Sunday, May 5

Hang tak kan pernah faham aku !

Assalammualaikum dan hai blogger !


Apa maksud ayat atas nie ?! Apa maksud tajuk post nie ?! hmm :/
Hari nie aku nak story sikit pasal seorang membe aku tu . Aku tak tau apa masalah dia . serious aku cakap !
Aku nie bukan lha yang jenis suka merajuk, kuat sentap, kuat terasa hati ke apa, of couse lha dengan orang kan takkan dengan haiwan pulak . huh ~ sebab nya bagi aku hidup aku happy go lucky . Aku hidup dengan gaya aku tersendiri sebab AKU adalah AKU . Tak kesah lha orang nak kata aku macam mana . Aku nie takde perasaan ke, lurus bendul ke, blurr ke, apa ke sebab tu memang "stail" aku . Aku nie nak kata pendiam, takde lha diam sangat . Nak kata kaki bising pun, tak juga . Aku nie kira yang tengah tengah lha . Bak kata orang 50-50 . Diam pun tak, bising pun tak . 
Ya, aku memang ada lebih ramai membe lelaki berbanding perempuan . Aku pun tak tau pasai apa . Mungkin sebab aku lebih "rock" kalau nyembang dengan lelaki berbanding perempuan . Bukan lha nak kata aku nie memlilih untuk berkawan dengan lelaki berbanding perempuan, aku nie jenis cepat ngamm dengan orang tambah tambah kalau seseorang tu sekepala dengan aku dan tahan loyar buruk aku walaupun takde lha loyar sangat pun Kalau dia sesorang yang macam tu, memang walaupun baru kenal tapi rasa macam dah lama kenal . huh ~ 
Ehh, dah lari tajuk pulak . haishh
Oke, berbalik kepada cerita . Aku tak tau apa masalah dia . Aku rasa aku dah pernah bagitau dia yang aku memang macam nie . Aku nie kan jenis tak berapa nak reti jaga perasaan orang, so kalau aku rasa aku nak cakap aku cakap je . Kalau aku dah play, takde aku nak pause dah . mengarut dah . Dia kata dia kenal dan faham aku, tapi aku tak rasa dia kenal dan faham aku . Sebab kalau dia kenal aku, dia mesti tau dan faham yang aku memang macam tu . tapi kenapa dia mesti nak sentap dengan aku ?! Ye, aku tau ayat aku memang "pedas" tapi aku rasa ayat yang aku guna dengan dia biasa je . Macam tu jugak ayat yang aku guna kalau aku nyembang dengan orang lain . Tapi kenapa dia tak boleh terima ?! Dia yang kata aku suka cara kau macam nie, kau tak gedik, dan bla bla bla, tapi apasal bila aku guna ayat yang biasa macam tu pun dia nak sentap ??! Apa masalah dia ??! Dia kata, dia pun ada jugak perasan . Jangan sampai suatu hari orang buat balik kat ko macam tu . Masalahnya sekarang, buat apa ?! Aku tau tak apa yang kau cuba sampaikan sekarang nie . Hairan aku tau tak ! Kata faham sangat aku sebab dah "agak" lama kenai aku, tapi rupa macam baru kenai aku semalam je . huh ~
Haishh, dah lha . Sampai sini je kot yang aku nak cerita . Cerita lebih lama karang, rasa sakit pulak hati nie . hurr ~

p/s untuk kau : Kau belum begitu memahami aku, jadi tolong jangan nak buat tanggapan yang salah tentang aku . Aku adalah aku, dan gaya aku sudah memang sebegitu . Jadi kalau kau belum faham aku, baik kau belajar untuk lebih memahami aku . Sekian, terima kasih !


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

No comments: