Wednesday, November 11

Ceritera 1

" Suatu malam, seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu . Tetapi secara tidak sengaja, ia telah menyusur di atas sebuah gergaji . Tajamnya mata gergaji itu telah menyebabkan perut ular itu terluka .

Ular itu beranggapan bahawa gergaji itu cuba menyerangnya, lalu ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berulang kali . Namun begitu, serangannya telah menyebabkan luka parah di bahagian mulutnya .

Oleh kerana marah dan sakit yang teramat sangat, ular itu berusaha mengerah kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut . Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaganya . Akan tetapi, belitan tersebut telah menyebakan lukanya teramat parah dan akhirnya ular itu pun mati di situ .

Maksud cerita pendek di atas ialah,

Di saat kita beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain . padahal kalaulah kita benar benar sedar, sebenarnya yang akan terluka dan tersakiti adalah diri kita sendiri .

Maka dengan itu, benarlah sabda Nabi SAW yang bermaksud, " Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang ketika bertumbuk,tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah." ( HR Bukhari & Muslim )


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

No comments: