Saturday, January 5

Selamat ke Tak Selamat xp

Test test, test test ! huhu

Assalammualaikum ya akhi ya uhti . wahh, speaking arab pulak . huh ~
Haa, korang apa khabar ? Sihat ke ? Harap harap sihat lha ye . Bagi yang sihat tu, alhamdulillah dan yang tak sihat tu pulak, elok lha pergi makan ubat . Karang jadi apa apa susah pulak kan .
Haa, sebelum terlupa aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013 (walaupun dah 4 hari berlalu) . Maaf lha ye, terlupa nak ucap time malam tahun baru hari tu . Al maklum lha dok busy ber"facebook" dan ber"twitter" je .  haha . Erm, aku taknak lha tanya azam korang, sebab aku pun bukan ada azam tahun nie . Azam tahun tahun lepas pun tak tertunai lagi, takkan nak buat azam lagi . Mesti akan ada yang nak kata, "ehh suka hati lha nak ada azam ke tak, azam tu hak masing masing lha ", "Hak ada Azam, Hak Kami" . ya ya ya, apa apa je lha . Ikut suka korang . Tapi bagi aku macam menyusahkan lha, sebab kalau azam tahun tahun lepas pun tak tertunai lagi, lepas tu ditambah lagi satu azam, tak ke dah jadi bertambah azam tu . Dah tu, bila pulak nak tunaikan azam tu . Erghh, abaikan je lha .

Selamat Kembali ke Sekolah ! yihaaaaa ~
Hoi pelajar pelajar sekolah sekalian, macam mana rasa kembali ke sekolah ? Ada semangat baru tak ? Al maklum lha, semua barangan baru kan . Kasut, beg, pakaian, stokin, tudung dan semua lha benda lha mesti baru kan . Tapi aku takde lha nak baru sangat, beg, kasut dan stokin je yang baru . Bukan apa, aku tak beli baju sebab aku tengah pening nak masuk pengawas ke PRS ?????????!!!! Aku buntu dah nie . Tahun nie dah lha tahun last aku bersekolah, so teringin jugak nak ada markah tambahan . Depa pulak offer kat aku jadi pengawas atau prs, perghh macam orang mengantuk disorongkan bantal lha jadinya . Tapi yang tak boleh blah nya tu, offer dua benda yang berbeza dalam satu masa . Dua dua tu ada kelebihan yang tersendiri . Mau tak pening aku . huh ~ Tapi tengok lha macam mana nanti, mungkin nak kena solat istikarah dulu kot . huhu .
Haa, aku ada cakap tadi kan nie tahun last aku bersekolah, lepas nie takde dah lha muka aku kat sekolah tu . Cikgu cikgu pun dah tak payah nak risau dah sebab dah tak nampak dah nanti muka aku yang suka meronde sekolah nie . hahaha XD . Mesti rindu giler sekolah nanti . Aku rasa macam aku nak buat sesuatu yang gempak lha tahun nie, tahun last dah lha katakan . Senior beb ! Tapi nak buat apa ekk ?! Korang ada idea tak ? share share lha sikit, sharing is caring kan . haha . (tapi macam berani je nak buat gempak tu) . 

Aku rasa sampai sini dulu lha aku update . Lain kali pulak lha ye . Buat budak budak SPM 2013 tu, best luck lha weyh . Buat arr sesuatu yang boleh bagi orang ingat kat kita, walaupun SPM boleh dikatakan agak lambat yang tak berapa nak lambat tu, tapi aku cakap awal awal nie saja je . huhu .

Salam Petang dan Assalammualaikum !
Adios, Bye, Caio .

terima kasih kerana anda sudi baca post ini