Tuesday, May 28

Cuti tak cuti lha

Assalammualaikum dan hai blogger !

Ehem ! Rasanya belum terlambat lagi kot untuk aku ucapkan HAPPY HOLIDAYS dan SELAMAT BERCUTI terutamanya kepada semua pelajar sekolah . Al maklum lha cuti 2 minggu kan . huu ~. lama tu bercuti . So, 2 minggu cuti nie korang ke mana je ?? Mesti ada yang jejalan, bercuti ke sana sini, takpun balik kampung ke kan . Macam aku pun bercuti jugak nie, bercuti kat sekolah ==" Bagi sesiapa yang budak spm macam aku tu, tak payah lha nak kata korang bercuti giler giler sangat . Sebab paling kurang pun, seminggu je cuti . Seminggu lagi tu dipenuhi dengan kelas tambahan itu ini . Biasa lha tu budak spm kan, mesti tak lari punya lha daripada tusyen . Tak cukup tusyen time petang lepas sekolah, time sabtu ahad pulak . Tak cukup sabtu ahad, time cuti sekolah pulak . huh ~ Lumrah budak spm , paham ! Tapi oke apa pergi tusyen kan, takde lha bosan kat rumah . Bagi korang tak tau lha, tapi aku rajin je pergi tusyen walaupun tak berapa nak masuk sangat . At least aku pergi jugak daripada yang tak pergi langsung tu kan . Kalau aku pergi tusyen, takde lha aku dok terperap kat rumah nie haa . Bosan kot dok kat rumah je . Sekali sekala keluar hirup udara segar, apa salahnya kan . haha :3
Oke, hari nie hari selasa iaitu hari kedua tusyen . Alhamdulillah, aku masih diizinkan untuk datang ke tusyen . Alaa, tusyen sekolah aku sampai hari khamis . Lepas hari khamis tu, nak buat apa ke, buat lha . nak ke mana ke, pergi lha . Takde yang larang pun . Tapi kan aku tengok sekolah aku tu lengang je, macam takde orang . Rasa macam budak kelas aku je yang tusyen . huh ~ Haa, cerita pasal budak kelas aku pulak, korang nak tau tak berapa yang datang tusyen ? "Ramai" giler ! Separuh datang, separuh tak datang kot ==" Budak lelaki jangan cakap lha, confirm takkan nampak walaupun batang hidung . Sadess betul !
Haa, antara aktiviti yang paling "awesome" time cuti nie ialah, tidur makan online . Ada siapa nak 'bet' dengan aku, kata yang takde orang yang buat aktiviti tu ? Mai tunjuk sikit kat aku siapa orang nya . Confirm takde . Paling kurang pun ada salah satu, atau salah dua, atau tiga tiga sekali yang akan dibuat . Sebabnya time cuti lha boleh "over time" . Kalau hari sekolah biasa, lama sikit mesti kena bising . Tapi bila time cuti, macam tak kesah dah . Nak buat apa pun, buat lha . haha .
Cuti sekolah memang tak sah kalau takde "buah tangan" daripada cikgu kan . Al maklum lha, cikgu kita kan baik baik belaka . Mana boleh tak bagi "buah tangan" tu, kalau tak bagi mesti rasa macam tak lengkap cuti . haha . Lagipun kita kena tau yang cikgu bagi sesemua tu, sebab cikgu sayang dekat kita . Betul tak ? Cikgu tak nak kita jadi malas, cikgu tak nak kita buang masa dengan aktiviti yang tak berfaedah, dan banyak lagi . Cuti tu cuti jugak, tapi kerja ,kena jalan lha kan . 2 minggu kot cuti, takkan lha tak boleh siap kan, cehh, kata dulang paku serpih betul lha kau Aina . haihh



Selamat Bercuti dan Happy Holidays

Aku bukak blog nak update mende nie je . Oke lha, adios !


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

No comments: