Tuesday, November 10

Tika masa dan waktu

Airysha Hana merayau lagi hari ini sambil matanya melilau bagai mencari sesuatu. Hari ini sudah masuk hari ke tiga dia merayau-rayau di sekitar Kuala Lumpur yang sememangnya tak pernah sunyi dengan manusia. Sudah tiga hari juga dia terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas di tengah bandar metropolitan itu.

"kalau dok kat kampung ni, mesti lenggang ja. Tak dak aih nak sesak-sesak lagu nie, buat aku sesak napas ja. Pasai apa la ramai sangat yang suka dok kat KL nie, hairan sungguh aku aih,"rungut Hana sendirian dalam longat Perak utaranya . 

Sedang Hana merungut sendirian, matanya terpandang ke arah seorang budak perempuan yang sedang menangis di tepi jalan. Dia berasa kasihan lalu ingin menghampiri. Namun belum sempat kakinya melangkah, seorang budak lelaki terlebih dahulu menghampiri budak perempuan itu dan memberinya gula-gula. Tidak lama kemudian, tiada lagi tangisan budak perempuan itu. 
Sementara itu, kenangan lama mula menerjah akal fikirannya. Dia teringat akan seseorang yang dahulunya pernah berbuat begitu kepadanya. Rindunya dia kepada budak lelaki itu yang juga merupakan satu-satunya sahabat baiknya di waktu kecil.

"Sampai hati hang nak tinggaikan aku sorang sorang tang sini na. Hang kata ko dok sini sampai habis tingkatan 5, tapi la ni kita baru tingkatan 1 kot . Hang ada lagi empat tahun kat sini. Hang dah janji dengan aku kan ? Pasai apa hang nak pi la ni jugak ? Hang nak mungkir janji ka ? Hang habaq kat aku lekaih."

Budak lelaki itu hanya mendiamkan diri. Dia tahu dia bersalah kerana telah memungkiri janji, tapi itu bukan niatnya yang sebenarnya. Dia ada sebab yang tersendiri kenapa dia buat begitu.

"Weyh, pasai apa senyap ? Kalau hang dah takdak, sapa nak jadi kawan aku ? Dengan sapa aku nak main petang petang ? Siapa nak lumba basikal dengan aku ? Siapa nak lawan panjat pokok dengan aku ? Siapa nak tolong aku siapkan kerja sekolah ? Siapa nak ajar aku matematik ? Hang tau kan yang aku memang fail subjek tu, hang je yang tahan maki kalau ajar aku. Cikgu pun tak tahan dengan aku. Hang memang tak sayang aku kan sebab tu hang nak ikut mak ayah hang balik KL tu la ni juga dan mungkiri janji yang telah hang sendiri buat," bagai peluru setiap butir perkataan yang dilontarkan kepada budak lelaki itu.

"aku... aku minta maaf weyh, aku terpaksa," selepas menuturkan perkataan itu, budak lelaki itu terus berlalu dan sejak itu Hana tidak lagi berjumpa dengannya.

Sedang dia leka mengenangkan kisah lalu, tiba tiba dia terasa bahunya dilanggar seseorang dan menyebabkan dia hampir berginjak sedikit ke belakang.

"Woi, apa kes langgar langgar anak orang nie ? Ingat aku patung ke kat situ yang boleh dilanggar suka suka hati. Bikin panas betul la. Der, lain kali kalau jalan tu pandang kiri kanan depan belakang, bukan main aci redah je. Ingat nie jalan nenek moyang kau ke suka suka hati nak main lumba lari kat sini, nak lumba lari pergi padang sekolah la," marah Hana sambil tangannya pantas menarik belakang baju lelaki yang telah melanggarnya itu.

"Weyh, apa kes tarik tarik baju orang tengah bandar nie, gila ke ? Apa ko ingat baju aku ni sekupang dua ?," lelaki itu berkata sambil cuba pusing menghadap orang yang berani menarik bajunya itu. Sudahlah hari ni hari pertama dia masuk ofis, takkan nak datang lewat.

"Argh, kesah pulak akupasal baju kau tu mahal ke murah. Kat bundle berlambak la. Yang kau tu dah langgar anak orang tak reti nak minta maaf ke ? Apa susah sangat ke nak sebut dua suku kata tu ? Kau tak pernah belajar budi bahasa ke ? Budi bahasa tu budaya kita kau tau tak ? Mak bapak kau tak ajar ke ? Nak aku tolong ajarkan ?," tambah Hana. Dia memang pantang dengan orang yang tak reti minta maaf ni, macam orang takde adab. 

Berdesing telinga lelaki itu apabila hal mak bapak dikaitkan walhal tak ada kena mengena langsung dengan insiden yang berlaku tadi. Tapi oleh sebab dia memikirkan hari ni merupakan hari pertama dia memulakan kerja, dia membatalkan niatnya untuk berlawan kata dengan orang itu lantas mempercepatkan langkah menuju ke M&M Holding yang terletak berhampiran.

"Eh, mamat tu boleh blah macam tu je ? Minta maaf pun takde. Harap muka je boleh tahan, tapi perangai langsung tak boleh tahan. Kurang adab betul la. Macam ni ke warganegara Malaysia ? Huh," rungut Hana sendirian.

........................................

"Aduh, segan giler aku. Tak pasal pasal kena perli dengan papa. Tak pernah pernah aku kena macam tu . Cis, ni semua budak tadi punya pasal. Dah la kena perli, dapat ceramah free pulak tu . Seorang bakal CEO syarikat kejuruteraan terkenal datang lewat pada hari pertama bekerja ? Pergh, memang segan la. Kalau aku jumpa budak tu lagi, memang habis la dia tu," bebel Lufthi sendirian sambil meraup mukanya. 

..........................................

"Weyh, ko apasal gelak ni ? Ingat ni cerita lawak ke ? Ini cerita serious nie," marah Hana. Dia baru memulakan mukadimah ceritanya, tapi kawannnya sudah tergelak sakan, mana dia tak bengang.
"Weyh, aku cerita ni sebab nak suruh hang kasihan dengan aku, bukan gelakkan aku,"



terima kasih kerana anda sudi baca post ini

No comments: