Friday, May 17

Lain perkataan lain juga maksudnya

Assalammualaikum dan hai blogger !


" membe, kawan, sahabat, teman "


Bagi aku semua perkataan di atas nie ada maksud yang tersendiri, tapi tak tau lha bagi korang macam mana pulak kan . Mesti ada yang hairan kenapa bagi aku semua perkataan tu berbeza sedangkan kalau ikut standard memang sama je rasanya . Oke, nie pandangan aku . 

Membe

Bagi aku, membe adalah seseorang yang rapat giler dengan aku . Dia sekepala dengan aku, 'masuk air', gila gila, dan memang ngamm dengan aku . Dia slumber, cool, dan banyak lagi lha . Aku boleh kutuk, bahan, perli tanpa rasa bersalah . Dia tahu apa aku suka, dia paham perangai aku, dia tahan maki aku, dia sabar dengan aku, walau macam mana gaduh pun kiteorang, lambat laun mesti baik balik sebab dia BFUD aku . Aku boleh panggil dia apa je, dia pun sama jugak . Membe nie macam sahabat baik, tapi bagi aku membe lebih awesome . 

Kawan 


Bagi aku kawan tu umum . sebabnya kalau baru kenal seseorang tu pun kita akan panggil dia kawan, betul tak ? Tak kisah lha jumpa kat kem ke, apa ke kan . Lagipun kawan tu ada macam macam ragam . Kita tak boleh nak agak perangai dia . Tambahan lagi, kawan tu ada pelbagai istilah . Contoh, Kawan makan kawan, Kawan tikam belakang, Kawan sebab harta, rupa, pangkat dan macam macam lagi lha . Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus. Kawan tu bila bila kita boleh dapat, cuma kena pandai pilih kawan lha . 

Sahabat 

Bagi aku, sahabat pulak adalah orang yang selalu bersama kita sama ada kita susah atau pun senang dan menyimpan rahsia kita dengan baik tu pun kalau berkongsi rahsia lha Sahabat adalah insan yang menerima diri kita seadanya, kelebihan dan kekurangan dan sedia melindungi kita . Sahabat adalah orang yang berani menegur kesilapan kita dan mendoakan kesejahteraan kita . Tambhan lagi, sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu. Namun, dalam mencari insan yang bergelar sahabat itu bukannya mudah seperti ABC kerana sahabat juga mempunyai ragam yang tersendiri . Untuk memiliki seorang sahabat, kita perlu terlebih dahulu menjadi sahabat . Oleh itu, ketelitian dalam mencari sahabat itu amat penting . 

Teman

Bagi aku, teman adalah seseorang yang selalu bersama kita mungkin dalam susah, dan mungkin dalam senang. Tapi dia bukanlah rapat sangat dengan kita sebenarnya, namun dia sentiasa bersedia menjadi pendengar yang setia dan berusaha untuk membantu kita dalam apa jua masalah yang kita hadapi . Bagi diri aku sendiri, aku cuba untuk jadi teman kepada sesiapa sahaja walaupun bukan semua yang mampu jadi teman untuk aku . 


Nie sekadar pandangan aku . Setiap orang ada pandangan tersendiri . Tak kisah lha macam mana pun kita dengan mereka, mereka tetap boleh jadi membe, kawan, sahabat dan teman yang baik untuk kita . Teman tak perlu dicari kerana ianya akan datang sendiri dalam hidup kita . Kawan tak perlu memilih kerana merekalah penyeri hidup kita . Sahabat perlu dipilih dengan betul kerana pengaruhnya ke atas diri kita amat besar . Tapi kita pulak jangan terlalu memilih, sebab kalau terlalu memilih mesti akan ada yang menyampah dengan kita .  Hargailah seseorang yang hadir dalam hidup kita . Oleh itu, bermembe, berkawan, bersabahat dan bertemanlah dengan ikhlas kerana Allah SWT . Itu lebih baik dan bagus ! 

I love my friend ^_^



terima kasih kerana anda sudi baca post ini

No comments: