Sunday, May 12

2 weeks more

Assalammualaikum dan hai blogger !


Apa yang lagi 2 minggu ? Cuti ? Memang pun, tapi itu bukan persoalan nya di sini . 2 minggu yang dimaksudkan adalah EXAM .
Sedar tak sedar, dah seminggu exam pertengahan tahun nie berjalan . Maka dengan itu tinggal lha lagi 2 minggu . Lama kot exam, 3 minggu . Giler baq hang ~ huh
Paper yang agak senang semua dah lepas . Sekarang tinggal paper yang "killer" . Ouhhmyy . Fizik, Kimia, Addmath dan Lukisan Kejuruteraan(LK) kot . Acamno je nk score paper tu . LK tu mungkin boleh tahan lagi, tapi tu yang 3 serangkai memang tak lha . Tu lha matapelajaran yang paling lemah bagi aku . Tu lha hang, Aina nak lagi ambik aliran sains . Mau tak mau kena lha belajar jugak . huh
Ehh, terlupa pulak Pendidikan islam belum lagi . Haa, esok lha exam nye . tapi satu apa pun tak study lagi . Teruk betui hang Aina . Tambahan lagi, aku ada ambik seni, paper seni tak lepas lagi . so, makna nya aku ada lagi 6 exam . Banyak jugak tu . haishh, serabut betul lha =="

Sesiapa ada nak tolong ajar aku subjek 3 serangkai tu tak ? 

Krik, krik, krik . bunyi cengkerik .

Oke, abaikan . Aku rasa apa yang perlu aku buat sekarang nie ialah belajar, buat latihan banyak banyak, solat, berdoa kepada Allah agar semuanya berjalan lancar dan aku boleh jawab exam tu dengan hati yang tenang . Bukannya online je kerjanya, betul tak ? hoho . Tapi update blog takpe kot kan . haha



terima kasih kerana anda sudi baca post ini

No comments: