Thursday, March 28

selamat bercuti :3

Assalammualaikum dan hai warga blogger sekalian !

Apa khabar korang ? Harap korang sihat sentiasa lha ye  . Kalau korang sakit, siapa yang nak buat lawatan kat blog aku nie . Karang sunyi je aku sebab sorang sorang . huhu ~ Korang tak pelik ke tetiba je aku update blog ? Aku sendiri pun hairan sebenarnya kenapa tetiba petang nie rajin sangat nak mengupdate blog . ish ish . Banyak story nak cerita nie . Takpe takpe, tunggu je post seterusnya . haha
Seperti yang korang ketahui, sekarang nie tengah musim cuti sekolah . Takde lha cuti panjang pun, cuti seminggu je . lagi berapa hari je nak start sekolah balik dah . Sempat lagi kot rasanya nak cakap HAPPY HOLIDAY dan SELAMAT BERCUTI terutamanya kepada pelajar pelajar sekolah . "Ole ole" daripada cikgu cikgu tu jangan lupa siapkan, karang kena marah dengan cikgu, tak tau . haha . cehh, cakap orang, tak sedar diri sendiri tu pun berlambak homework . lol .
Haa, korang pun mesti banyak homework macam aku kan ? tambah tambah lagi form 3 dengan form 5 , al maklum lha nak PMR/SPM tahun nie lha katakan . hoho . Aku nie pun banyak homework tapi aku tak rajin je nak buat . Al maklum lha aku nie kan seorang "copy paster" yang berjaya . ehh, ada ke istilah macam tu ? ==" so, dengan aku benda boleh settle punya lha . Hari pertama bukak sekolah nanti, pinjam lha buku membe .haha . Alaa, korang pun mesti biasa buat macam tu kan . Jangan nak tipu lah kalau yang kata tak pernah tu, mesti pernah punya lha . hoho . Sikap macam nie tak baik pun sebenarnya, sebab kalau kita dok meniru je tapi sepatah haram pun kita tak paham, tak guna kan . Kalau meniru, tapi paham, tu lain cerita lha . Aku sendiri pun tak tau kenapa aku MALAS . Aku dah cuba untuk berubah tapi macam ada benda yang menghalang aku . "Adakah mungkin yang menghalang aku untuk melakukan sesemua tu adalah diri aku sendiri ?!" hmm, aku tiada jawapan untuk soalan tu . haishh .Tapi aku kena berubah sebab sampai bila aku nak jadi macam nie kan, lagi pun dah lha nak spm kot tahun nie . In shaa Allah, aku akan berubah dalam masa terdekat nie . amin ~ Korang pun tolong tolong lha sekali doakan aku ye . Doakan aku berjaya berubah dan berjaya peroleh keputusan cemerlang dalam SPM nanti . amin ~
Sampai sini je kot aku nak cerita, kalau ada story lagi aku update kat blog .

Assalammualaikum !
Adios, Bye, Caio .


terima kasih kerana anda sudi baca post ini