Friday, May 24

Just be youself


Assalammualaikum dan hai blogger ! 

Terjadinya entri nie disebabkan oleh seorang makhluk Allah tu . Aku tak tau masalah apa dia tu . Tetiba je . Tak pasal pasal aku dapat tazkirah free tengah tengah malam buta . Tapi nasib baik time dia bagi tu aku dah tidur, takde lha aku nak panas hati sangat . haish .
 Aku jadi diri sendiri pun salah ke ? hurr ~

Kata orang, kita kena jadi diri sendiri . 
Kenapa kena jadi diri sendiri ? 
Sebab kita adalah kita . Kita tak perlu nak ubah apa apa semata mata untuk jadi orang lain . Tak semua orang perfect kot . Ada yang suka kita, dan ada yang tak suka kita . Kadang-kadang kita jadi risau dan gelisah bila dapat tahu ada yang tak suka kita. Sampai ada yang nak terus tukar personaliti dan perwatakan diri sendiri semata-mata untuk tarik perhatian orang lain dan buat orang gembira . Tak perlu kot, sebab setiap orang ada personaliti dan perwatakan yang berbeza kan . Buat apa kita perlu bersusah payah nak ubah semata mata untuk senangkan hati orang lain yang suka dengan perubahan kita sedangkan hati kita sendiri tak suka dengan perubahan kita . Ye, aku tau mesti akan ada yang kata . "Ehh, takpe lha gembirakan hati orang, bukan selalu" . erm, kalau perubahan tu ke arah yang positif, mungkin boleh diterima . tapi kalau ke arah yang negatif macam mana ? Dah elok elok kita seorang yang ceria, tetiba jadi seorang yang pendiam . Daripada seorang yang baik, jadi nakal . Daripada seorang yang simple, tetiba jadi seorang yang over mungkin ? Erk ! 
Biar jadi manusia yang original, jangan jadi manusia yang cetak rompak

Kesimpulannya, jadilah diri sendiri ! 

Kepada makhluk Allah tu, aku harap kau buka blog aku dan kau baca apa yang tertulis kat gambar bawah nie .


Being yourself is more awesome than being other :)


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

No comments: