Sunday, May 12

Happy Mother's Day


Assalammualaikum dan hai blogger ! 

Hari nie hari ahad bersamaan 12 Mei 2013 . 
Siapa tahu hari apa ?? Takkan tak tahu . Haaa, tak tengok kalendar lha tu . haha
Hari nie Hari Ibu lha . Tapi sebenarnya hari ibu nie bukan hari nie je, rasanya setiap hari tu hari ibu . Setiap masa, setiap detik, setiap jam, setiap saat, dan setiap semuanya lha . huh ~ Aku tak kata kita tak boleh sambut hari ibu nie, cuma kita kena ingat hari ibu tu bukan hari nie je . Sebab tu lha kita kena ingat kat ibu kita sentiasa tak kira lha walau di mana jua kita berada . macam ayat iklan pulak . haha . Walaupun korang panggil ibu korang tu, mak ummi mum mummy atau apa apa je lha, time hari ibu nie korang ucap je lha ye sebab memang namanya hari ibu je, takde selamat hari mak, selamat hari ummi atau apa apa je yang lain tu . haha
Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di dunia nie termasuklah ibu kota, ibu jari dan sebagainya . oke, mengarut . 

Selamat Hari Ibu kepada mak, Saliza binti Dahalan . Walaupun mak tak jaga akak dari kecik dan akak tak duduk dengan mak pun sepanjang 17 tahun akak hidup nie, kalau duduk pun sekejap je time cuti, tapi mak yang telah melahirkan akak dengan susah payah nya . Oleh itu, akak telah berhutang dengan mak sebab mak bertarung nyawa untuk bagi akak merasa untuk hidup kat atas dunia nie . Tambahan lagi, mak tetap jaga akak walaupun daripada jauh, dan tetap bagi duit belanja . Barang boleh ditukar ganti, tetapi mak hanya satu dan tiada tukar gantinya . Jadi, terima kasih untuk semua tu . I love you mak ! 



terima kasih kerana anda sudi baca post ini

No comments: