Sunday, May 19

Aku tak boleh berhenti !!!


Assalammualaikum dan hai blogger !

Apa yang aku tak boleh berhenti sangat tu ?
Dah kenapa dengan aku tetiba kan ?
Apa maksud entry aku nie ?

Oke, kalau korang nak tahu sebenarnya aku tak boleh berhenti baca novel . Arghh, serabutnya hidup . Aku minat baca novel tapi tak minat baca buku sekolah . Aku boleh habiskan novel yang beribu muka surat daripada buku sekolah yang tak sampai beribu muka surat tu . Aku boleh hafal cerita dalam novel tapi tak boleh hafal cerita dalam buku sekolah . Aku boleh cerita balik jalan cerita novel tu kat membe aku tapi aku tak boleh nak cerita balik jalan cerita dalam buku sekolah tu kat membe aku . Aku sampai boleh imaginasi cerita dalam novel tu tapi aku tak boleh imaginasi cerita dalam buku sekolah . Aku boleh faham novel daripada faham buku sekolah . Amboihh, banyak sungguh perbandingan nye tu . huh ~
Aku bukan apa, tok aku dah bising giler dah kot sebab tahun nie nak exam tapi sempat nyempat lagi baca novel . Kalau baca satu dua tu oke lha jugak tapi nie dah lebih sepuluh dah aku baca . Asal tok aku jenguk kat bilik je, aku tengah baca novel tak pun tengah online . Jarang tok aku akan tengok aku study walaupun sekarang nie pun dalam 'mood exam ppt' . Aku bukan nak sangat buat mende mende nie, tapi dah aku bosan tu yang aku baca novel . Oke apa kan boleh tambah kosa kata . Al maklum lha, ayat dalam novel kan ayat sastera dan berbunga bunga . Kalau aplikasikan dalam karangan bahasa melayu aku time spm nanti, mesti tersengih pemeriksa yang periksa kertas aku tu, tak pun tetiba terus dia bagi A . Haa, siapa yang untung ? Aku jugak kan . haha . 
Lagipun, bagus apa membaca kan . Membaca kan jambatan ilmu . Lagi banyak yang kita baca, lagi banyak yang kita tahu, dan bertambah lha pengetahuan kita walaupun yang dibaca tu NOVEL . Kan ? huhu ~


terima kasih kerana anda sudi baca post ini

No comments: