang tak cukup santan,
Tak boleh dihidang sebagai juadah,
Jangan malu ataupun segan,
Raya ini jemput la datang ke rumah .

Pantun direka menyerabutkan kepala,
Buat membe yang pelbagai gaya,
Nasib baik aku tak gila,
Jadi korang hargai la ya .


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN 



terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Sunday, July 28

Aku lebih rela pengsan


Assalammualaikum dan hai blogger ! 

Aku rasa agak lama aku tak update blog nie . Bukan takde masa, cuma kurang rajin je . haha . 
Oke, sebenarnya aku nak cerita apa yang terjadi kat aku 3 hari yang lepas iaitu time nuzul Quran hari tu . 
Pagi tu aku macam biasa lha, tido . Al maklum lha takde mende nak buat kan . Asal cuti je, aku tido takpun tengok tv takpun baca novel . Tu je lha kerja tetap aku time siang tambah tambah bulan puasa nie kan . hoho . Partime aku belum pikir lha pulak, mungkin akan datang . haha .  
Haa, petang tu pun aku oke je, tapi bila masuk malam tu aku rasa macam nak menjerit tapi tak pulak keluar suara . Erk ! Sakit giler kot perut, dah kenapa pun tak tau lha . huh ~ Tok dan tokwan aku yang tengah solat terawih tu pun terganggu kejap lha solatnya . Tapi tok aku datang jenguk dan tanya kenapa aku time lepas solat terawih lha . Jenoh woo tahan sakit . Aku rasa aku lebih rela pengsan macam selalu, daripada tahan sakit . Sebabnya kalau aku pengsan macam selalu tu, aku akan bangun daripada pengsan tu dan aku akan tido pulak lepas tu dengan senangnya . Tapi kalau aku tak pengsan dan aku terpaksa tahan sakit, memang perit weyh . Tak boleh tido aku . Nak menjerit pun suara macam nak tak nak je keluar . Selamat time kat rumah terjadi, kalau kat sekolah tak ke naya aku . haishh . Hmm, tapi meraung jugak lha aku sebab tahan sakit punya pasal . Nak bangun pi ambik minyak pun tak boleh dah aihh .  Rasa macam semua urat perut kena tarik woo, huh ~ 
Nak dijadikan cerita, lepas tok aku datang tanya aku kenapa tu, aku cakap lha aku sakit perut . Tok aku tanya dah taruk ubat ke, aku tak boleh nak jawab dah aihh . Aku senyap je, dan tetiba tok aku yang hulur minyak . Minyak merah pulak tu, orang kata minyak tu pedih weyh tapi kulit aku kebal rupanya sebab aku tak rasa apa apa pun . Pelik sungguh aku ~ Haa, tok aku suruh aku bertungku, tapi bukan tungku yang orang lepas bersalin tu ye . Nie tungku yang, alaa yang ada jual kat kedai kedai sekarang nie tu . Tungku elektrik tu haa . Tapi tak panas sangat pun tungku tu, so tak rasa apa pun . 
Sampai hari nie sakit lagi kot . Tapi paling best bila urat kena tarik tu lha, rasanya perghhhhh memang lagi awesome lha kan . Rasa nak terberanak pun ada . haha . Memang giler lha . huh ~ Oke lha, tu je kot nak cerita,dah mengantuk . Al maklum lha bulan bulan puasa nie, aku tetiba jadi tido awal pulak kan . hoho, okeng adios ~



terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Friday, July 19

Aku bukan perampas !

Assalammualaikum dan hai blogger ! 

Haa, korang tau tak hari nie dah hari ke berapa puasa ? Yang tau tu, bagus bagus . Yang tak tau tu pulak, haa tak puasa ekk ?! Ishh ishh . Hmm, pejam celik pejam celik dah 10 hari umat Islam menyambut bulan Ramadhan . Rasa kejap giler kan waktu berlalu . Rasa macam baru kelmarin je mula puasa, tau tau je hari nie dah hari ke 10 . huh ~
Oke, bukan tu yang aku nak cerita . Ada yang lebih gempak sebenarnya !

Perampas ?
Apa yang korang tau pasal perampas ? Apa yang terlintas kat fikiran korang bila dengar perkataan tu ?
Hmm, bagi yang couple tu mesti akan terlintas pasal pakwe/makwe korang kena rampas dengan orang lain kan . Bagi yang single tu pulak, mesti akan terfikir pasal barang barang berharga korang yang dirampas sesuka hati oleh orang kan, hurr sakit hati ! huh ~ 
Tapi apasal tajuk aku macam tu ekk ? Mesti korang tertanya aku rampas apa ye ? Siapa yang aku rampas ?
Ops ! kejap kejap, relaks dulu . Jangan salah sangka . Tu hanya tajuk je . Aku bukan perampas lha . Takde masa lha nak rampas rampas nie . Tak pernah terlintas pun kat fikiran aku nak rampas barang orang, apatah lagi kalau  pakwe orang . Tak kuasa aku . huh ~
Sebenarnya perampas tu hanya watak yang aku lakonkan pagi tadi kat sekolah . Cikgu tu sesaja nak suruh kiteorang buat persembahan tak kisah lha pasal apa pun . Persembahan tu mengikut kumpulan yang cikgu dah bagi time awal tahun dulu, iaitu kumpulan study group dalam kelas cikgu tu. Aku kumpulan Umar Al Khattab . Jyeah ! Semua ada 4 kumpulan, dan semua nama nama bagi kumpulan ialah nama khalifah ar-rasyidin iaitu nama sahabat sahabat Nabi Muhammad SAW . Cikgu suruh kiteorang buat persembahan tu sebab bosan kot kalau hari hari belajar je kan . Sekali sekala rehatkan minda tengok "wayang" apa salahnya kan . haha . Tak sedar diri nak spm betui lha, ishh . Tapi tu bukan perwatakan sebenar aku ekk . Jangan salah sangka pulak, tercemar reputasi aku nanti . huh ~ Budak group aku lha pepandai je suruh aku jadi watak tu . Aku nie couple pun tak, apatah lagi nak merampas rampas nie . haishh 
Tajuk cerita yang group aku persembahkan tu, 'Dia segalanya', kata depa lha . Aku pun tak ambik tau sangat tajuk tu . Macam tak penting je kan . haha . Cerita nye berkisarkan tentang seorang perempuan yang kuat study, susah nak couple tetapi akhirnya tewas dengan kata kata manis seorang lelaki kasanova . Sepanjang "perkenalan" depa, si perempuan tu dah jarang nak study group, asyik termenung, ada aje alasan untuk tak hadir dalam study group depa . Kawan kawan perempuan tu rasa macam ada yang tak kena, tapi tak berani nak bersuara . Sebulan selepas itu, si perempuan tu hadir dalam study group dalam keadaan sedih dan macam kecewa, kawan kawan dia bertanyakan kepada dia kenapa dia jadi macam tu . Si perempuan tu tak cakap apa apa, tapi tetiba depa ternampak si lelaki tu tengah berjalan bersama sama dengan kawan baik si perempuan tu yang juga merupakan salah seorang budak study group dia . Patut lha depa rasa pelik dengan kawan baik si perempuan tu yang suka nak balik cepat bila buat study group . Rupanya, dia tikam belakang si perempuan tu, dan merampas kekasih perempuan tu . Pelbagai nasihat yang dikatakan oleh kawan kawan study group yang lain kepada perempuan tu pasal bercinta dan berkawan . Kesian perempuan tu, tetapi itu tak menjadi halangan untuk si perempuan tu kerana terus bersemangat hidup kerana dia tau dia masih mempunyai Allah yang esa dan kawan kawan baik yang lain . The end ~
Teruk jugak aku kena bahan sebab lakon watak tu . Ishh ishh . Depa kata, aku jahat sebab rampas pakwe orang . Haduyai, tak sangka lakonan aku terkesan kat depa . hahah . Haa, nampak je macam lama, tapi cikgu bagi masa 5 minit je untuk persembahan tu . Biasa lha tu kan, untuk menghasilkan sesebuah cerita yang bagus, ia mesti mempunyai jalan cerita yang baik kan . Haa, tu yang menampakkan cerita tu macam lama walhal sekejap giler kot masanya . huh ~ Semua group tak nak kalah kot sebab semua pakat masukkan hadis dalam persembahan tu . Semat ! 
Tapi apa yang pasti Aku Bukan Perampas ekk, tu hanya lakonan semata mata . huh ~

Oke lha, tu je kot yang aku nak cerita . Rasa rugi pulak tak rakam persembahan tu . Kalau tak, boleh aku upload kat blog nie dan korang boleh tengok dan menilai persembahan tu . hmm 
I'm gonna miss that moment !



terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Saturday, July 13

Aku ingin .....


Assalammualaikum dan hai blogger !

Di malam yang dingin nie, walaupun tak hujan tetap terasa dingin . huh . Aku terasa nak menconteng sesuatu kat blog nie . Mungkin macam sedih walaupun hakikatnya takde lha sedih mana pun . Ini semua poyo ! 

Aku ingin .....
Apa yang aku inginkan ? 
hmm

Sebenarnya, aku nak sangat ada membe yang betui betui paham aku . Betui betui paham aku walaupun aku kurang paham depa . Yang tau aku ada masalah walaupun aku tak bagitau . Yang ada dengan aku dikala susah dan senang . Yang tahan dengan perangai aku da macam macam lagi lha . Aku tak mintak ramai lha, seorang pun dah cukup . Walaupun hidup aku sekarang nie penuh dengan kengkawan, aku rasa jiwa aku kosong . Mungkin depa ada mewarnai hidup aku, tapi adakalanya depa macam cipsmore . Kejap ada, kejap takde . 
Aku selalu baca novel . Dan aku paling suka baca novel part yang banyak pasal persahabatan walaupun hakikatnya tu novel cinta . Aku rasa persahabatan yang terbina dalam novel novel yang aku baca tu tersangatlah awesome . Aku teringin nak ada membe macam tu . Aku selalu terbayang yang alangkah bestnya kalau aku hidup dalam novel novel tu . Aku dapat merasai persahabatan depa tu . Dan aku juga selalu tertanya tanya, masih ada lagikah persabahatan sebegitu dalam era globalisasi sekarang nie ? Kalau betul pun persahabatan sebegitu masih wujud, mungkin dalam kelompok yang sangat kecil . Kalau mengikut nisbah, mungkin 1/10 .  Sebabnya sekarang nie aku jarang lha nak jumpa orang yang berkawan dalam tempoh yang lama tanpa terputus hubungan . Paling tidak pun mesti depa terputus mungkin setahun dua macam tu . Al maklum lha, masing masing dah bawak haluan sendiri kan . hmm

Kepada yang pernah jadi membe aku, sedang jadi membe aku, ataupun bakal jadi membe aku, aku sayang korang walaupun aku tak pernah bagitau atau tunjuk . Al maklum lha, aku kan bukan jenis yang suka ungkapkan perasaan . Ramai dah kata aku nie takde perasaan lha, hati batu lha, kayu lha dan bla bla bla, aku tak kisah sebab dah memang stail aku macam tu, nak buat acamno lagi kan . huh ~

Sampai sini je kot aku nak menconteng malam nie . Malas taip panjang panjang . Dah mengantuk kot, tido dulu lha ye . Adios amigos ! 


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Wednesday, July 10

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan

Assalammualaikum dan hai blogger !

Hari nie 10 Julai 2013 iaitu bersamaan 1 Ramadhan 1434H . 
Alhamdulillah, selesai sudah kita menjalani ibadah puasa pada hari pertama ramdhan nie .  Semoga ibadah kita diterima oleh Allah SWT . amin ~ Biarpun berbuka dan bersahur dengan kadar yang sederhana, alhamdulillah . Itu semua sudah mencukupi . Tapi alhamdulillah, aku berjaya bangun untuk bersahur hari nie . tak sangka ! Selalu nya aku lha yang paling liat nak bangun . huh ~ 
Hm, malam nie merupakan malam kedua tarawih . Amacam korang ? Pergi tarawih tak ? Kalau yang pergi tu alhamdulillah, lagi bagus sebab korang dapat beramal ibadat dengan ramai orang, tapi kalau yang tak pergi tu pulak takpe jangan sedih, aku pun tak pergi jugak . Al maklum lha, aku nie takde kenderaan nak pergi . Kalau ada pun, kot tok dengan tokwan aku nak benarkan pergi malam malam nie . Takde makne nye . Nak keluar rumah time hari hari biasa pun payah, nie kan pulak nak keluar hari sepanjang bulan puasa nie . Memang tak lha weyh . huh ~
Haa, dah selesai dah sehari kita berpuasa . Ada lebih kurang 29 hari je lagi untuk kita menyempurnakan rukun Islam yang ketiga tu . Bukan lama mana pun kan, pejam celik pejam celik, dah sebulan kita berpuasa . Lepas tu raya, lepas tu trial . OMG ! tapi trial nie untuk calon calon SPM macam aku nie je tau, yang tak berkenaan tu 'sila abaikan ayat nie' ! Aku sebenarnya macam tak percaya jugak hari nie dah mula puasa . Macam cepatnya masa berlalu, tetiba je dah puasa .  Wow gitu ~ 
Tapi sebenarnya kita sebagai umat Islam, memang wajib mengalu-alukan kedatangan bulan Ramadhan nie sebab bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang penuh barakah, iaitu pahala dan ganjaran kebaikan sehingga tidak boleh dibandingkan kelebihannya dan keistimewaannya daripada bulan bulan yang lain kerana ia lebih baik daripada seribu bulan .
Secara umumnya, Islam tidak mensyariatkan sesuatu melainkan ia mengandungi hikmah . Dalam ibadah puasa terdapat sejumlah hikmah yang perlu dicari dan difahami . Ketahuilah bahawa berpuasa menjadi tazkiyatun nafs (pembersih jiwa) apabila kita mematuhi perintah Allah SWT, dan menjauhi segala laranganNya serta melatih diri untuk menyempurnakan ibadah kepada Allah SWT semata . Di samping itu, berpuasa membolehkan badan kita sihat, selain dapat mengangkat aspek kejiwaan dalam diri kita . Puasa merupakan pembinaan atau tarbiyah bagi kehendak nafsu, jihad bagi jiwa dan pembentukkan bagi kesabaran . Lebih besar lagi, hikmah berpuasa dapat mengangkat darjat taqwa seseorang. Firman Allah s.w.t dalam sebuah hadith Qudsi, " Sekiranya hamba-Ku mengetahui apa yang tersembunyi dalam bulan Ramadhan, pastilah mereka mengharapkan setahun penuh itu adalah bulan Ramadhan." 

