Sunday, March 31

Berakhir sudah


Assalammualaikum dan hai blogger !

Sihat ke tidak ?! Harap harap sihat lha kome ye .
Mengikut daripada tajuk di atas, mesti korang tertanya apa yang berakhir ?!
Sekolah ke dah berakhir ?! Ouh, lambat lagi nak berakhir sekolah nya . So, apa je yang berakhir ?! Kalau korang nak tau apa yang berakhir sangat tu, korang kena lha baca . heheh

Alaa, korang mesti tau punya lha . Hari nie kan hari last cuti sekolah bagi penggal 1 . Kira nya yang berakhir tu, cuti lha kan . hoho . Erm, rasa kejap betul kali cuti nie . haishh . Memang lha kejap kan, seminggu je pun . aduyai Aina . haha .  Rasa tak puas kot . Dah lha berlambak lagi homework aku tak siap, apa lha nasib aku esok . Cuti seminggu nie sepatutnya digunakan sebaik mungkin, ye tak ?! Tapi aku gunakan untuk berfacebook, bertwitter dan berblog lha sangat . Ish, apa nak jadi lha dengan budak sorang nie kan . Tak padan dengan nak SPM tahun nie, sempat menyempat lagi . hoho . Erm, tak kisah lha . Lepas nie aku cuba untuk belajar bersungguh sungguh agar memperoleh keputusan yang cemerlang dalam exam terutamanya SPM .
Oke lha, cuti pun dah berakhir . Esok pun dah start sekolah, so malam nie ramai lha yang berungkus lumus menyiapkan homework yang cikgu bagi tu kan sama lha macam aku, kuikui Siapa yang buat homework last minute tu, kita geng . Sip sikit ?! hahaha

" Selamat kembali ke sekolah kepada para pelajar dan kepada yang dapat PLKN tu, selamat pergi dan kembali ye dan selamat maju jaya semua ehh, tetiba :3 "


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

No comments: