Saturday, December 29

Rindu Nak Berblogging Macam Dulu

Assalammualaikum dan hai wahai semua blogger dan pembaca setia blog aku cehh, macam ada je . oke, abaikan~

Berkurun siot tak post something kat blog aku nie . Berhabuk, bersawang dan segala ber lagi lha dah ada kat blog nie . oke, nampak sangat menipu . Last aku update time lepas pmr, sekarang nie sampai aku dah nak melangkah ke alam form 5 baru aku update balik, perghh setahun siot . giler ! Mesti korang rindu aku kan ?! aku tau dah. abaikan~
Sebenarnya aku memang rindu giler nak update macam dulu, nak jadi seorang yang kaki blog yang berjaya macam dulu berjaya sangat tapi nak buat macam mana kan, aku busy lha . tambah tambah nak masuk form 5 nie makin busy lha aku . Orang kata time form 4 nie time honeymoon, please lha jangan percaya semua semua tu . karut semata semata . huh ~ Kalau korang nak tau, time form 4 nie lha time korang busy, dah macam form 5 dah . ye lha, korang kena konker semua subjek . Mau pecah otak, tambah tambah kalau korang kelas sains macam aku nie lagi parah beb . Walaupun aku bukan sains tulen, korang ingat sains teknikal nie senang ke ?! sama je susah nya .
Weyh serious weyh aku rindu nak berblog lagi . Nasib baik aku tak lupa email dengan password blog aku nie, kalau tak memang aku buat blog baru lha alamatnya nie . haha . dah berapa banyak dah blog aku, tapi kira yang nie yang last arr, in shaa Allah . haha

Mulai sekarang nie, in shaa Allah aku akan kembali menjadi seorang blogger . korang doa doa lha aku selalu post something kat dalam blog nie ye . haha cewahhh tapi kalau aku takde post apa apa tu mean aku busy lha tu ye . huhu ~ korang kena paham budak yang nak masuk form 5 nie, busy memanjang . kena push sana, push sini . al maklum lha spm lha katakan .
Oke lha, rasanya setakat nie dulu . Nanti kalau ada yang latest update korang jangan lupa usha usha blog aku . Mana lha tau kot kot aku bagi isu semasa ke, info info yang bernas ke, kan berguna kat korang . Rugi kalau korang tak tengok nanti . huhu ~



terima kasih kerana anda sudi baca post ini