Akhir kata, semoga ramadhan tahun nie lebih bermakna dan lebih baik daripada ramadhan sebelumnya . In shaa Allah, amin ~  
Ayuh kita bersama sama tambahkan amal ibadat !

Ehh, sebelum tu . Jom kita niat puasa dulu, kot kot terlupa pulak nanti dah tak sah puasa . hukhuk ==" 




terima kasih kerana anda sudi baca post ini

Monday, July 8

Ouhh Novel


Assalammualaikum dan hai blogger !

Hari nie aku tetiba rajin nak update blog . Jangan hairan lha ye . 
Kenapa aku buat tajuk macam tu ekk ? Apa masalah dengan novel ? Apa salah novel ?
Sebenarnya, kalau korang nak tau aku baru beli novel baru . Aku sanggup simpan duit semata mata nak beli novel . Mesti ada yang kata membazir je beli, baik pinjam je kat orang, kan . Bagi orang lain mungkin beli novel tu macam membazir, tapi bagi aku kalau dapat beli sebuah novel tu, aku rasa puas . Sebab novel tu akan jadi hak milik kita . Kita boleh baca ulang kali, tak kira bila masa pun . Kalau kita pinjam, mesti ada had masa nye kan ? Macam tak best lha macam tu . 
Tapi yang merunsingkan aku sekarang nie adalah makin dekat aku dengan spm, makin kuat aku nak baca novel . Ouhhmyy ~ macam mana nie ? Novel tu macam dah tak boleh nak pisah dengan aku, ia dah sebati dengan aku . Choi, ayat tak nak kalah ~ Macam sekarang nie, banyak novel orang aku pinjam . Tapi tak tau nak baca bila . Semua aku nak baca, sampai tak terbaca . Erk ! Dengan novel yang baru aku beli nye lagi, huh serabut aku aihh . Entah apa apa je aku, baca novel pun serabut . Tok aku dah bising dah sebenarnya . Sebab aku dok mengadap mende tu je . Tak tau nak exam kan tahun nie . Tok aku kata, lepas spm kalau nak mengadap mende tu hari hari pun tak apa aihh . huh, awesome ! :3
Tapi sebenarnya aku nie kalau baca novel ikut mood jugak tau . Kalau time tu memang mood novel dah datang, aku boleh mengadap 2,3 buah novel dalam masa kurang seminggu je . Tak kira lha novel tu tebal ke nipis . Tapi kalau time tu memang takde mood nak baca, novel novel tu elok je tersusun kat meja aku nie haa . Pandang pun, pandang pandang macam tu je, takde rasa nak baca pun . 
Buat masa sekarang nie aku dah ada 13 novel yang aku beli sendiri . Beli je lha yang mampu, takde orang nak hadiahkan aku novel nak buat acamno kan . Ehh kejap, rasa nya abang aku ada belikan aku novel tapi tak best langsung kot . Takde citarasa betui lha abang aku tu . Haishh . Setakat nie, semua novel aku novel novel yang bestseller dan best best tau . Abang aku buat spoil je dalam koleksi aku . huh ~
In shaa Allah., akan datang bertambah lagi novel aku . Cuma kena kumpul duit lagi lha aku makna nye nie . hukhuk

# Banyak betui tapi dalam ayat aku nie . haishh ==" 



terima kasih kerana anda sudi baca post ini