Tuesday, January 24

Dua hari yang memenatkan

Assalammualaikum dan hai blogger ! 

Korang nak tau hari apa ? hari nie dan semalam lha . Sabtu dan Ahad . arghh, giler ar .

Hari Sabtu : Pagi ada sukantara, tapi tak pergi pun sebab ada latihan tenis kat Trolak Country Resort a.k.a TCR . mesti best sukantara tu kan, tapi sebenarnye tenis lagi best walaupun agak memenatkan . Nak dipendekkan cerite, memang letih lha hari tu . Da lha balik tenis pukul 12 lebih macam tu lha, huh ~ penat giler . HOT ! pukul 2 tu pulak, mmbe aku Ecah dan Ikah ajak pergi Tanjung Malim a.k.a TM . Dah orang ajak, pergi je lha .  kalau tak aku nak pergi KL, tp tak jadi pulak tunda hari esok, sebab tu lha aku ikut pergi TM .huhu . Mula mula pergi kedai buku, lepas tu apa lagi, jalan sana sini lha . Dah letih berjalan, kiteorang singgah makan kat PIZZA HUT . huh, memang best ! lagi pun bukan senang nak keluar dengan membe membe je, sebab tu rasa agak bebas sikit . tapi memang letih betul berjalan kat TM tu, lenguh kaki . haishh, tu lha nak ikut lagi... Aina ouhh Aina ~ 

Hari Ahad : Pagi pagi lagi tok aku dah kejut aku tapi tak lha pagi sangat pun . Dah pukul 6.30 dah pun . huhu . Tok aku kejut, sebab suruh aku solat . Lepas solat tu, ingat nak tido balik tapi tak boleh nak tido pulak . takpe lha aku bangun je lha . Dalam pukul 8 lebih tu, baru aku pergi mandi tapi sebenarnye, tok aku dah suruh aku mandi awal lagi dah sebab pukul 9 tu nak bertolak pergi KL . Alaa, pergi kenduri je kat UM . tapi aku je yag malas mandi awal awal sejuk kot haha. Lepas aku dah siap, tunggu lha depan rumah . Cakap pukul 9, tapi pukul 9.30 macam tu baru bertolak . Erm, biasa lha janji melayu . ish, baik aku mandi lama sikit macam tu . haha .Sebelum pergi kenduri tu, berhenti kejap kat restoran jejantas Sg.buloh tu sebab mak ayah aku ada tunggu kat situ . Ye lha, orang yang bawak kerete tu, bukan tau jalan nak pergi kenduri tu .so, sebab tu lha mak ayah aku tunggu kat situ . Alaa, alang alang je sebab mak ayah aku pun nak pergi situ jugak . hoho

Dipendekkan cerita memang penat lha 2 hari nie . Kalau bagi korang tak penat, cuba korang try letak korang kat tempat aku, try tengok penat tak penat . huh, sabo je lha =="


terima kasih kerana anda sudi baca post ini