Tuesday, November 10

Complete First Year Studies

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, aku dengan ini secara officialnya telah tamat pengajian tahun pertama . Yeay, bukan nak bangga, bukan nak riak, cuma nak kongsi berita gembira nie . Hoho . Al maklum lha kos yang aku ambik pun agak mencabar, tapi setakat nie, sampai dah habis tahun pertama nie, kira oke lha tu . Alhamdulillah :)

Aku tau, banyak lagi yang bakal menanti aku lepas nie . Tambahan pulak dah nak masuk tahun kedua . pembelajaran pun mesti makin tinggi . Assignment pun makin banyak . Tidoq pun makin kurang . Mandi pun makin jarang . Makan pun makin sikit, ehh mana boleh, makan tu kan wajib . Tak boleh, tak boleh . Hehe .Setakat dua sem aku belajar kat politeknik Ungku Omar, Ipoh nie, aku rasa hm boleh lha . Seronok jugak lha belajar kat situ . Dekat dengan bandar Ipoh kot, giler kau tak seronok . Lel :3

Ya, aku belajar kat poli . Tapi jangan pandang orang yang belajar kat poli nie sebelah mata . Lagipun, poli pun best apa . Kemahiran kot . Tak tau ka yang Malaysia nie memang kekuurangan pekerja tenaga mahir . Jadi, budak budak poli nie lha yang banyak memonopoli peluang pekerjaan kat Malaysia . Bukan nak sembang, tapi tu kenyataan . Tak baca surat khabar lha tu ? Huh

Korang tau tak yang pUO tu, poli paling tua . Kiranya poli pertama lha kat Malaysia . Siapa tak bangga kan masuk situ . Nie aku bagi info tambahan ja . Kot kot lha tak tau kan . poli kat Malaysia nie berlambak, kalau nak tau lebih lanjut hm google sendiri lha .

Haa, nie aku nak sembang sikit pasal classmates aku . Bukan nak kutuk, nak bagitau kenyataan ja . HAHA . Classmates aku nie makin lama, makin berkurang . Sorang sorang nak keluar, hm mungkin tak tahan, tak kuat, atau tak boleh bawak dah kos senibina nie . Ya, aku kos senibina , Kan aku dah kata tadi kos aku nie kos yang agak mencabar . Haha . Kena ada daya tahan mental dan fiikal, bak kata pensyarah aku lha . Jadi, siapa yang ambik kos nie boleh dikatakan kena sado lha . Aku tak tau nak guna ayat apa, aku rasa sado tu paling sesuai kot . Ayat pun kena ikut trend sekarang, satgi orang tak paham . Bukan boleh sangat bebudak sekarang nie, semua kena pakai trend . Lel :3

Setakat yang aku tau, budak kelas aku paling sikit diantara sem bebudak senibina nie . Mana taknya, sem lain semua dua kelas . pastu dalam sesebuah kelas tu paling tidak pun mesti ada hampir 30 orang . Tapi budak kelas aku, hm 20 orang ja weyh . Tu pun bakal berkurangan lagi tu . Hm . Tapi bak kata penasihat akademik (pa) aku, lagi sikit lagi senang dia nak jaga . Mana taknya kelas aku tu kelas wanted kot . Dia pulak kena jaga bebudak kelas aku sampai sem 6 . Haa, tak ka haru tu . Tu yang dia kata, lagi sikit lagi senang nak jaga . pa nie kira macam guru kelas lha, kat poli ja setahu aku yang guna istilah pa nie . Kat Uni, aku tak tau pulak .

Tahun pertama aku dengan classmates aku nie, hm banyak jugak lha pe'el yang aku perasan dan nampak . Semuanya lain . Nak buat acamno kan, classmates aku sikit sangat . Jadi, kalau sesiapa yang buat hal, atau apa apa lha, mesti nampak dan kantoi punya . Tapi tu mungkin baru sikit . Ada lagi dua tahun weyh dengan depa, banyak lagi masa tu . Tapi satu ja tak best, asal aku selalu dapat classmates yang payah nak giler nak ajak 'gather' . Tak best weyh gitu . Baru nak rasa dapat classmates yang havoc, yang gila gila, senang ajak lepak, tapi hm . Memang lha ada sebahagian yang senang nak ajak 'gather', tapi tak best kalau ajak sikit sikit . Orang nak lepak tu biar lha satu kelas, terutamanya sebelum cuti sem . Weyh, kenangan tu weyh . Lepas habis diploma nie, tak rasa dah mende alah tu . Kalau sambung degree pulak, 'gather' dengan classmates baru . Tapi nak buat acamno kan, bersyukur ja lha . Depa dah baik hati tolong buat kerja pun, kira dah oke lha tu . Yang penting, semua tolong satu sama lain . Apa apa pun, aku harap sangat kita grad sesama nanti . Tak payah ada yang extend . All the best kat semua bebudak senibina, terutamanya kat classmates aku, DSB sesi Disember 2014 :)


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

No comments: