Wednesday, March 19

result SPM vs test JPJ

Assalammualaikum dan hai blogger !

Sungguh lama kita tidak bersua muka, "busy" sungguh aku ya . HAHA . Jejari aku nie dah rindu giler nak menari di atas keyboard nie, maka dengan itu terjadilah entri nie . Huhu . Oke, let stop that nonsense intro . Huh :3
Oke, guess what ? Esok 20 Mac 2014 kot . Huh :3 
Bagi yang ahli keluarga dia atau sedara mara dia, atau jiran tetangga dia yang takde langsung batch 96, mesti depa takkan tau hari apa esok kan ? Oke, nampak sangat tipu tu :3 Arghhhh, tak sangka sungguh cepat waktu berlalu . Terasa macam baru je aku lepas ambik paper terakhir exam hari tu, tetiba esok dah nak keluar RESULT . Ouhmyyy --" Mesti ada yang tertanya tanya result apa kan ? Haishh, sia sia lha aku taip kat tajuk tu kalau ada yang masih tanya . HAHA :3 

Oke, apakah perasaan anda sebagai batch 96 yang akan mengambil result spm esok ?
Takut ? Seram ? Risau ? Gementar ? Gembira ? Tak sabar ? atau Cuak ?

Ehem, ehem, test test 123 . 
Sebagai salah seorang pelajar yang akan mengambil result spm esok, saya berasa amat cuak kerana saya cuak :3 Saya amat 'cuak' nak melihat result saya terutamanya subjek subjek sains saya kerana saya aliran sains . Ouhhmyy --" Apalah nasib paper Fizik dan Kimia aku tu ye ? Huuu, aku tak mintak banyak lulus pun jadi lha . Amin ~
Ehh ehh, kejap . Kalau aliran sains, mesti aku ada ambik Addmath jugak kan ? Double Ouhhmyy --" Apakah nasib yang bakal menimpa paper Addmath aku tu ? Moga selamat dan lulus, itu je yang aku harapkan . Aku tak mintak A++, lulus pun aku dah alhamdulillah sangat . Amin ~ 
Tak dilupakan juga paper paper aku yang lain . paper wajib lulus, Bahasa Melayu dan Sejarah . Semoga mereka lulus dan baik selalu . Amin ~ paper Bahasa Inggeris, Matematik, pendidikan Islam, dan paper subjek kegemaran aku, Lukisan Kejuruteraan . Moga lulus dan cemerlang sentiasa . Amin ~ Ehh, macam tak cukup subjek je . Aku kan ambik 10 subjek, nie baru 9 subjek . Hm, haaa mohon maaf kepada paper Seni Visual kerana terlupa . Segala kelupaan amat dikesali . Mohon paper tu pun lulus dan cemerlang ye . Amin ~

"Ehh ehh Aina, hang berie je menaip . Hang bukan balik ambik pun . Tak dapat nak jumpa dengan hang, dah lha dah lama giler tak jumpa hang . Huh :3 "

Ehh, kan ? Aku bukan balik ambik pun, sebab tu lha aku berie menaip nie . Huh, tak dapat jumpa korang . Sobsob . Nie lha yang aku nak cerita nie, aku bukan sengaja tak nak balik . Tapi apakan daya, aku dah terikat kontrak dengan jpj . Aku tak boleh dah nak tunda, makin aku tunda makin lama lha aku nak dapat lesen . Mana boleh macam tu, orang nak cepat cepat dapat lesen lha, baru syok nak "race" . HAHA .
Esok dah lha aku test dua dua, motor dan kereta . Arghhh, serabut jugak lha aku . Huh :3 Harapan untuk esok :
Harap harap lulus dengan jayanya
Harap harap jpj tu biasa biasa ja
Harap harap jpj tu cool
Harap harap jpj tu boleh buat geng
Harap harap jpj tu baik
Harap harap jpj tu tak garang
Harap harap jpj tu senyum
Ehh Aina, berapa banyak harap daa . Haishh :3

Oke lha, aku rasa dah cukup panjang dah aku menaip sebab jari aku nie pun macam dah malas je nak menari atas keyboard nie . Maka dengan itu, aku akhiri entri aku nie dengan wasalam .

# Mohon doakan kejayaan aku dalam result spm dan test jpj esok tu ye . Terima kasih semua :D


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

No comments: